Thursday, August 18, 2016

TM Piala Malaysia 2016: Sarawak FA vs Kedah FA, Moga Bangkit Wahai Sang Bedal Ku!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kekalahan (1-2) dalam Liga Super melawan pasukan Kedah FA tempoh hari ini bukan bererti kalah selamanya. Kini pertembungan sekali lagi dengan pasukan helang ini dalam TM Piala Malaysia di gelanggang keramat, Stadium Negeri Sarawak, Kuching pada esok hari 19 Ogos 2016(Jumaat) jam 9.00 malam.

Semoga dengan adanya kelebihan bermain ditempat sendiri malam esok, dapat menghasilkan keajaiban iaitu memperolehi kemenangan bagi menebus kekecewaan/ kekalahan di Kedah tempoh hari.

Ayuhhh!!! marilah kita semua Penyokong Bolasepak Sarawak memberi sokongan yang padu untuk pasukan kita Sarawak FA. Berikan sokongan kita tanpa berbelah bagi! Kita sokong negeri Sarawak dulu, kini dan selamanya... Ooo Sarawak!!! Ibu Pertiwiku!

DOAKAN TEAM KITA SARAWAK MENANG MALAM ESOK!!!

Thursday, August 4, 2016

Makeche, Gilmar Wira Sarawak Benam Penyu 2-1


KUCHING: Sarawak berjaya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila mencatat kemenangan tipis membenam skuad Sang Penyu (Terengganu) 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Negeri, di sini malam tadi.
Pasukan tuan rumah, Sarawak mengasak kubu lawan seawal permainan apabila Syahrul Azwari Ibrahim memperolehi peluang terbaik menghasilkan jaringan awal pada minit pertama namun percubaannya digagalkan penjaga gol Terengganu.
Bagaimanapun, asakan bertubi-tubi minit-minit awal membuahkan hasil apabila penyerang import Sarawak, Makeche Ndumba menjaringkan gol pertama pada minit kedua permainan hasil hantaran cantik daripada Gilmar Da Silva.
Minit keenam, Syahrul Azwari sekali lagi memperolehi peluang untuk menambah jaringan namun bola rembatannya dapat ditepis keluar penjaga gawang lawan.
Keghairahan jentera serangan Ngap Sayot melakukan asakan, pasukan pelawat melakukan serangan balas dan memperolehi gol penyamaan pada minit ke-22 menerusi jaringan pemain importnya, Vincent Bikana.
Hujan lebat menyimbahi Stadium Negeri malam tadi menyaksikan keadaan padang licin dan air bertakung menyukarkan pergerakan kedua-dua pasukan.
Bagaimanapun, dalam situasi lembab permainan pasukan Sarawak agak menarik apabila giliran Tommy Mawat melakukan jaringan kedua minit ke-28 namun dibatalkan oleh pengadil perlawanan.
Minit-minit terakhir babak pertama, Sarawak terus mengasak kubu Terengganu namun percubaan cantik Makeche berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat.
Babak kedua, Sarawak yang mendapat sokongan padu hampir 10,000 penyokong setia memperolehi gol kedua menerusi sepakan penalti disempurnakan oleh Gilmar pada minit ke-56 setelah Makeche dijatuhkan oleh pemain Terengganu dalam kotak penalti.
Dua puluh minit berlalu, permainan bertambah rancak walaupun keadaan padang basah dengan serangan demi serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan.
Kredit: The Borneo Post