Oleh : Agensi
Tarikh Disiarkan : 12-Dec-2013
AKSI cemerlang dua ’hero Borneo’, iaitu
pemain tengah Sarawak Ashri Chuchu dan Rozaimi Abdul Rahman ( pemain
tengah Sabah) ditagih pada perlawanan kedua menentang Laos di Myanmar
esok. Skuad Harimau Muda A di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee kini
meneruskan misi kempen mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan
SEA Myanmar.
Pemain tengah Ngap Sayot, Ashri Chucu
menjaringkan gol kedua pada minit ke-71 aksi menentang Brunei Selasa
lalu. Manakala penyerang Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol pembukaan
pada perlawanan tersebut. Beliau berkata, anak buahnya gagal
memanfaatkan peluang dengan sepenuhnya (aksi menentang Brunei) dan akan
cuba mengatasi beberapa kelemahan.
"Saya yakin pemain memperbaiki permainan
dalam usaha untuk memburu tiga mata berharga pada aksi kedua.
"Kemenangan pada perlawanan ini amat dituntut. Saya yakin pemain akan
beraksi dengan lebih baik berbanding aksi pertama menentang Brunei,"
katanya. – Agensi
No comments:
Post a Comment