Bekas pemain tengah United itu diterbangkan khas untuk kendali klinik bola sepak
KUCHING: Bekas
pemain tengah Manchester United Quinton Fortune tidak menolak
kemungkinan akan menyertai Sarawak jika diberi peluang oleh skuad
tersebut.
Beliau yang diterbangkan khas oleh Yayasan Rakyat
1Malaysia (YR1M) ke sini bagi mengadakan klinik bola sepak bertempat di
Padang Jubilee semalam berkata ia satu penghormatan buat dirinya jika
dapat beraksi dalam Liga Malaysia.
“Sudah tentu saya mahu menyertai pasukan Sarawak jika diberi peluang,” menurut pemain berusia 36 tahun dari Afrika Selatan itu.
Fortune
yang menyertai Manchester United pada 1999-2006 turut merakamkan terima
kasih kepada Mamee dan YR1M di atas kesudian menjemput beliau untuk
mengadakan klinik di sini.
Katanya, Sarawak mempunyai ramai pemain bola sepak yang berbakat dan berpotensi untuk pergi dengan lebih jauh.
“Saya
harap, klinik ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi mereka
inpirasi serta motivasi untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang
berjaya di masa akan datang.
“Cuma saya harap pemain terus fokus
dan komited dalam latihan jika mahu terus berkembang dalam sukan bola
sepak. Paling penting, pemain harus berusaha memperbaiki kelemahan dan
meningkatkan kemahiran dari masa ke semasa,” katanya.
Menurutnya,
fokus utamanya kini adalah untuk mendapatkan lesen kejurulatihan bagi
membolehkannya menjadi jurulatih sepenuh masa.
Seramai 60 pemain bola sepak remaja berusia dalam lingkungan 16-19 tahun menyertai klinik selama sehari anjuran YR1M semalam.
Pemain
yang turut serta dipilih dari empat kelab bola sepak tempatan iaitu
First Touch Soccer Development (FTSD), Kelab Bola Sepak Kickalob, Kelab
Bola Sepak Bintang dan Sekolah Sukan SMK Tabuan Jaya.
Klinik tersebut dikendalikan oleh empat jurulatih FTSD termasuk Fortune sendiri.Meskipun ringkas, pemain berpeluang mempelajari banyak teknik serta tips berguna dari Fortune.Fortune akan berlepas ke Kuala Lumpur hari ini di mana beliau turut mengadakan klinik sama di sana.
Selain, beliau juga akan menyertai bekas pemain kebangsaan pada perlawanan persahabatan menentang Mymanutd FC pada 2 Mac depan.
Hadir
sama ADUN Semop Abdullah Saidol, ADUN Saribas Mohammad Razi Sitam, Ahli
Majlis Penasihat YR1M Sarawak Irwan Zulkarnain Hasbie dan Ketua
Pemuda Pergerakan PemudaPBB Satok Iskandar Sharkawi.
No comments:
Post a Comment