Sumber Rujukan: Utusan Borneo Online
KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono
Osman melahirkan rasa bangga dengan penyokong Sarawak yang diiktirafkan
sebagai antara yang terbaik di Malaysia.
Katanya, semangat yang
ditunjukkan oleh penyokong-penyokong Sarawak menjadi inspirasi kepada
pasukan Ngap Sayot sepanjang saingan musim ini dan beliau berharap akan
berterusan pada musim depan.“Memang sukar hendak melihat penyokong-penyokong yang cukup setia seperti penyokong kita di negara ini.
“Saya
berasa sangat bangga dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua peminat setia pasukan Sarawak dan penyokong-penyokong, justeru
saya berharap mereka (penyokong) akan terus berjuang bersama-sama
pasukan Sarawak sampai bila-bila.“Bagi pihak FAS, kita akan terus
berusaha memastikan pasukan Sarawak melakar lebih banyak kejayaan
selepas ini,” katanya di sini semalam.Sudarsono juga berharap pasukan Sarawak yang baharu dibentuk akan memberi cabaran terbaik pada saingan Liga Super 2014 nanti.
“Ini
adalah era baharu bagi Sarawak dan saya percaya kita sedang di kemuncak
kegemilangan sejak mula melibatkan diri dalam kejohanan berprestij
pada 1980-an,” katanya. Menurutnya, jualan tiket dan produk Ngap
Sayot yang sentiasa laris setiap kali perlawanan berlangsung menjadi
penanda aras bahawa Sarawak mempunyai penyokong tegar yang wajar
mendapat pujian.
“Saya tahu para penyokong tidak sabar untuk
menunggu musim 2014 bermula. Justeru, saya juga berperasaan begitu dan
berharap musim depan akan memberi lebih banyak kejayaan buat kita,”
katanya. Sarawak kembali ke kancah Liga Super setelah menjuarai Liga Perdana 2013 dengan rekod tanpa kalah.
“Para pemain juga tidak sabar untuk memulakan musim baharu setelah berehat selama tiga minggu. “Saya
yakin, gabungan pemain lama dan baharu ini cukup mantap untuk membawa
kita ke mercu kejayaan musim depan,” jelas Sudarsono.
Liga Super 2014 akan bermula pada 18 Januari tahun depan.
Created by,
GM
Created by,
GM
No comments:
Post a Comment