JURULATIH Sarawak, Robert Alberts tetap gembira dengan prestasi anak-anak buahnya walaupun hanya sekali menang dalam aksi persahabatan Siri Jelajah ke Batu Malang, Indonesia yang berakhir Khamis lalu.
Sarawak mengalahkan pasukan Metro dengan jaringan 4-1, namun kalah 2-0 kepada Madura, tewas 2-1 kepada PSM Makasar.Sarawak seri 1-1 dengan Kelab Metro dalam aksi pertama yang hanya berlangsung selama 45 minit ekoran hujan lebat. Sarawak juga seri 1-1 dalam satu lagi aksi menentang skuad PSM Makasar.
Menurut Alberts, pemain baharu menampakkan persefahaman dengan pemain lama. "Terdapat petanda positif dalam aspek kombinasi pemain.Ia menggembirakan saya walaupun gagal mencapai keputusan yang baik," ujar Alberts.
Bagaimanapun, katanya masih ada ruang yang perlu diperbaiki sebelum bermulanya kancah saingan Liga Super 2014 pada 17 Januari nanti. "Buat masa ini saya belum lagi dapat mengenal pasti barisan utama. Ini kerana kebanyakan pemain menunjukkan aksi yang hebat dan berpeluang untuk mengisi slot 11 pemain terbaik," ujar Alberts.
Musim ini Sarawak dibarisiempat import baharu iaitu Alireza (Iran/penyerang), Gabor Gyepes (Hungary/pertahanan) dan Milorad Janjus (Serbia/penyerang).Selain itu Sarawak juga menampilkan tujuh muka baharu iaitu bekas penyerang Malaysia, Akmal Rizal, bekas bintang Perak, S. Chanturu serta bekas pemain PKNS, Reeshafiq Alwi dan Mohd Lot Abu Hassan.
Dua lagi pemain baharu ialah Rashid Aya dan Mohd Fadzley. Sementara itu Sarawak akan turun menentang pasukan jiran, Sabah dalam satu lagi aksi persahabatan di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching malam esok (Isnin) yang bermula pada pukul 8.15 malam.Tiket dijual pada harga RM15 (tempat berbumbug) dan RM10 (teres terbuka). Tiket boleh didapati di Stadium Negeri hari ini (Ahad) mulai pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang dan di Lea Sports Centre mulai pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam. Di Stadium Negeri pula ia akan dijual mulai pukul 10.00 pagi esok (Isnin) dan di Lea Centre mulai pukul 10.00 pagi.Sejumlah 17,000 tiket akan dijual iaitu 15,000 untuk teres terbuka dan hanya 2,000 untuk tempat berbumbung.
Sarawak juga akan menentang pasukan Piala Presiden Sarawak, kendalian jurulatih baharu, Johnny Dominicus pada 29 Disember ini di Stadium Negeri, Petra Jaya pukul 3.00 petang dan menentang Sabah di Likas pada 4 Januari. Satu lagi aksi persahabatan Sarawak ialah menentang kelab SPA (Ligaa Perdana) pada 11 Januari di Stadium Negeri pada pukul 8.15 malam.