KUCHING: Skuad Piala Presiden
Sarawak akan membawa masuk tiga pemain baharu dalam usaha menghidupkan
peluang mereka dalam saingan liga yang telah memasuki pusingan kedua.
Ketua
Jurulatih Johnny Dominicus berkata ketigatiga pemain itu akan diserap
sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 23 Mac ini.
“Nama ketiga-tiga pemain tersebut sudah dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk pertimbangan dan kelulusan.
“Kesemua mereka berasal dari Kuching dan akan bermain di posisi penyerang, tengah dan pertahanan,” menurut Johnny semalam.
Katanya,
kehadiran pemain baharu itu diharap dapat memperkuatkan skuadnya
terutama di posisi penyerang yang dilihatnya masih belum mantap.
Pada
masa sama, Johnny turut menyambut baik peraturan Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) dengan membenarkan dua pemain senior mewakili skuad Piala
Presiden.
“Saya melihat langkah ini cukup baik kerana kita sangat
memerlukan pemain yang berpengalaman untuk membimbing pemain yang masih
baharu.
“Kehadiran pemain senior pastinya dapat menyemarakkan
pemain muda untuk memperagakan permainan yang lebih menarik selain
menjadikan mereka lebih yakin dan matang.
” Sarawak akan
menurunkan Daglish Papin Test dan Muhammad Dzulfadli Awang Marajeh pada
perlawanan menentang Kedah pada Khamis ini di Stadium Darul Aman.
Mengulas
mengenai pertemuan tersebut, Johnny optimis skuadnya mampu melakar
kejutan ke atas skuad yang membenam mereka 0-4 pada perlawanan pembukaan
di Stadium Negeri pada Januari lalu.
“Kita sedar kepincangan dalam skuad dan telah berusaha untuk menampung segala kecacatan tersebut.
“Pemain
juga mula menyedari kelemahan mereka dan berusaha bersungguh-sungguh
untuk memperbaiki corak permainan masingmasing,” katanya.
Katanya, keputusan seri pada tiga perlawanan terakhir jelas membuktikan prestasi skuad tersebut semakin baik.
Sarawak
masih menghuni tangga kesembilan dalam Kumpulan A dengan enam mata
hasil dari satu kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan.
Perlawanan Sarawak seterusnya menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV pada Khamis depan.
Created by BORNEOPOSTONLINE
No comments:
Post a Comment