Ryan Alan Griffith Hassan Mohammad
KUCHING: Duak pemain import baharu Ryan Griffiths dan Hassan Mohamad
bakal menjadi taruhan Sarawak untuk merobek gawang Selangor yang
dikemudi Farizal Marlias dalam aksi Liga Super 2014 di Stadium Negeri
malam tok.
Griffiths yang berumur 32 tahun pernah menyarung jersi
skuad kebangsaan Australia manakala Hassan, 25, pula dilabel sebagai
‘Lionel Messi Lubnan’ oleh penyokong berdasarkan kemahiran individu
tinggi dimilikinya.
Dengan adanya kedua-dua pemain import tersebut, masalah penyudah tumpul yang dihadapi Sarawak sebelum ini akan berakhir.
Bagaimanapun
Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) masih menunggu Sijil Perpindahan
Antarabangsa (ITC) sebelum kedua-dua pemain boleh diturunkan menentang
skuad kendalian Mehmet Durakovic itu.
Ketua jurulatih Sarawak,
Robert Alberts ketika dihubungi semalam berkata, kedua-dua pemain itu
belum pasti diturunkan menentang Selangor kerana masih belum menerima
ITC.
“Jika kedua-dua pemain menerima ITC hari ini (Selasa), sudah
pasti mereka berdua akan diturunkan untuk memperkuatkan pasukan terutama
jentera serangan,” katanya.
Namun menurutnya, sekiranya ITC
kedua-dua pemain belum diterima maka Sarawak akan menggunakan corak
permainan seperti menentang Lions XII.
“Mun mereka (Griffiths
dan Hassan) sik dapat diturunkan maka kita akan menggunakan taktikal
seperti menentang Lions XII iaitu bermain tanpa penyerang tulen.
“Saya memang berharap kedua-dua pemain ini dapat diturunkan untuk menambah bisa serangan kita,” ujarnya.
Mengulas
mengenai perlawanan menentang Selangor, Alberts menjelaskan, peluang
untuk anak buahnya meraih kemenangan memang cerah kerana beraksi di
gelanggang sendiri.
“Kita sik memandang rendah kemampuan Selangor dan mereka mempunyai permainan yang baik.
“Namun apa yang kita lihat anak buah Durakovic banyak bergantung kepada penggempur utama mereka (Paolo Rangel),” jelasnya.
Pusingan
kedua Piala FA yang berlangsung 4 Februari lepas menyaksikan Sarawak
menyingkirkan Selangor 1- 0 menerusi jaringan Zamri Morshidi di Stadium
Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
No comments:
Post a Comment