Monday, March 31, 2014

ENCANG SARAWAK ENCANG, PETEH GANU PETEH...SAPA KENAK ENCANG,SAPA KENAK PETEH?

Assalamualaikum wbt...


Apa khabar kitak orang semua tek? Cerciter lok kisah kitak orang ritok tek? Mungkin dah ada yang dah book tiket men bol untuk game ari jemat tok. Pa2pun harap kitak orang sihat semuanya..

So, Persoalan untuk game ari jemat tok, Siapa kenak encang, sapa kenak peteh? Adakah Sarawak kenak Peteh, ataupun Terengganu kenak Encang? Sama2 kita nantikan jawapannya jemat malam sabtu kelak.

Untuk predict nya, Admin mok engkah Sarawak Encang Terengganu 3-0 jemat malam ya kelak. So, Admin dah molah predict, kitak orang tek berapa gol sapa menang sapa score tek?

Pa2pun doakan Sarawak menang utk Semangat yang seterusnya.. Bangkitlahhh.. Doa kalian dari Penyokong Bolasepak Sarawak amatlah diperlukan... Ohaaa...

#EncangSarawakEncang
#PetehTerengganuPeteh
#DoakanSarawakMenang
#StillPray4MH370

Skuad Ngap Sayot Berjaya Sekat Pasukan BerStatus Bintang

KUCHING: Skuad Ngap Sayot melakarkan keputusan seri pertama pada saingan Liga Super 2014 selepas mengikat Johor Darul Takzim (JDT) 1-1 di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Johor malam kelmarin.

Sebelum perlawanan bermula, Sarawak dilihat menghadapi misi mustahil untuk mencuri mata memandangkan lawan yang ditentang merupakan pasukan ‘glamor’ yang menghimpunkan sebahagian besar pemain kebangsaan dan berstatus bintang.

Sebaliknya, Sarawak terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah dengan jaringan cantik dari luar kotak penalti menerusi S Chanthuru pada minit ke-16.

JDT yang tersentak dengan jaringan itu merangka serangan menerusi bekas penyerang kebangsaan, Argentina Luciano Figueroa namun berjaya dipatahkan benteng pertahanan Sarawak yang diterajui Gabor Gyepes.

Usaha berterusan JDT menyamakan kedudukan berhasil pada minit ke- 26 selepas Luciano berjaya melepasi perangkap ‘offsaid’ sekali gus mudah menewaskan Sani Anuar Kamsani.

Separuh masa pertama turut menyaksikan penjaga gol tuan rumah, Izham Tarmizi terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan selepas bertembung dengan Mohd Rashid Aya.

Bermula babak kedua, JDT merancang serangan bertali arus untuk menjaringkan gol kemenangan termasuk membawa masuk Pablo Aimar namun gagal merobek gawang Sarawak.

Perlawanan agak seimbang pada separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan.
Keputusan itu meletakkan Sarawak kekal di tangga ketujuh liga selepas mengumpul 13 mata.

Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata sepatutnya Sarawak boleh menang dalam perlawanan itu namun beberapa peluang terhidang tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

“Namun sesuatu yang positif dalam perlawanan ini apabila kita berjaya mencuri satu mata dari gelanggang lawan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau turut memuji aksi anak-anak buahnya yang tidak gugup biarpun menentang pasukan yang dibarisi pemain berpengalaman.

“Pemain berjaya menyerap tekanan biarpun beraksi menentang pasukan yang dibarisi pemain-pemain penuh berpengalaman selain beraksi di hadapan penyokong tuan rumah,” katanya.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Sarawak menantikan kunjungan Terengganu di laman sendiri, Stadium Negeri Kuching pada 4 April depan.

Friday, March 28, 2014

Harap Sik Ngulang 2 Kesilapan Ya Agik Ow...

Assalamualaikum wbt..

Dua kesilapan bawa padah

Apa khabar kitak orang..sihat?

Ritok Admin mok kelakar pasal gam esok ari. Pa pikir kitak orang pasal game esok ari? Admin doakan Sidaknya sik ngulang gik kesilapan nok kedak malam dolok melawan team Selangor.

Doa dari kitak orang amat diperlukan waktu tok. Jangan lupak standby dak barang2 k makan k nangga live tv2 malam esok k..

Ya ajaklah.. Sik banyak mok diporet ritok.. ermmm..Assalam.. Chaww...

Thursday, March 27, 2014

JOHOR DARUL TAKZIM FC vs SARAWAK BUMI KENYALANG SIAPA BERKUASA?

ASSALAMUALAIKUM WBT...


Apa khabar kitak orang semua pengikut2 setia Sarawak Football Supporters Blog..? Harapan agar semua sihat dan segala urusan dilaksanakan dengan mudah dan tenang-setenangnya..Aminn..

Barang yang lepas jangan dikenang..Yang lepas biarlah lepas.. Biarlah ia berlalu ajak...k.. Kinektok kita sebagai Penyokong Bolasepak Sarawak yang setia harus teruskan sokongan serta menyokong terus pasukan kesayangan kita Sarawak Bumi Kenyalang. Mun sik kita berik semangat ngan sidak pemain kita, sapa gik? Endak giya...

So, Fokus ke hadapan, fokus game seterusnya dan yang paling penting sentiasa mendoakan kemenangan team kita, Ya paling AFDAL sekali. Walau Kalah Walau Menang, Tetap SOKONG team kita k.. Engkah Semangat Ngap Sayot ya dalam2 didada kita...Insha Allah Tiada Sifat 'KECEWA' bila kita TERSUNGKUR.

Sabtu tok 29 Mac 2014 Jam 8.45PM, Sarawak Bumi Kenyalang akan ENCANG team Johor Darul Takzim FC di Stadium Larkin, Johor. Persoalannya Sapa yang akan BERKUASA malam ya kelak? Mun didiat team JDT ada Pablo Aimar, team kita ada Hassan. Sapa paling menyerlah..?

Hassan Mohammad, nama yang sik asing agik dalam Sarawak FA. Walaupun nya bok stat main team Sarawak malam yang kecundang riya, kelibatnya dan aksinya seringkali membimbangkan pihak lawan. Rata2 kitak orang sependapat ngan Admin. Geliciknya, Hold Bolnya memang TERBAIK malam ya. Mun Admin madah HASSAN adalah JELMAAN Lionel Messi, Apa pendapat kitak orang setuju sik?

Harapan players baharu Griffith dan Hassan akan main kacak malam 29hb ya kelak. Mudah2an sentiasa dapat bol kelak. Sama2 kita nantikan dan diat LIVE @ TV2 kelak. Pa2pun Doa dari kita semua utk kemenangan sidaknya amat penting..sama-sama kita berdoa k...

Jadilah Pengikut Setia Kami Juak di SFS Fan Page-->FAN PAGE SFS

♡♥♡SARAWAK TETAP DIHATI SELAMANYA♥♡♥

#DOAKANSARAWAKMENANG

★GM★

Wednesday, March 26, 2014

Skuad Ngap Sayot Muda Bersedia Melakar Kejutan

KUCHING: Skuad Ngap Sayot muda bersedia melakar satu lagi kejutan pada saingan Piala Presiden 2014 apabila menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru petang esok.

Ketua Jurulatihnya, Johnny Dominicus berkata skuad muda Sarawak mula menunjukkan petanda kebangkitan setelah berjaya mengejutkan Kedah 1- 0 di laman lawan pada Khamis lalu.

“Kemenangan pertama di gelanggang lawan jelas menunjukkan pemain-pemain mula yakin akan kemampuan diri mereka masing-masing.

“Ini petanda baik dan saya mengharapkan semua pemain akan mengekalkan rentak terbaik mereka pada perlawanan seterusnya,” katanya di sini semalam.

Bagaimanapun, Johnny tetap mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak terus dibuai mimpi dengan kemenangan yang telah dikecapi.

Sebaliknya, beliau berharap agar pemain-pemain memantapkan semua posisi kerana mereka bakal berdepan dengan satu lagi tugas mencabar esok.

“Kita tahu Kelantan bukan lawan yang mudah kerana mereka mempunyai ramai pemain berkebolehan.

“Namun, ia bukan alasan untuk kita gagal memburu mata dan saya menuntut semua pemain meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan esok,” ujarnya.

Menurut Johnny, pemainpemainnya berada dalam ‘mood’ terbaik ketika ini dan bersedia untuk melakarkan kejutan ke atas skuad Cik Siti Wan Kembang nanti.

Pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Negeri sebelum ini memihak kepada Kelantan dengan kemenangan besar 4-1.

Sarawak akan turun tanpa khidmat kaptennya, Shreen Tambi yang digantung dua perlawanan kerana mengutip enam kad kuning.

Bagaimanapun, mereka akan diperkuatkan dengan khidmat dua pemain Liga Super iaitu Daglish Papin Test dan Muhammad Dzulfadli Awang Marajeh.

Johnny berkata, kehadiran dua pemain senior itu banyak membawa impak dan perubahan dalam corak permainan skuadnya setakat ini.

Setelah mengharungi 11 perlawanan dalam saingan Kumpulan A, Sarawak masih berada pada kedudukan kesembilan dengan sembilan mata.

Tuesday, March 25, 2014

Griffiths, Hassan Taruhan Ngap Sayot

                                             Ryan Alan Griffith                        Hassan Mohammad

KUCHING: Duak pemain import baharu Ryan Griffiths dan Hassan Mohamad bakal menjadi taruhan Sarawak untuk merobek gawang Selangor yang dikemudi Farizal Marlias dalam aksi Liga Super 2014 di Stadium Negeri malam tok.

Griffiths yang berumur 32 tahun pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Australia manakala Hassan, 25, pula dilabel sebagai ‘Lionel Messi Lubnan’ oleh penyokong berdasarkan kemahiran individu tinggi dimilikinya.

Dengan adanya kedua-dua pemain import tersebut, masalah penyudah tumpul yang dihadapi Sarawak sebelum ini akan berakhir.

Bagaimanapun Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) masih menunggu Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) sebelum kedua-dua pemain boleh diturunkan menentang skuad kendalian Mehmet Durakovic itu.

Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts ketika dihubungi semalam berkata, kedua-dua pemain itu belum pasti diturunkan menentang Selangor kerana masih belum menerima ITC.

“Jika kedua-dua pemain menerima ITC hari ini (Selasa), sudah pasti mereka berdua akan diturunkan untuk memperkuatkan pasukan terutama jentera serangan,” katanya.

Namun menurutnya, sekiranya ITC kedua-dua pemain belum diterima maka Sarawak akan menggunakan corak permainan seperti menentang Lions XII.

“Mun mereka (Griffiths dan Hassan) sik dapat diturunkan maka kita akan menggunakan taktikal seperti menentang Lions XII iaitu bermain tanpa penyerang tulen.

“Saya memang berharap kedua-dua pemain ini dapat diturunkan untuk menambah bisa serangan kita,” ujarnya.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Selangor, Alberts menjelaskan, peluang untuk anak buahnya meraih kemenangan memang cerah kerana beraksi di gelanggang sendiri.

“Kita sik memandang rendah kemampuan Selangor dan mereka mempunyai permainan yang baik.
“Namun apa yang kita lihat anak buah Durakovic banyak bergantung kepada penggempur utama mereka (Paolo Rangel),” jelasnya.

Pusingan kedua Piala FA yang berlangsung 4 Februari lepas menyaksikan Sarawak menyingkirkan Selangor 1- 0 menerusi jaringan Zamri Morshidi di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Monday, March 24, 2014

PREDICT: REAL RED VS RED GIANT, SAPA MENANG BERAPA GOL?

Assalamualaikum wbt...

Kabar tek oiiii...? Selangor FA oiii.. disayottt sajaaaa!!! Apa Predict kitak orang tek? Coba kongsi tekaan gol ngan Admin lok juhhhh..ermmm..

Admin tekak Sarawak FA menang malam esok dengan jaringan players baru duak orang yaa.. Griffith ngan Hassan... So, 4-0 untuk malam esok k.. hihihi menang besar malam esok oiiii..ohaaaaa...

ENCANG SARAWAK ENCANG OI!!!

#pray4MH370
#doakansarawakmenang

-ADMINSFSBLOG-

TIKET SARAWAK VS SELANGOR DAH START JUAI RITOK

Assalamualaikum wbt..


Pa kabar kitak orang semua tek? Harap sihattt.. mesti ada yang masih tido time Admin updated catatan tok ataupun ada yang dah berada ditempat kerja masing2 nektok oww...hihi.. sikpa2.. tenangkan fikiran dolok.. polah kerja apa yang apa patut, Jangan dipikir gilak pasal game vs Pahang riya oww.. good2..

Kinek tok kita fokus future pun game. Hari esok Selasa 25hb, game Sarawak vs Selangor, so, Apa cer ngan tiket kitak orang tek? Jangan tunggu lamak2 k.. Ritok, tepat jam10 pagi, kita pacakkan dirik kita di tempat juai tiket ya k.. Standby duit banyak2 ney tauk ada yg mok kirim meli tiket sekali nak oww..

Mana yang terlupak ngembak slip tiket panas online ya, sikboh ribut2 sikboh bingung.. k IC jak dah cukup k.. Tapi.. Hati2 sentiasa berwaspada, nok nama pencuri, penyeluk saku tok ada di cney2.. be careful k.. hati2..ermm..

Akhir sekali, letakkan dalam dirik kita semangat jangan pernah tewas dan juak jangan pernah mengalah. Biar kita tersungkur di tempat lawan, kita bangkit dan terus bangkit demi maruah kita, ditambah agik Semangat Ngap Sayot penuh didada, kita pasti dan pasti memperolehi KEMENANGAN malam 25hb ya kelak Insha Allah..Aminnn..

#PRAY4MH370
#DOAKANSARAWAKMENANG

JOM APA TUNGGU AGIK BELI TIKET JOMMM!!!

Saturday, March 22, 2014

Apa Predict Kitak Orang Bujang Senang vs Tok Gajah Malam tok?

Assalamualaikum...

Salam Tigabelas...

Admin ritok mok ilek2 jak... Tengah mikir giney game mlm tok? Kata oleh RA nya mok nukar strategi baharu, coz nya madah team Pahang tok bukan calang2 team. Sejarah mbuktikan bhwa kemenangan dioleh sidaknya lebih2 agik main di gelanggang dirikpun.

Pa yg pasti anak2 buah RA kinek tok sangat bersemangat sbb menang mlawan team Lions 12. Mudah2an strategi terbaharu RA berhasil malam tok, lebih2 agik Sarawak kinektok dh ngambik @ menambat 2 org player import baharu iaitu Ryan Alan Griffith & Hassan Mohammad. Keduak2 sidak berasal dari Australia & Lubnan.

Apa2pun doakan Sarawak Menang Malam Tok...ermmmm Predict Admin Sarawak Menang 2-0. Kitak orang tek?


 ♡♥♡Doakan Sarawak Menang♥♡♥










Friday, March 21, 2014

PENYERANG TERBAHARU 'PELANDUK DUAK SERUPA'

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Salam Tigabelas... Apa khabar kitak orang semua tek? Harapan Admin kitak orang semuanya sihat2 ajak oww...

Pa cer tek? Ermm.. Sementara Admin nunggu mok balit kerja (semua kerja pejabat selesey dah) tok, Admin ngambik kesempatan mok updated blog SFS tok..hihihi.. 

Berkaitan ngan topik ritok "Pelanduk Duak Serupa". Sempat juak Admin updated dalam Fan Page SFS tadik berkenaan ngan topik tok tek walaupun lambat updated dalam blog SFS hihihi.. 

Luis Febregas                                   Hassan Ahmad

Pa yang Admin ndiat komen dalam Fan Page SFS tadik pasal tok, perhh.. TERBAIK komen sidak. Sik sangka komen sidak kacak2. Ada yang madah player sarawak baharu tok macam Febregas nok dari International Football Club ya.. ermm.. macam2 lah komen sidak eh.. semua bagussss...

Muko player baharu Hassan Ahmad dari LUBNAN nang sebijik macam muko Luis Febregas dari SPAIN. Admin bok perasan player baharu Sarawak macam pernah nangga tapi disiney oww? Rupa2nya seakan mirip wajah player terkenal ya.. Admin apa gik terus surfing internet carik picture Febregas n gabung molah perbandingan picture Hassan, ternyata sik banyak perbezaan rupa nya duak.

Mudah2an Mirip wajah Hassan yang seakan sama ngan Febregas, akan sama juak cara permainannya kelak. Segala skill yang ada pada Febregas, ada juak pada Hassan. Pendek kata semuanya DUPLICATE oww.. Mun lebih kacak agik main dari Febregas agiklah bagussss...Mudah2an Insha Allah..Aminn... 

Dengar sidak madah Hassan Ahmad akan menggantikan Janjus. Tedah Janjus.. Pa2pun Terima Kasih Janjus coz sudi main ngan team Sarawak.. Thank You Very Much.... Hassan akan stat main pada bulan April mun sik silap Admin lah.. Rajin2lah kitak orang carik maklumat lain k..

INI KALILAH.. Harap PENYERANG-PENYERANG TERBAHARU Ryan Alan Griffith & Hassan Ahmad memberikkan persembahan yang kacak setiap kali main endak giya...
Oklahhh... Assalammm...

***NGAP SAYOT PENUH DIDADA***

Thursday, March 20, 2014

SIRI 1: I'M A PROUD TO BE SARAWAKIAN

Assalamualaikum wbt...

Selamat Petang semua kitak orang... Salam Tigabelas khas buat para pembaca Blog Sarawak Football Supporters. Semoga sentiasa sihat bahagia dan segala urusan aritok dipermudahkan diberkati dan diterima Allah SWT.Aminnn...
'I'm A Proud To Be Sarawakian' satu ungkapan yang sangat ternilai dan berharga bagi kita semua. Sapa sik BANGGA jadi anak jati Sarawak!? Bulak ko NYO!!! Coba cek kitak orangpun IC. Mun Tigabelas or Limapuluhduak sikda dalam IC kitak orang kompom bukan anak jati sarawak, toi sik?

Bangga dan terus berbangga... Sebab apa Admin SFS sangat #exited ngan word ya? coz SEMANGAT orang kita, SANGATlah berbeza sekali ngan semangat-semangat yang ada ditempat-tempat lain.

'Sarawak Harmoni Kemakmuran DiNikmati'

Tagline diatas ya menunjukkan bahawa betapa Makmurnya betapa harmoninya kita di Sarawak. Semua kita lapisan masyarakat encerik@ menikmatinya. Perangey-perangey orang kita mun di diat sangatlah PERAMAH. Terutama sekali pabila orang-orang luar datang di Sarawak. Sungguh Indah Budi Pekerti Rakyatnya... Admin Kagummm sekali... Setiap layanan yang dberik oleh orang kita ngan sidak belah luar dengan layanan yang bagus sekali.





Tempat2 peranginan di Sarawak pun kacak-kacak. Sebagai contoh di Damai Beach Resort, , Damai Puri & Resort SPA, One Hotel Santubong Resort, Kampung Budaya Sarawak dan banyak agik tempat peranginan di Sarawak tok,coma mauk ngan sik mauk jak hihihi..
Damai Beach Resort
 
Damai Puri Resort & SPA
  
One Santubong Resort


 Kampung Budaya Sarawak



 Segala2nya terbaik di Sarawak Ibu Pertiwiku...

Akhir kata dari Admin SFS Blog, Majulah Sukan Untuk Sarawak..hihihi... IM PROUD TO BE SARAWAKIAN..OHaaaaaa... 

Ini kali ceritanya pasal tempat peranginan di Sarawak. Lain kalinya mun ada umur panjang kita jumpa agik dengan sambungan ceritanya pasal Hari2 Istimewa dan banyak agik yang ada di Sarawak.. Insha Allah..Aminnn...

Sekiann...

BICARA KESIHATAN: Colgate Perlindungan Kaviti Rongga Yang Maksimum

Assalamualaikum wbt..

Hari tok Admin SFS nak berkongsi ngan kitak orang pasal kesihatan gigi. Debah tok serba sedikit yang Admin SFS mampu kongsikan ngan kitak orang semua k.. Selamat menelaah dalam ilmu kesihatan..sama-sama kita berkongsi ngan nimba ilmu sama-sama.


Colgate tok salah satu jenama yang mana nya ngembak kita dengan sigek kejayaan dalam perlindungan dan juga penjagaan rongga/kaviti gigi.
">Powered oleh teknologi Pro- Argin ™ plus Fluorida tok adalah ubat gigi anti -rongga yang pertama dan hanya mensasarkan yang melampaui ke perlindungan fluorida dan meneutralkan asid gula dalam plak gigi.


 Debah tok adalah iklan colgate dengan formulasi yang baharu untuk kitak orang diat k..

 




Colgate. Komited dengan Bebas Kaviti untuk Masa Depan. Berikut adalah beberapa rujukannya: 

1. Wolff M, Corby P, Klaczany et al. J Clin Dent . 2013; 24 ( Spec Iss A). 
2. Data dalam fail. Colgate- Palmolive Syarikat.  
3. Cantore R, Petrou I, Lavender S, et al. J Clin Dent 2013; 24 ( Spec Iss A): A32 - A44 . 
4. Keputusan daripada kajian 6 bulan untuk menilai peningkatan karies enamel menggunakan QLF 
    (Kuantitatif Light - teraruh pendarfluor ) Kaedah vs ubat gigi biasa, kedua-duanya dengan 1450
     ppm fluorida. 
5. Yin W, Hu DY , Fan X, et al. J Clin Dent 2013; 24 ( Spec Iss A): A15 - A22 . 
6. Keputusan dari kajian klinikal 2 tahun vs ubat gigi biasa, kedua-duanya dengan 1450 ppm  
    fluorida.  QLF adalah tanda dagangan dimiliki oleh Sistem Penyelidikan Inspektor BV.  
7. Data dalam fail. Colgate- Palmolive Syarikat.







Mun mok periksa kitak orangpun Gula boleh klik Semak Pengambilan Gula Anda di--->SWEET COUNTER

  
Apa2pun.. penjagaan gigi kita tok amatlah penting. So, beriklah peluang ngan keluarga kitak orang supaya menjadi keluarga yang bebas kaviti.

Credit to: COLGATE SAN

Griffiths Sah Main Bol Ngan Team Sarawak FA

Sudarsono menegaskan FAS tidak akan terburu-buru tambat pemain import baharu

KUCHING: Sarawak sikkan terburu-buru ngambik pemain import baharu sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 23 Mac tok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman madah, persatuan akan memanfaatkan sepenuhnya tempoh tersebut untuk encarik pemain yang benar-benar berkualiti.

“Jendela perpindahan pemain adalah peluang terbaik kamek orang untuk memperkuatkan skuad bagi menghadapi saingan Liga Super yang semakin kompetitif.

“Justeru ya, kamek orang sik gago nak terburu-buru dan akan memastikan hanya pemain terbaik diambik,” katanya time sidang media memperkenalkan pemain import baharu Sarawak, Ryan Alan Griffiths di Stadium Negeri ari marek.

Menurutnya agik, saingan Liga Super yang semakin sengit mendesak FAS untuk memastikan hanya pemain berwibawa dan mampu membantu skuad diembak masuk.

Jendela perpindahan pemain akan dibuka dari 23 Mac hingga 22 April depan dengan Sarawak dijangka akan ngambik sorang agik pemain import baharu bagi menggantikan Milorad Janjus yang mengalami kecederaan.

Manakala penyerang dari Bosnia Muamer Salibasic dijangka akan dikekalkan oleh FAS.
Menurut Sudarsono, Muamer agik diperlukan oleh skuad namun ia bergantung kepada tahap kecergasannya.

“Apa gunanya mempunyai kemahiran yang tinggi mun sik dapat diturunkan,” ujarnya.
Dalam masa ya, Griffiths mengikat kontrak jangka masa panjang dengan Sarawak sampey musim depan.

Beliau menggantikan penyerang dari Iran Alireza Abbasfard yang digugurkan oleh FAS dan akan menggunakan jersi nombor 29.

Ketika ditemuramah, ayah kepada dua orang anak ya dah lamak maok main ngan team Sarawak setelah nengar nasihat dari pemain lagenda Sabah, Scott Ollerenshaw.

“Sarawak adalah pasukan yang baik dan dibimbing oleh salah seorang jurulatih terkemuka,” katanya.
“Ia sigek penghargaan bagi saya kerna dapat bermain dengan Sarawak dan saya akan coba sedaya upaya membantu skuad mencapai lebih banyak agik kejayaan.”

Sepanjang kariernya, bekas penyerang Adeliade United ya pernah nyarung jersi kebangsaan Australia (2006- 2008) selain menyertai beberapa kelab di Liga Australia, China dan Romania.

Griffiths, 33, pernah muncul penjaring terbanyak selama dua musim berturut-turut ketika menyertai Newcastle Jets selain penjaring terbanyak Kejohanan Piala Asia ketika menyarung jersi Beijing Guon dari 2009-2010.

Beliau hanya mula beraksi pada perlawanan menentang Selangor di Stadium Negeri pada 25 Mac tok.

Credit post by BORNEOPOSTONLINE

Wednesday, March 19, 2014

Ketua Jurulatih Skuad Piala Presiden Serap Tiga Pemain Baharu

KUCHING: Skuad Piala Presiden Sarawak akan membawa masuk tiga pemain baharu dalam usaha menghidupkan peluang mereka dalam saingan liga yang telah memasuki pusingan kedua.

Ketua Jurulatih Johnny Dominicus berkata ketigatiga pemain itu akan diserap sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 23 Mac ini.

“Nama ketiga-tiga pemain tersebut sudah dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk pertimbangan dan kelulusan.

“Kesemua mereka berasal dari Kuching dan akan bermain di posisi penyerang, tengah dan pertahanan,” menurut Johnny semalam.

Katanya, kehadiran pemain baharu itu diharap dapat memperkuatkan skuadnya terutama di posisi penyerang yang dilihatnya masih belum mantap.

Pada masa sama, Johnny turut menyambut baik peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan membenarkan dua pemain senior mewakili skuad Piala Presiden.

“Saya melihat langkah ini cukup baik kerana kita sangat memerlukan pemain yang berpengalaman untuk membimbing pemain yang masih baharu.

“Kehadiran pemain senior pastinya dapat menyemarakkan pemain muda untuk memperagakan permainan yang lebih menarik selain menjadikan mereka lebih yakin dan matang.

” Sarawak akan menurunkan Daglish Papin Test dan Muhammad Dzulfadli Awang Marajeh pada perlawanan menentang Kedah pada Khamis ini di Stadium Darul Aman.

Mengulas mengenai pertemuan tersebut, Johnny optimis skuadnya mampu melakar kejutan ke atas skuad yang membenam mereka 0-4 pada perlawanan pembukaan di Stadium Negeri pada Januari lalu.

“Kita sedar kepincangan dalam skuad dan telah berusaha untuk menampung segala kecacatan tersebut.

“Pemain juga mula menyedari kelemahan mereka dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki corak permainan masingmasing,” katanya.

Katanya, keputusan seri pada tiga perlawanan terakhir jelas membuktikan prestasi skuad tersebut semakin baik.

Sarawak masih menghuni tangga kesembilan dalam Kumpulan A dengan enam mata hasil dari satu kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan.

Perlawanan Sarawak seterusnya menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV pada Khamis depan.

Created by BORNEOPOSTONLINE

Tuesday, March 18, 2014

Taktik ‘Tanpa Penyerang’

Sarawak terus guna taktikal baharu mengharungi cabaran Liga Super

KUCHING: Taktikal baharu tidak menggunakan penyerang akan terus digunakan oleh skuad Sarawak untuk bersaing sekali gus mencabar kejuaraan pada saingan Liga Super mus im ini.

Ketua jurulatihnya , Robert Alberts berkata kemenangan 3-1 ke atas Lions XII Sabtu lalu membuktikan taktikal tersebut membuahkan hasil.

Beliau berharap anak-anak buahnya akan meneruskan persembahan menarik ketika bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu ini menentang Pahang.

Ketika ini, Milorad Janjus dan Muamer Salibasic masih dibelenggu kecederaan manakala Alireza Abbasfard sukar untuk mengadaptasi suasana permainan liga di Malaysia.

Penyerang tempatan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula masih belum cergas sepenuhnya dan tidak mampu beraksi dalam tempoh 90 minit perlawanan.

“Kita memang tidak mahu bermain tanpa penyerang setiap masa, namun selepas perlawanan malam itu (menentang Lions XII), taktikal baharu (tanpa penyerang) ternyata membuahkan hasil.

“Pemain juga dilihat lebih bekerjasama untuk mencacat kemenangan dalam perlawanan,” katanya.
Krisis penyerang yang melanda Sarawak dijangka berakhir dengan ketibaan Ryan Rriffiths minggu depan yang menandatangani kontrak dua tahun.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini, Sarawak kini berada di tangga ketiga selepas mengutip 12 mata.

Pendahulu liga, Terengganu kini berkongsi mata dengan Kelantan dengan 13 mata namun skuad Penyu masih memiliki baki satu perlawanan.

Credit Post By BORNEOPOSTONLINE

Monday, March 17, 2014

Lions XII Kaku Di Stadium Negeri

Sarawak benam anak buah Fandi Ahmad 3-1 dengan barisan pemain tempatan tanpa penyerang import



KUCHING: Biarpun bermain tanpa penyerang import, Sarawak tidak menghadapi masalah besar untuk membenam pasukan Lions XII pada saingan Liga Super 2014 malam kelmarin.

Beraksi di Stadium Negeri di sini, skuad Ngap Sayot hanya bergantung kepada pemain tempatan untuk mengasak kubu lawan.

Pencaturan ketua jurulatihnya, Robert Alberts ternyata membuahkan hasil apabila anak-anak buahnya mendominasi perlawanan dan melancarkan serangan bertali arus.

Dalam keadaan hujan turun tanpa henti, jentera serangan Sarawak yang diterajui Joseph Kalang Tie dan Mohd Rashid Aya sering mengasak kubu Lions XII memaksa pasukan pelawat bekerja keras menangkis serangan mereka.

Usaha Joseph bersama rakan sepasukan akhirnya membuahkan hasil apabila S. Chanturu menjaringkan gol pertama pada minit ke-16 selepas menerima lontaran jauh Ronny Harun.

Pasukan pelawat yang sekali-sekala melancarkan serangan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi tandukan Nazrul Nazari.

Selepas jaringan penyamaan itu, anak-anak buah Fandi Ahmad semakin bernafsu untuk merobek gawang Sarawak namun kekentalan pertahanan pasukan tuan rumah banyak menggagalkan usaha mereka.

Bagaimanapun, serangan pantas Sarawak pada minit ke-40 membolehkan Chanturu menjaringkan gol peribadi keduanya dalam perlawanan itu selepas menerima lorongan cantik daripada Lot Abu Hassan.
Babak kedua perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan tuah terus memihak kepada Sarawak apabila berjaya menambahkan jaringan.

Kali ini Mohd Rashid Aya mencetak jaringan ketiga Sarawak pada minit ke-75 selepas menerima hantaran cantik daripada Mohd Hairol Mokhtar.

Keputusan itu meletakkan Sarawak melonjak ke tangga ketiga di belakang Terengganu dan Kelantan.
Alberts yang ditemui selepas perlawanan ternyata gembira dengan keputusan itu biarpun mengakui secara keseluruhan perlawanan berlangsung dalam keadaan hujan.

“Keputusan ini menakjubkan biarpun beraksi dalam hujan. Saya gembira dengan prestasi semua pemain yang berjaya menyerapkan pelbagai tekanan,” katanya.

Alberts berkata, jentera pertahanannya juga menampilkan prestasi terbaik dalam mempertahan kubu mereka daripada asakan lawan.

Sebelum perlawanan, ribuan penyokong Sarawak dan pemain kedua-dua pasukan bertafakur seminit untuk keselamatan pesawat MH370.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Sarawak akan bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 22 Mac (Sabtu) menentang Pahang.

Credit Post By BORNEOPOSTONLINE

Friday, March 14, 2014

BICARA 1: TIKET BOL ZON B SRWK VS LIONS 12 'SOLD OUT'

Assalamualaikum wbt...

Salam Penghulu Segala Hari..
Salam Tigabelas kepada kitak orang semua warga sarawak anak jati serawak.. khabar kitak orang hoiiii!!!?

Dah beli tiket kitak orang tek? Rindok ati mun dah ada tiket tek nak... Nok belum meli tiket waktu tok kompom sik nentu nyawanya endak giya adik kakak abg maknek oii!!! hihihi...


Admin Udah Ada Tiketttt yeyyyy!!! Jangan tunggu lamak-lamak jang oi dara oi... nok nama tiket panas tok, cepat laku cepat abis cepat 'Sold Out'. Bait nasib Admin sempat pegi HOPOH tek pas embayang jemat, terus gi sia. 

Nengga kato sidak sio Tiket Gate B dah 'SOLD OUT'..apuhhhh.. Apa tunggu agik cepattttt... Gate A masih ada bahhhh... Mun sikpat juak ney po ngan nyo endak.. Nenga cito info2 ado laip dalam telivisyen. Bukan tv sukan gik yo.. Mun sik silap Admin TV105.. Mun sik salah Admin lahh.. hihihi..

Okeylahhh... Chawwww lok... Admin ditunggah gi metingggggg urgent katanya... ahhhhhhh!!!

Assalammmm...

Thursday, March 13, 2014

THE MYSTERY OF FLIGHT 370, #DOAKANMH370

ASSALAMUALAIKUM WBT...



Apa khabar semua pembaca blog SFS yang dikasihi dan disayangi? Mudah2an diri serta keluarga sentiasa dirahmati dan hidup diberkati segala urusan mendapat pahala k...

6 Hari Sudah berlalu... "The Mystery Of Flight 370" ke mana perginya...

Seperti yang kitak orang tauk, kisah kehilangan #MH370 menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi yang sukar untuk kita semua percayai. Kekadang spekulasi ya sangat melampau sampey nyuruh jiwa dan perasaan orang lebih2 agik waris ahli keluarga.. Kesian sidaknya dipolah sidak2 yang sik bertanggungjawab. 

Fikirlah.. ney tuju utak sidak nok molah spekulasi tok!!! Bila utak dah di set ke arah yang rosak, lebih2 agik hasutan setan yang merodak2..abiss iman jatuh terus n segala aib  sendirik diselongkar sewenang2nya..ermmm.. apa nak jadik!?

Misteri Kehilangan #MH370 tok semakin hari semakin wauu!! TERBABOMMM... panas bak pisang goreng.. Masing2 dengan analisisnya.. Ada juak yang berebut2 sapa dolok update paling cepat n pantas lagi TERKINI..perhhh.. Diat kitak orang rangking2 yang berkaitan #MH370 kinektok.. berada dalam top FIVE.. Page2 yang berkaitan ngan MH370 LIKERS nya begitu cepat hingga RIBUAN LIKERS dalam masa sehari sahaja.. Sunggu AJAIB!!!

Persoalan demi persoalan, pakar2 sudah dijemput untuk rungkaikan msiterinya... Kapal2 canggih sudah dilautan untuk mencari #MH370.. Mana? Mana? Mana? Perginya #MH370!!? Seluruh dunia telah tauk tentang Misteri Kehilangan #MH370 tok... Persoalannyaaaa... Mengapa? Bagaimana? Macam Mana? Giney Sidak Dalam Ya? Mcm2 Persoalannya...
Bagi Kita Umat Islam, kita balit pada Sang Pencipta Seluruh Alam.. Siapa yang Mencipta Sains? Admin Tertarik ngan Statment Bekas Kapten Yang Ngembak Boeing 777 zaman mensia dolok iaitu Kapten Norudin Abdul Majid. Jawapan yang diberikkan sangat perfect dan segala2nya berunsurkan islamik..Allahu Akbar... First time nangga Kapten yang begitu arif dan pakar dalam bidang penerbangan memberi jawapan yang sangat islamik. Rata2 yang ndiat slot tok pasti TERPEGUN dan TERPAKU segalanya.. Debah tok ada rakamannya...





Apa rasa kitak orang setelah ndiat rakaman tok tek? Terpegun Ternganga!? 

Untuk Pengetahuan kitak orang semua, Kapten Norudin Abdul Majid tok, masanya ditemuramah time tok nya tengah keluar jemaah bersama2 jemaah2 tabligh selama 40 hari. Allahu Akbar!!! Alhamdulillahhh.. Moga dipanjangkan usia Kaptenn..Aminnn...

Pendek kata, Segala kejadian bencana adalah datang dari Sang Maha Pencipta. Balitkan dirik kita kepadaNya. Mohon Keampunan dariNya.. Perbanyakan DOA kepadaNYA.. Apa yang penting Solat Jangan Sesekali Ditinggalkan.. Mintalah Pertolongan Kepada Allah.. Itulah Sebaik2 Jalan.. Insha Allah... Insha Allah.. Pasti Diketemukan.Aminnn..

Sekian, semoga jumpa lagik dilain catatan Insha Allah... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

***DOAKAN KREW & PENUMPANG MH370***

Milorad, Salibasic Bakal Digugurkan

 
Kedua-dua pemain itu bakal digantikan sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 22 Mac ini

KUCHING: Kedudukan penyerang import Sarawak Milorad Janjus dan Muamer Salibasic berada di hujung tanduk setelah keduanya dilaporkan bakal digugurkan jika gagal pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Pengendali Sarawak, Robert Alberts tidak menolak kemungkinan akan menggantikan kedua-dua pemain itu sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 22 Mac ini dengan dua pemain baharu telah pun menjalani ujian sejak Isnin lalu.

“Kita tidak menolak kemungkinan akan menggugurkan kedua-dua pemain itu jika mereka masih gagal pulih sepenuhnya dalam masa terdekat,” katanya semalam.

“Ini kerana skuad amat memerlukan penyerang yang benar-benar berkualiti dan mantap untuk meneruskan cabaran dalam saingan Liga Super yang semakin sengit.”

Menurut Alberts, kehilangan kedua tonggak itu akibat kecederaan banyak menjejaskan keputusan Sarawak dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Ia ditambah lagi dengan aksi hambar penyerang dari Iran Alireza Abbasfard yang disifatkannya gagal membantu skuad.

“Kita lihat dulu keadaan mereka dalam tempoh terdekat dan jika mereka masih tidak dapat bermain, kita tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menggantikan kedua-duanya.”

Pada masa sama, Alberts mengesahkan Alireza telah digugurkan dan akan diganti Ryan Alan Griffiths.

“Ryan sah menyertai Sarawak dan beliau akan tiba di sini malam esok (hari ini). Ketika ini kita hanya menunggu untuk mendapatkan sijil perpindahan antarabangsanya (ITC),” katanya.

Menurut Alberts, bekas penyerang Adelaide United itu dijangka dapat diturunkan pada perlawanan menentang Selangor pada 25 Mac ini di Stadium Negeri berjalan dengan lancar.

Pada masa sama, Sarawak turut menguji dua pemain baharu sejak Isnin lalu, Karim Darbaki (21) dari Maghribi dan David Strihavka (31) dari Republick Czech.

“Karim dan David memiliki pakej yang kita perlukan. Namun kita masih menilai keupayaan sebenar kedua pemain sebelum menentukan nasib mereka,” jelas Alberts.

Alberts juga masih menunggu ketibaan dua lagi pemain untuk diuji dari Cameroon dan Lubnan dalam sehari dua lagi.

Sarawak akan melayan kunjungan LionsXII pada Sabtu ini di Stadium Negeri.

Credit Post By BORNEOPOSTONLINE

***DOAKAN SARAWAK MENANG*** 


Wednesday, March 12, 2014

OUT OF TOPIC: #MH370 KELUARGA PENUMPANG NIKAM BOTOL AIK MINERAL NGAN KAKITANGAN MAS DI BEIJING..!

 

Sorang ahli keluarga penumpang MH370 yang dilaporkan hilang dilaporkan telah membaling botol air mineral pada 4 orang kakitangan MAS di Beijing sambil menuduh seluruh orang Malaysia sebagai "penipu".

Nya dikatakan molah kedak ya setelah sik berpuas hati bila sidak kakitangan MAS ya sik dapat merik berita terkini tentang MH370.

Nampaknya emosi ahli keluarga penumpang MH370 di China sik stabil. Ada yang mula "lost temper" sik dapat kawal perasaan. Sik dpt tahan tekanan memikirkan nasib ahli keluarga mereka yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini tok.

Yalah pentingnya khidmat kaunselor bagi kes-kes kedak tok. Kementerian Wanita, misalnya dari awal dah tauk pasal pentingkan menenangkan emosi keluarga penumpang, awal-awal agik dah ngantar para pegawai kaunseling sidak berjumpa ngan ahli-ahli keluarga penumpang pesawat MH370.

Betul Admin madah ngan kitak orang, ada sesetengah dari manusia tok yang sik mampu ngadap tekanan macam tok, lebih2 agik berkaitan ngan seseorang yang tersayang. Tok bukan drama, tapi nya mampu terjadi. Sebab yalah sik heran mun ada kakitangan MAS yang kenak tikam botol aik mineral.

Admin arap 4 orang kakitangan MAS ya yang ditikam botol aik mineral ya bersabar dan sik manas ngan insiden ya. Bila orang ilang kawalan berpikir secara waras, sidaknya kompom akan dikawal emosi. Kakitangan MAS ya perlu faham ngan situasi tok.

Sigek gik hal, ahli-ahli keluarga ya perlu faham bahawa kakitangan MAS di Beijing ya neyda kuasa untuk berik keterangan. Paling kuat pun sidaknya coma dapat nulong mintak ahli keluarga bertenang. Maok berik jawapan dan fakta nok betul? Ney boleh jangg...mun sidak tauk pun memang sidaknya sik dibenarkan berik jawapan ya pada umum.. ya memang standard prosedur.

Kerajaan China sepatutnya awal-awal agik ngantar kauselor sidak untuk "cater" ahli-ahli keluarga penumpang MH370 di sinun. Contohi tindakan Kementerian Wanita di Malaysia kita tok. So sikda la sanok tok sanok nun yang akan kenak tikam k botol..betui sik? 

#DOAKANMH370

-ADMINSFSBLOG-

GELANGGANG KERAMAT PENENTU MALAM SABTU 15/3/2014 TOK!!!

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM TIGABELAS DIPAGI YANG MULIA TOK... HARAP SEMUA SIHAT HENDAKNYA..AMINNNN....


Sapa sik tauk betapa keramatnya Stadium Negeri Sarawak.. By da way..speaking london Admin ehh hihihi.. Bol ya bulat!!!

Bagi Admin SFS blog tok, Sarawak harus menang malam sabtu tok kerna apa, tok adalah untuk menebus kekalahan di Darul Makmur oleh T-Team 4 ari yg lalu. Bukan ya ajak, Semangat Supporters mok dijaga juak. Mun sikda Penyokong, Sikda Rami sidak dalam Stadium..toi sik..? Mun salah tegur k..

Admin SFS blog berharap, kepada semua Penyokong terus merik semangat ngan sidak players bol sarawak tok, mun sikda kita abis semangat sidaknya. Oleh ya, marilah kita rami2 book tiket bol, meli tiket ditempat penjualan tiket.. beli jangan sik beli. Rugi sik nangga bol ari sabtu tok bahh!!!

Kira game malam sabtu tok adalah game Antarabangsa.. Sarawak Vs Singapura.. International Game bahh... Jangan sik pergi k kitak orang...

Rami2 kita doakan agar Sarawak menang malam 15hb ya kelak. Doa kalian semua diharapkan.. agar Sarawak mencapai kejayaan demi kejayaan... Tapi.. prinsip kita mok diamalkan juak.."Biar Kalah Sokong, Menang Lagilah DiSanjung".

Ya ajaklah... Sori mun bahaso kurang.. besalah loghat sarawak mengarey..hihihi.. bok belajarr nulis hihihi...

Klah.. Salammmm...

ADMIN SFS BLOG

Tuesday, March 11, 2014

OUT OF TOPIC: SOLAT HAJAT UNTUK PENUMPANG MH370

Assalamualaikum....


  
Salam Tigabelas semua warga Sarawak.... Semoga sihat segalanya..Aminnn..

Aritok dipetang yang mulia tok, Admin mok SHARE Out of Topik jap....Kepada sesiapa yang ada kelapangan mlm tok...Jom kita rami2 pergi di UNIMAS untuk Solat Hajat Mohon pada Sang Pencipta Untuk Selamatkan Semua Krew dan Penumpang MH370 yang hilang 4 hari dolok..

Admin Berharap dengan adanya program yang sedikit kedak tok dapat memberik information ngan kitak orang n dapat berik maklumat ngan kitak orang seterusnya agik bagus ngikut bersama2 Solat Hajat di UNIMAS..

Akhir sekali..

DOAKAN PENUMPANG DAN KREW MH370 SELAMAT SEJAHTERA..AMINN..



Laman Fan Facebook SFS ada LINKNYA--->#DOAKANMH370


#pray4MH370

Sarawak Uji Import Baharu

SKUAD Sarawak kini dalam proses menguji kelibat dua calon import penyerang baharu, Karim Darbaki, 21 dari Maghribi dan David  Strihavka, 31 dari Republic Czech.

Kedua-dua pemain terbabit tiba di Kuching malam kelmarin dan mula berlatih bersama pemain lain selain diberi peluang mempamerkan aksi masing-masing dalam perlawanan sesama sendiri di Stadium Sarawak, Petra Jaya petang semalam.

Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata, ia proses awal beliau dalam mengenal pasti calon import penyerang baharu ke arah memantapkan jentera serangan pasukan.

Bagaimanapun tegas Alberts, kedua-dua pemain terbabit (Karim Darbaki & David  Strihavka) dinilai prestasi mereka sepanjang seminggu diberi peluang berlatih bersama skuad Sarawak.

"Kedua-dua pemain ini datang dengan rela hati untuk diuji dan bukannya diundang oleh pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), dan saya akan cuba menilai kemampuan mereka sepanjang seminggu ini," kata Alberts ketika mengulas perkara itu.

Menurut Alberts, beliau tidak menolak kemungkinan akan memilih yang terbaik dari kedua mereka sekiranya benar-benar bagus dan menepati kriteria diinginkan selaku penyerang.

Karim Darbaki pernah menyertai kelab dari Brazil, Caremio Barveri selama enam bulan sambil David Strihavka pernah mewakili kelab dari Beirut, Al-Ahed (2013).

Ditanya mengenai import baharu dari Australia yang menggantikan bekas penyerang kelahiran Iran, Alireza Abbasfard iaitu Ryan Griffiths, alberts menegaskan, penyerang baharu Sarawak itu akan tiba di Kuching dua hari lagi.

"Ketika ini import dari Australia (Ryan Griffiths) sah akan bersama Sarawak, dia akan tiba di Kuching dalam sehari dua ini dan dijangka dapat diturunkan pada perlawanan menentang Selangor pada 25 Mac nanti," kata Alberts lagi.

Proses pendaftaran pemain baharu bermula pada 22 Mac ini dan jika urusan berjalan lancar besar kemungkinan akan dapat menyaksikan aksi pertama Ryan Griffiths menentang Selangor (25 Mac) di Stadium Negeri, Patra Jaya.

Dalam perkembangan sama, Alberts menjelaskan, seorang lagi calon penyerang dari Cameroon juga dijangka akan tiba dalam masa terdekat ini untuk tujuan sama.

Monday, March 10, 2014

Sarawak Kempunan Tiga Mata

SARAWAK gagal raih tiga mata setelah kalah 2-0  kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail malam tadi.
Ia merupakan kekalahan ketiga Sarawak setakat ini.

Skuad bimbingan ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts, kini turun tangga kelima. Sarawak akan menentang Lions XII di Kuching Sabtu depan.

Ternyata tanpa tonggak import, Milorad Janjus Sarawak gagal berfungsi dengan baik di bahagian serangan.

Sarawak turut beraksi tanpa pemain import, Muamer Salibasic dan serta pemain sayap Reeshafiq Alwi.

Jentera Serangan Skuad Ngap Sayot Masih Tumpul

KUCHING: Ketumpulan penyudah memaksa Sarawak berputih mata apabila tewas 2-0 kepada T-Team dalam saingan Liga Super 2014 malam kelmarin.

Dalam perlawanan ber­langsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu anak-anak buah Robert Alberts gagal merobek gawang T-Team biarpun lebih banyak menyerang.

Peluang Sarawak meng­hasilkan gol pertama apa­bila Joseph Kalang Tie gagal menyempurnakan sepakan penalti.
 
T-Team yang berada di kelompok bawahan liga men­dahului pada minit ke-46 menerusi Ramzul Zahini.

Babak kedua yang men­yaksikan Sarawak terus men­gasak kubu T-Team juga gagal memperolehi sebarang jaringan.

Sebaliknya, pada minit ke- 84 anak-anak buah Azraai Khor Abdullah menggan­dakan jaringan menerusi Badrul Hisyam.

Alberts yang dihubungi semalam melahirkan rasa kecewa dengan ketumpulan serangan biarpun mempunyai banyak peluang.

“Ini bola sepak…jika kita gagal memanfaatkan peluang terhidang maka kita akan kalah. Saya kecewa dengan penyudah yang tumpul,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan Sarawak kini turun ke tangga kelima liga dengan mengutip sembilan mata.

Perlawanan seterusnya menyaksikan skuad Ngap Sayot menanti kunjungan Lions XII di Stadium Negeri Kuching pada 15 Mac (Sabtu) ini.

Friday, March 7, 2014

Skuad Muda Akur Dengan Satu Mata

KUCHING: Skuad muda Sarawak mengutip satu mata berharga setelah seri 2-2 me­nentang Terengganu pada sain­gan Kumpulan A Piala Presiden di Stadium Negeri semalam.

Tuan rumah yang menu­runkan dua pemain Liga Super Daglish Papin Test dan Mohd Zulfadli Awang Marajeh dalam usaha memburu tiga mata penuh bermula baik dengan mengasak kubu lawan sebaik permainan bermula.

Pada minit ke-15, Sarawak mendahului menerusi tandu­kan cantik Mohd Nazrul Husni yang tidak dikawal pemain pertahanan lawan.

Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila giliran Ter­engganu menjaringkan gol pen­yamaan hasil rembatan kencang Mohd Faidzol Fazreen pada minit ke-23.

Penyerang lincah itu sekali lagi menjadi duri dalam daging Sarawak dengan gol kedua pada minit ke-57 bagi meletakkan Terengganu di hadapan.

Sarawak dihadiahkan beber­apa peluang keemasan pada ba­bak kedua namun ketumpulan jentera serangan terus meng­gagalkan usaha mereka untuk mencipta jaringan.

Pada minit ke-83, Sarawak dihadiahkan sepakan pen­ alti setelah penyerang Eugene Thompson dijatuhkan dalam petak penalti.

Mohd Hafis Saperi tidak mensia-siakan peluang itu dengan mudah menewaskan Amierul Hakimi bagi mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-85.

Kedua-dua pasukan mula memperagakan permainan keras dalam usaha memper­tahankan kubu masing-mas­ing hingga memaksa pengadil Mohd Azhar Ismail melay­angkan beberapa kad kuning kepada pemain Sarawak dan Terengganu.

Pada minit ke-90, pemain Terengganu Muhd Shafiq Az­man dilayangkan kad merah setelah melakukan terjahan keras ke atas pemain Sarawak.

Sarawak hampir menambah jaringan pada masa kecederaan namun sepakan percuma yang diambil oleh Hafis sekadar me­lepasi palang gol Terengganu. Keputusan itu kekal hingga tamat masa perlawanan.

Setelah melalui lapan perla­wanan setakat ini, anak-anak buah Johnny Dominicus hanya meraih empat mata hasil dari satu kemenangan dan sekali seri.

Thursday, March 6, 2014

Jerebu Resahkan Alberts

JURULATIH Sarawak, Robert Alberts melahir kebimbangan terhadap keadaan cuaca di seluruh Semenanjung yang berjerebu sekali gus boleh mengganggu tumpuan anak-anak buahnya dalam perlawanan menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah Sabtu ini.

"Cuaca berjerebu serta kering di Semenanjung ketika ini amat merisaukan kami,” ujar Alberts.
“Ia boleh mengganggu tumpuan pemain kerana musim lepas kami turut berdepan masalah seperti itu dan menyebabkan terdapat pemain yang tidak sihat ketika perlawanan," jelas Alberts yang ditemui sebelum sesi latihan di Stadium Negeri, Petra Jaya petang semalam.

Alberts berharap masalah tersebut tidak terlalu serius yang boleh membataskan hasrat untuk beroleh sebarang mata.

Sementara itu, Alberts menegaskan, pihaknya mungkin kempunan untuk memperjudi kelibat penyerang dari Bosnia Herzgovina ’Muamer Salibasic’ yang disahkan masih belum pulih daripada kecederaan.

"Semalam dia (Muamer Salibasic) menjalani pemeriksaan doktor dan diarah berehat selama tiga minggu lagi. Memang satu kerugian buat kami apabila dia terus menjadi pemerhati dalam keadaan khidmatnya selaku peledak gol begitu diperlukan," jelas Alberts.

Sambil berharap penyerang yang mempunyai kemahiran individu tinggi itu dapat menunjukkan tanda positif untuk pulih sepenuhnya dengan tempoh yang diletakkan itu.

Bagaimanapun jelas Alberts, ke- legaan berganda buat dirnya apabila beberapa tonggak utama kembali cergas sepenuhnya serta boleh beraksi untuk perlawanan keenam itu kelak.

"Beberapa pemain utama seperti Joseph Kallang Tie, Shahrol Saper, Akmal Rizal Rakhli, Gabor Gyepes sudahpun pulih sepenuhnya dari kecederaan. Dan sedikit kredit buat saya untuk menurunkan mereka nanti," jelas Alberts.

Dalam pada itu, ketua pasukan Joseph Kallang Tie ketika ditemui membertahu, beliau lega apabila kecederaan buku lali kaki kirinya sudah beransur pulih dan boleh bermain untuk perlawanan Sabtu ini.

"Gembira apabila kecederaan buku lali kaki kiri saya sudahpun pulih, dan ia pelung bagi saya untuk beraksi sepenuhnya pada perlawanan menentang T-Team hujung minggu ini," jelas Joseph.

Zang Gagal Pikat Alberts

Kurang meyakinkan, pemain dari Cameroon itu tidak akan diserapkan ke dalam skuad

KUCHING: Anicet Eyenga Zang tidak akan diserapkan ke dalam pasukan Sarawak memandangkan pemain dari Cameroon yang tiba di sini Jumaat lepas itu gagal menarik perhatian barisan jurulatih.

Ketika ditemui pasa sesi latihan di Stadium Negeri semalam, ketua jurulatih pasukan Sarawak, Robert Alberts berkata, pemain itu tidak memiliki ciri-ciri yang dikehendakinya.

Menerusi sesi ujian, beliau percaya Zang tidak sesuai bermain di Malaysia.
“Kita memerlukan pemain yang mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan di Malaysia. Memandangkan kita tidak boleh memiliki pemain yang sering mengalami kecederaan, rekod kecergasannnya juga disemak dengan kelab-kelabnya terdahulu,” katanya.

Selain itu, Alberts turut memberitahu umur bukan faktor penentu untuk menerima pemain import, tetapi bergantung dengan keupayaannya menyumbang terhadap kejayaan pasukan.

Sarawak kini berhadapan dengan masalah kecergasan pemain import dari Bosnia, Muamer Salibasic dan Milorad Janus dari Serbia.

“Pasukan bola sepak di Malaysia tidak boleh menerima pemain yang sering cedera memandangkan pasukan mereka bergantung dengan prestasi pemain import untuk membantu pasukan untuk berjaya. Mereka (Salibasic dan Janjus) bagaimanapun faham situasi ini,” katanya.

Salibasic yang masih diperlukan pasukan Sarawak, setakat ini hanya bermain satu perlawanan untuk musim ini, manakala prestasi Janjus terjejas kerana terpaksa bermain dalam kesakitan setiap perlawanan.

Alberts turut memberitahu pihaknya akan terus mencari dan menguji pemain import baharu.
Sarawak akan menentang T-team pada Sabtu ini pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Wednesday, March 5, 2014

Imbas Kembali: Separuh Akhir Piala Malaysia 2013

Imbas Kembali: Separuh Akhir Piala Malaysia 2013

Assalamualaikum...
Klik punya klik, Admin terbaca artikel di Fan Page sigek tok.. Lalulah Admin SFS adaptasi ke dalam blog Admin SFSF tok.. Jom Layan kata-kata semangat dari Artikel Fan Page Kamek Miak Sarawak. Bangga dan semangat Admin embacanya... Ohaaaa!!!

"Apa yang berlaku semalam sememangnya sesuatu yang menyedihkan. Tewasnya pahlawan kita iaitu sang bedal diratapi seluruh warga Sarawak. Namun tewasnya Bujang Senang bukan bermakna kita harus mengalah kerna kita masih ada lagi 1 perhitungan di Stadium keramat kita iaitu Stadium Negeri.

Admin sememangnya tahu sebelum perlawanan bermula peluang untuk kita menang adalah 50/50 kerna Tok Gajah sememangnya sukar untuk ditumbangkan di Kandang Sendiri. Sebelum perlawanan bermula, admin telah pun mendapat mesej jelas daripada bekas-bekas pemain Sarawak iaitu Mazlan Wahid, Sapian Wahid dan Mohd Zaidel Sakup yang mengatakan peluang untuk kita menang di Stadium Darulmakmur adalah tipis. Namun mereka mengatakan pada aksi ke 2 di Stadium Keramat kita bepeluang cerah kerna Stadium Negeri adalah Stadium Keramat dan jarang mengecewakan kita.

Ya memang admin mengakui Stadium Negeri adalah Stadium Keramat. Aura Stadium Negeri adalah lain daripada yang lain dan banyak pasukan mengatakan adalah sukar untuk menentang Bujang Senang di Stadium Keramat itu.

Dengan sorakan puluhan ribu penyokong-penyokong Sarawak yang terdiri daripada pelbagai suku, kaum & etnik pastinya Tok Gajah akan mengigil ketakutan seperti takutkan seekor tikus. Tetapi harus diingat bukan tikus menakutimu nanti, sebaliknya buaya lagenda Bujang Senang.

Apa yang pasti Bujang Senang akan menuntut bela minggu depan. Patahnya 3 giginya oleh Tok Gajah, membuat Bujang tak duduk senang. Namun Bujang akan membayarnya nanti. Awas Tok Gajah!!! Bujang amat marah ketika ini. Minggu depan kau akan tahu apa itu erti penyesalan bila tumbang di Stadium keramat a.k.a Lubok Keramat.

Hayatilah bait-bait lirik lagu Lagenda Bujang Senang dari kumpulan Wings tok,


Bujang Senang

Ketenangan air halus manja
Tersebut satu kisah puaka
Asal manusia
Menjadi buaya
Beraja di lubuk ngeri

Rangkak tenang mencari mangsanya
Segala berlaku senyap sunyi
Siapa mencabar bersedialah
Akan menjadi mangsanya
Akibat sumpah puaka

Suara ngeri
Datang dari lembah sunyi
Maut menanti
Dari sudut tanpa kesan
Kelaku misteri sukar di cari
Tubuh menyambar timbul tenggelam
Gelar diberi buaya ini
Buaya lagenda
Bujang Senang

Ingat!! Siapa datang akan menjadi mangsanya walaupun kau bernama Tok Gajah sekalipun!! Akhir kata dari admin, Selamat datang ke Stadium Keramat kami wahai Tok Gajah!!" Bujang Senang akan menantimu dengan senyuman."

Kredit Artikel: KAMEK MIAK SARAWAK

    ADMINSFS
***GM***