Oleh : Faizal Bujang
BINTANG sayap Sarawak, Ashri Chuchu
berazam untuk terus menggegar jaring apabila turun menentang Laos dalam
aksi kedua Kumpulan A temasya Sukan SEA 2013 di Stadium Zeyar Thir pada
pukul 5.30 petang ini. Ashri menjaringkan gol cantik pada minit ke-70
ketika membenam Brunei 2-0 dalam perlawanan pertama Selasa lalu.
Ashri melakukan rembatan cantik menerusi
kaki kiri dari luar petak penalti yang terlebih dahulu terkena palang
sebelum mencecah masuk menggegar jaring. Satu lagi gol Malaysia
dijaringkan oleh bintang penyerang kebanggaan Ashri yang berasal dari
Kampung Luagan, Sundar, Lawas diturunkan dalam kesebelasan utama Selasa
lalu.
"Kami turun dengan misi yang sama iaitu
memastikan tiga mata dalam genggaman," kata Ashri mengenai aksi petang
ini. "Sekiranya diberi kepercayaan untuk terus beraksi dalam senarai
utama mahupun sebagai pemain gantian... misi sayap tetap mahu menyumbang
jaringan," jelasnya. "Namun apa yang lebih penting ialah berusaha
sedaya upaya untuk membantu pasukan menang," kata Ashri. Menurut Ahsri,
mereka belum lagi menemui rentak sebenar dan berharap akan bermain lebih
baik lagi petang ini.
Dalam perlawanan Selasa lalu, Ahsri yang
bermain di posisi sayap kiri beberapa kali melakukan hantaran lintang
yang cantik. Malah beliau juga berpeluang melakukan beberapa cubaan.
Sementara itu, jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee menjelaskan mereka mesti
bermain lebih baik lagi petang ini. "Kami akan tampil dengan pendekatan
berbeza. Kami tidak akan beraksi dengan banyak mengasak, kerana Laos
merupakan sebuah pasukan yang mantap," jelasnya.
Malah Kim Swee dijangka akan melakukan
sedikit rombakan terhadap barisan utama, terutama di bahagian serangan.
"Saya mungkin hanya akan menurunkan seorang penyerang. Ini kerana saya
perlu memikirkan mengenai aksi menentang Singapura. Oleh itu saya
memerlukan barisan yang seimbang," kata Kim Swee.
No comments:
Post a Comment