KUCHING: Ketumpulan penyudah memaksa Sarawak berputih mata apabila tewas 2-0 kepada T-Team dalam saingan Liga Super 2014 malam kelmarin.
Dalam
perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu itu anak-anak buah Robert Alberts gagal merobek gawang
T-Team biarpun lebih banyak menyerang.
Peluang Sarawak menghasilkan gol pertama apabila Joseph Kalang Tie gagal menyempurnakan sepakan penalti.
T-Team yang berada di kelompok bawahan liga mendahului pada minit ke-46 menerusi Ramzul Zahini.
Babak kedua yang menyaksikan Sarawak terus mengasak kubu T-Team juga gagal memperolehi sebarang jaringan.
Sebaliknya, pada minit ke- 84 anak-anak buah Azraai Khor Abdullah menggandakan jaringan menerusi Badrul Hisyam.
Alberts yang dihubungi semalam melahirkan rasa kecewa dengan ketumpulan serangan biarpun mempunyai banyak peluang.
“Ini
bola sepak…jika kita gagal memanfaatkan peluang terhidang maka kita
akan kalah. Saya kecewa dengan penyudah yang tumpul,” katanya.
Keputusan itu menyaksikan Sarawak kini turun ke tangga kelima liga dengan mengutip sembilan mata.
Perlawanan
seterusnya menyaksikan skuad Ngap Sayot menanti kunjungan Lions XII di
Stadium Negeri Kuching pada 15 Mac (Sabtu) ini.
No comments:
Post a Comment