LAPAN pasukan sah berentap memburu kejuaraan dalam kempen bola sepak ISUZU Piala Belia Sarawak Bawah 19 Tahun 2013 yang akan berlangsung di Samarahan dari 14 hingga 22 Disember depan.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Ir Haidel Heli menyatakan, pasukan terbabit mewakili Bahagian Kuching, Samarahan, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang dan SFDP. Menurut Ir Haidel, pasukan terlibat akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A & B dan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.“Lapan pasukan mewakili tujuh bahagian selain SFDP yang juga satu-satunya pasukan daripada Program Pembangunan Bola Sepak Sarawak terlibat dalam saingan kali ini,” ujar Ir Haidel. Ir Haidel memberitahu, tiga gelanggang akan digunapakai sepanjang tempoh seminggu kejohanan itu berlangsung dengan dua masing-masing padang di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) termasuk Stadium Mini Samarahan.
Jom rami2 gi UNIMAS & STADIUM MINI SAMARAHAN ndiat game ya 14hb sampey 22hb Disember bln depan k...
♡♥♡ SARAWAK TETAP DIHATI♥♡♥
★GM★
No comments:
Post a Comment