Thursday, March 6, 2014

Jerebu Resahkan Alberts

JURULATIH Sarawak, Robert Alberts melahir kebimbangan terhadap keadaan cuaca di seluruh Semenanjung yang berjerebu sekali gus boleh mengganggu tumpuan anak-anak buahnya dalam perlawanan menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah Sabtu ini.

"Cuaca berjerebu serta kering di Semenanjung ketika ini amat merisaukan kami,” ujar Alberts.
“Ia boleh mengganggu tumpuan pemain kerana musim lepas kami turut berdepan masalah seperti itu dan menyebabkan terdapat pemain yang tidak sihat ketika perlawanan," jelas Alberts yang ditemui sebelum sesi latihan di Stadium Negeri, Petra Jaya petang semalam.

Alberts berharap masalah tersebut tidak terlalu serius yang boleh membataskan hasrat untuk beroleh sebarang mata.

Sementara itu, Alberts menegaskan, pihaknya mungkin kempunan untuk memperjudi kelibat penyerang dari Bosnia Herzgovina ’Muamer Salibasic’ yang disahkan masih belum pulih daripada kecederaan.

"Semalam dia (Muamer Salibasic) menjalani pemeriksaan doktor dan diarah berehat selama tiga minggu lagi. Memang satu kerugian buat kami apabila dia terus menjadi pemerhati dalam keadaan khidmatnya selaku peledak gol begitu diperlukan," jelas Alberts.

Sambil berharap penyerang yang mempunyai kemahiran individu tinggi itu dapat menunjukkan tanda positif untuk pulih sepenuhnya dengan tempoh yang diletakkan itu.

Bagaimanapun jelas Alberts, ke- legaan berganda buat dirnya apabila beberapa tonggak utama kembali cergas sepenuhnya serta boleh beraksi untuk perlawanan keenam itu kelak.

"Beberapa pemain utama seperti Joseph Kallang Tie, Shahrol Saper, Akmal Rizal Rakhli, Gabor Gyepes sudahpun pulih sepenuhnya dari kecederaan. Dan sedikit kredit buat saya untuk menurunkan mereka nanti," jelas Alberts.

Dalam pada itu, ketua pasukan Joseph Kallang Tie ketika ditemui membertahu, beliau lega apabila kecederaan buku lali kaki kirinya sudah beransur pulih dan boleh bermain untuk perlawanan Sabtu ini.

"Gembira apabila kecederaan buku lali kaki kiri saya sudahpun pulih, dan ia pelung bagi saya untuk beraksi sepenuhnya pada perlawanan menentang T-Team hujung minggu ini," jelas Joseph.

No comments:

Post a Comment