Kurang meyakinkan, pemain dari Cameroon itu tidak akan diserapkan ke dalam skuad
KUCHING:
Anicet Eyenga Zang tidak akan diserapkan ke dalam pasukan Sarawak
memandangkan pemain dari Cameroon yang tiba di sini Jumaat lepas itu
gagal menarik perhatian barisan jurulatih.
Ketika ditemui pasa
sesi latihan di Stadium Negeri semalam, ketua jurulatih pasukan Sarawak,
Robert Alberts berkata, pemain itu tidak memiliki ciri-ciri yang
dikehendakinya.
Menerusi sesi ujian, beliau percaya Zang tidak sesuai bermain di Malaysia.
“Kita
memerlukan pemain yang mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan
di Malaysia. Memandangkan kita tidak boleh memiliki pemain yang sering
mengalami kecederaan, rekod kecergasannnya juga disemak dengan
kelab-kelabnya terdahulu,” katanya.
Selain itu, Alberts turut
memberitahu umur bukan faktor penentu untuk menerima pemain import,
tetapi bergantung dengan keupayaannya menyumbang terhadap kejayaan
pasukan.
Sarawak kini berhadapan dengan masalah kecergasan pemain import dari Bosnia, Muamer Salibasic dan Milorad Janus dari Serbia.
“Pasukan
bola sepak di Malaysia tidak boleh menerima pemain yang sering cedera
memandangkan pasukan mereka bergantung dengan prestasi pemain import
untuk membantu pasukan untuk berjaya. Mereka (Salibasic dan Janjus)
bagaimanapun faham situasi ini,” katanya.
Salibasic yang masih
diperlukan pasukan Sarawak, setakat ini hanya bermain satu perlawanan
untuk musim ini, manakala prestasi Janjus terjejas kerana terpaksa
bermain dalam kesakitan setiap perlawanan.
Alberts turut memberitahu pihaknya akan terus mencari dan menguji pemain import baharu.
Sarawak akan menentang T-team pada Sabtu ini pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
No comments:
Post a Comment