Utusan Sarawak
30/11/2013
JURULATIH Sarawak Robert Alberts akan menguji keupayaan pemain import melalui perlawanan persahabatan sesama sendiri di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching petang ini. Ia akan menjadi pentas buat Alberts untuk menilai calon import bagi mengisi slot serangan Sarawak musim 2014.
Dalam sesi latihan Khamis lalu, Alberts menguji dua penyerang Brent Colm McGrath, 22, dari Australia, dan Alireza Abbasfard Rahim, 32, dari Iran. Menurut Alberts, mereka hanya mencari seorang lagi penyerang untuk digandingkan dengan penyerang import sedia ada dari Bosnia, Muamer Salibasic.
Alberts berkata pemain import di posisi pertahanan dan tengah juga akan diuji."Pemain pertahanan dari Hungary, pernah mewakili beberapa kelab dalam Liga Perdana Inggeris seperti Ports-mouth, Wolverhampton, dan Cardiff, manakala pemain tengah dari Belanda pula bermain bagi PSV Eindhoven pada musim lepas," katanya.
Sekarang ini, Sarawak hanya mempunyai seorang bintang import iaitu Salibasic. Ini bermakna, Sarawak boleh mengambil tiga lagi pemain import bagi memenuhi kuota empat pemain. Musim ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kebenaran kepada pasukan yang bertanding untuk mengambil sehingga empat pemain import iaitu tiga pemain asing dan seorang pemain dari benua Asia.
Bagaimanapun, hanya tiga pemain akan dibenarkan beraksi untuk sesuai perlawanan, manakala seorang lagi pemain akan berada dalam senarai simpanan.Sarawak sudah pun kehilangan penyerang utama, Bobby Gonzales yang menyarung jersi PDRM. Bagaimanapun, Sarawak menampung kekosongan Bobby dengan mengambil bekas penyerang Malaysia, Akmal Rizal Rakhli serta bekas penyerang utama Perak, S, Chanturu.
Jom rami2 kita nangga sidak molah latihan hari tok.. jommmm....
♡♥♡SARAWAK SATUKAN HATIMU♡♥♡
★GM★
mok admin nangga ptg tok ngan family.. hihihii.. kitak org... jumpa sia di stadium ptg tok...k.. ★GM★
ReplyDelete