Wednesday, March 5, 2014

Imbas Kembali: Separuh Akhir Piala Malaysia 2013

Imbas Kembali: Separuh Akhir Piala Malaysia 2013

Assalamualaikum...
Klik punya klik, Admin terbaca artikel di Fan Page sigek tok.. Lalulah Admin SFS adaptasi ke dalam blog Admin SFSF tok.. Jom Layan kata-kata semangat dari Artikel Fan Page Kamek Miak Sarawak. Bangga dan semangat Admin embacanya... Ohaaaa!!!

"Apa yang berlaku semalam sememangnya sesuatu yang menyedihkan. Tewasnya pahlawan kita iaitu sang bedal diratapi seluruh warga Sarawak. Namun tewasnya Bujang Senang bukan bermakna kita harus mengalah kerna kita masih ada lagi 1 perhitungan di Stadium keramat kita iaitu Stadium Negeri.

Admin sememangnya tahu sebelum perlawanan bermula peluang untuk kita menang adalah 50/50 kerna Tok Gajah sememangnya sukar untuk ditumbangkan di Kandang Sendiri. Sebelum perlawanan bermula, admin telah pun mendapat mesej jelas daripada bekas-bekas pemain Sarawak iaitu Mazlan Wahid, Sapian Wahid dan Mohd Zaidel Sakup yang mengatakan peluang untuk kita menang di Stadium Darulmakmur adalah tipis. Namun mereka mengatakan pada aksi ke 2 di Stadium Keramat kita bepeluang cerah kerna Stadium Negeri adalah Stadium Keramat dan jarang mengecewakan kita.

Ya memang admin mengakui Stadium Negeri adalah Stadium Keramat. Aura Stadium Negeri adalah lain daripada yang lain dan banyak pasukan mengatakan adalah sukar untuk menentang Bujang Senang di Stadium Keramat itu.

Dengan sorakan puluhan ribu penyokong-penyokong Sarawak yang terdiri daripada pelbagai suku, kaum & etnik pastinya Tok Gajah akan mengigil ketakutan seperti takutkan seekor tikus. Tetapi harus diingat bukan tikus menakutimu nanti, sebaliknya buaya lagenda Bujang Senang.

Apa yang pasti Bujang Senang akan menuntut bela minggu depan. Patahnya 3 giginya oleh Tok Gajah, membuat Bujang tak duduk senang. Namun Bujang akan membayarnya nanti. Awas Tok Gajah!!! Bujang amat marah ketika ini. Minggu depan kau akan tahu apa itu erti penyesalan bila tumbang di Stadium keramat a.k.a Lubok Keramat.

Hayatilah bait-bait lirik lagu Lagenda Bujang Senang dari kumpulan Wings tok,


Bujang Senang

Ketenangan air halus manja
Tersebut satu kisah puaka
Asal manusia
Menjadi buaya
Beraja di lubuk ngeri

Rangkak tenang mencari mangsanya
Segala berlaku senyap sunyi
Siapa mencabar bersedialah
Akan menjadi mangsanya
Akibat sumpah puaka

Suara ngeri
Datang dari lembah sunyi
Maut menanti
Dari sudut tanpa kesan
Kelaku misteri sukar di cari
Tubuh menyambar timbul tenggelam
Gelar diberi buaya ini
Buaya lagenda
Bujang Senang

Ingat!! Siapa datang akan menjadi mangsanya walaupun kau bernama Tok Gajah sekalipun!! Akhir kata dari admin, Selamat datang ke Stadium Keramat kami wahai Tok Gajah!!" Bujang Senang akan menantimu dengan senyuman."

Kredit Artikel: KAMEK MIAK SARAWAK

    ADMINSFS
***GM***

No comments:

Post a Comment