Kedua-dua pemain itu bakal digantikan sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 22 Mac ini
KUCHING:
Kedudukan penyerang import Sarawak Milorad Janjus dan Muamer Salibasic
berada di hujung tanduk setelah keduanya dilaporkan bakal digugurkan
jika gagal pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.
Pengendali
Sarawak, Robert Alberts tidak menolak kemungkinan akan menggantikan
kedua-dua pemain itu sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 22
Mac ini dengan dua pemain baharu telah pun menjalani ujian sejak Isnin
lalu.
“Kita tidak menolak kemungkinan akan menggugurkan kedua-dua
pemain itu jika mereka masih gagal pulih sepenuhnya dalam masa
terdekat,” katanya semalam.
“Ini kerana skuad amat memerlukan
penyerang yang benar-benar berkualiti dan mantap untuk meneruskan
cabaran dalam saingan Liga Super yang semakin sengit.”
Menurut
Alberts, kehilangan kedua tonggak itu akibat kecederaan banyak
menjejaskan keputusan Sarawak dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Ia ditambah lagi dengan aksi hambar penyerang dari Iran Alireza Abbasfard yang disifatkannya gagal membantu skuad.
“Kita
lihat dulu keadaan mereka dalam tempoh terdekat dan jika mereka masih
tidak dapat bermain, kita tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa
menggantikan kedua-duanya.”
Pada masa sama, Alberts mengesahkan Alireza telah digugurkan dan akan diganti Ryan Alan Griffiths.
“Ryan
sah menyertai Sarawak dan beliau akan tiba di sini malam esok (hari
ini). Ketika ini kita hanya menunggu untuk mendapatkan sijil perpindahan
antarabangsanya (ITC),” katanya.
Menurut Alberts, bekas penyerang
Adelaide United itu dijangka dapat diturunkan pada perlawanan menentang
Selangor pada 25 Mac ini di Stadium Negeri berjalan dengan lancar.
Pada
masa sama, Sarawak turut menguji dua pemain baharu sejak Isnin lalu,
Karim Darbaki (21) dari Maghribi dan David Strihavka (31) dari Republick
Czech.
“Karim dan David memiliki pakej yang kita perlukan. Namun
kita masih menilai keupayaan sebenar kedua pemain sebelum menentukan
nasib mereka,” jelas Alberts.
Alberts juga masih menunggu ketibaan dua lagi pemain untuk diuji dari Cameroon dan Lubnan dalam sehari dua lagi.
Sarawak akan melayan kunjungan LionsXII pada Sabtu ini di Stadium Negeri.
Credit Post By BORNEOPOSTONLINE
Credit Post By BORNEOPOSTONLINE
***DOAKAN SARAWAK MENANG***
No comments:
Post a Comment