Monday, December 9, 2013

LANGKAH FAS JUAL TIKET SECARA TALIAN DISOKONG

UTUSAN BORNEO
December 9, 2013, Monday

KUCHING: Langkah Persat­uan Bola Sepak Sarawak (FAS) memperkenal penjualan tiket secara talian menerima sambu­tan baik daripada penyokong bola sepak negeri ini. Menurut Presiden Ke­lab Penyokong Bola Sepak Sarawak, Peter Moni lang­kah itu sememangnya wajar diperkenalkan pada masa ini.“Pasukan kita sekarang telah melakukan yang ter­baik dan sewajarnya para penyokong mula membanjiri stadium.“Tetapi, sedihnya apa­bila kita mendengar ada penyokong yang cedera hanya kerana ingin mendapat tempat di stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan,” katanya.

Tambah beliau, penjualan tiket secara talian terbukti berjaya di negara-negara Barat dan langkah FAS itu pasti­nya akan memanfaatkan para penyokong Sarawak. Minggu lalu, Presiden FAS Datu Sudarsono Osman ber­kata inisiatif tersebut adalah penting.“Sarawak mungkin akan menjadi pasukan pertama pada Liga Super yang melak­sanakan tempahan tiket secara talian.

“Kita perlu mengambil jalan keluar untuk alternatif ini bagi memberikan semua penyokong peluang yang adil untuk membeli tiket perlawa­nan,” katanya.Sempena Piala Malaysia lalu, dilaporkan berlaku be­berapa kejadian huru-hara melibatkan para penyokong Sarawak ketika membeli tiket perlawanan.
Beberapa kedai di pusat beli-belah di sini turut dilaporkan menghentikan penglibatan penjualan tiket di premis masing-masing demi kesela­matan.

FAS kemudian cuba menye­lesaikan masalah dengan men­jual tiket di Stadium Neg­eri, tetapi langkah tersebut juga didapati gagal di mana para penyokong membanjiri kaunter tiket sehingga berlaku kejadian huru-hara.

Dengan langkah baharu ini, FAS berharap agar tiada lagi kejadian tidak diingini ber­laku ketika pembelian tiket perlawanan di sini pada masa akan datang.Bagaimanapun, penjualan tiket secara talian tersebut hanya dibuat bagi perlawanan di tempat sendiri.

Bagi musim depan, tiket bermusim dijual pada harga RM1,500 (korporat), RM500 (tempat berbumbung) dan RM300 (tempat tidak ber­bumbung).Selain itu, tiket individu turut dijual pada harga RM35 (pentas utama), RM20 (tem­pat berbumbung) dan RM15 (tempat tidak berbumbung).FAS akan mendedahkan rangkaian talian dalam masa terdekat menerusi laman sesa­wang rasminya.

1 comment:

  1. Hope pembelian tiket cara tok dpt menyenangkn hati dan perasaan penyokong tegar ngap sayot.. sikda gik meli tiket mcm zombi oooo!?
    Sik sabar gik nak nunggu cmney sistem ya djlnkan.. ohaaa... semangat makin bara2 heyy.. agik idup agik ngelaban...

    ReplyDelete