Wednesday, October 2, 2013

BUKAN ENCANG SEBARANG ENCANG, ENCANG SARAWAK ENCANG SAMPEY CHAMPION

ASSALAM SEMUANYA...

"BUKAN ENCANG SEBARANG ENCANG, 
ENCANG SARAWAK ENCANG SAMPEY CHAMPION"

Admin SFS nak berbicara...

Seperti yang pembaca budiman tahu, word diatas sudah sinonim dengan team bolasepak negeri Sarawak lebih2 lagi masa sekarang dimana pasukan Sarawak telah mencapai tahap yang memberansangkan. Ini dibuktikan dengan kehadiran para penonton Sarawak yang hadir pada perlawanan minggu lepas dimana Sarawak melawan pasukan Perak yang mana berkesudahan Sarawak 6-1 Perak.

Dengan kejayaan yang besar itu terbukti team yang diketuai oleh Robert Albert diberi kepercayaan oleh penyokong2 Sarawak dimana perlawanan seterusnya ketika melawan team Sime Darby di Stadium Selayang dihadiri oleh para penyokong Sarawak diseluruh pelosok Semenanjung membanjiri Stadium Selayang tempoh hari. Dianggarkan hampir 5000 orang penyokong NGAP SAYOT yang membanjiri Stadium Selayang. Jika kita lihat ketika itu, berkemungkinan kita beranggapan perlawanan tersebut dilangsungkan di Stadium Negeri Sarawak tetap tidak sama sekali. Majoriti Penyokong Sarawak yang menguasai Stadium Tersebut. Amazing kata orang putih..

Minggu ini  Sabtu 05hb Oktober 2013 perlawanan Suku Akhir Ke-2 yang akan berlangsungkan di Stadium Negeri Sarawak dimana dijangka kehadiran para penyokong Ngap Sayot akan turun beramai-ramai di Stadium Negeri Sarawak nanti. Setakat hari ini, Tiket telah 'Sold Out' dijual bagaikan Pisang Goreng. 

Tiket akan dijual semula pada 03/10/2013 di tempat2 yang terpilih seperti di WISMA HOPOH, TOL SALAHUDDIN dan STADIUM NEGERI itu sendiri. Diminta semua penyokong yang ingin membeli tiket tersebut hendaklah membelinya dengan kadar segera kerna berkemungkinan akan 'SOLD OUT' juga. CEPATTTT...

SARAWAK AKAN ENCANG SAMPEY CHAMPION MINGGU INI...

DOAKAN SARAWAK MENANG!!!