Wednesday, December 18, 2013

BOLASEPAK MALAYSIA PERLU ADA IDENTITI



MEMPERKENAL ’DNA’ atau identiti bola sepak Malaysia adalah antara objektif utama Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang kini dalam peringkat persediaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Dengan memberi contoh corak permainan ’tiki-taka’ (gerakan hantaran pendek) yang sinonim dengan pasukan Sepanyol dan ’catenaccio’ (strategi pertahanan) yang dipopularkan Itali, menteri berkenaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pasukan Malaysia perlu muncul dengan satu identiti tersendiri.Namun, katanya, identiti itu tidak terhad kpada corak permainan, malah meliputi pembentukan peribadi dan kekuatan mental pemain negara."Inilah yang kita mahu terapkan pada pemain negara sejak dari usia awal mereka. Apa sahaja corak permainan yang jurulatih fikirkan tetapi tanpa ’karektor’ yang betul daripada pemain, kita tidak akan boleh berjaya."Kita tidak mahu dengar lagi sungutan tentang pemain tiada kekuatan minda dan sebagainya," katanya ketika membentangkan rangka pelan itu pada Bengkel Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara. Bengkel dua hari itu yang dianjur KBS, disertai kira-kira 100 penggiat sukan bola sepak tanah air untuk membincangkan isu-isu berkaitan bagi diperincikan ke dalam pelan itu, yang akan dibentangkan Khairy kepada jemaah menteri dalam masa terdekat ini. Antara yang menjadi topik perbincangan mereka ialah kejurulatihan, kemudahan, pembangunan atlet dan pertandingan.Dalam sidang media selepas itu, Khairy berkata pelaksanaan pelan jangka masa panjang itu melibatkan kos tinggi dan pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan tajaan daripada pihak swasta khususnya bagi penganjuran pertandingan.Pelan itu akan dijalankan secara berperingkat berikutan banyak aspek yang perlu ditambah baik seperti proses melatih dan melahirkan lebih ramai jurulatih bertauliah serta membangunkan lebih banyak pusat latihan MyKids Soccer di seluruh negara. "Apa yang penting adalah penglibatan daripada semua pihak untuk menjayakan usaha ini," katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment