Sunday, March 2, 2014

Eyenga Perkuat Jentera Penggempur Bujang Senang

BAKAL DITAMBAT: Alberts dan Eyenga (kanan) sempat bergurau 
sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Negeri Kuching semalam.
 
KUCHING: Sarawak men­guji pemain Cameroon/Per­ancis, Anicet Eyenga dalam usaha memperkuatkan ba­risan serangannya bagi mengharungi baki perlawa­nan Liga Super 2014.

Penyerang berusia 27 ta­hun itu tiba kelmarin dan diuji pada perlawanan per­sahabatan menentang skuad Piala Presiden Sarawak di Stadium Negeri di sini petang semalam.

Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata sudah menjadi rutin skuadnya untuk menguji pemain baharu setiap kali jendela perpindahan pe­main dibuka.

“Seperti biasa kita akan berusaha memperkuat skuad kerana masih ada ruang yang perlu diperbaiki terutamanya di bahagian serangan bagi memastikan kita mampu bersaing dengan skuad lain,” katanya ditemui di sini se­malam.


Menurut Alberts, Sarawak akan menilai dahulu keu­payaan Eyenga, jika beliau berjaya mempamerkan kualiti yang kita perlukan peluang­nya untuk menyertai Sarawak adalah terbuka. Eyenga kini bermain den­gan kelab ASO Chlef dalam liga bola sepak Algeria.

Kehadiran beliau men­guatkan spekulasi penamatan kontrak penyerang import, Milorad Janjus ataupun Mua­mer Salibasic dalam masa terdekat.

Seorang lagi penyerang import, Alireza Abbasfard dilaporkan bakal digantikan penyerang dari Australia, Ryan Alan Griffiths yang ber­main dalam Liga Australia.

Sebelum ini, Alberts meny­uarakan rasa tidak puas hati dengan prestasi Milorad yang disifatkannya gagal mem­bantu skuad Sarawak setakat ini. Manakala kedudukan Muamer juga dalam ‘bahaya’ kerana masih mengalami kecederaan serius.

“Kita tidak dapat kekal dalam keadaan seperti ini kerana saingan semakin sen­git dan skuad kita perlu mengekalkan momentum kemenangan jika mahu kekal dalam saingan Liga Super,” tambahnya.
Sementara itu, Alberts memberitahu Sarawak se­makin hampir menambat Griffiths.

“Griffiths menyatakan per­setujuan untuk bermain dengan Sarawak dan ketika ini kita sedang menjalankan rundingan susulan dengan kelab asalnya.

“Namun, kita masih men­unggu lampu hijau dari Per­satuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan jika segalanya berjalan dengan baik pemain itu dijangka tiba di sini pada 10 Mac ini,” katanya.
Sarawak sedang giat men­jalani latihan sebelum bertan­dang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Ter­engganu untuk menentang T-Team pada 8 Mac ini.

No comments:

Post a Comment