Setiausaha Agungnya, Dr Abdul Rahman
Junaidi berkata antara langkah itu adalah penganjuran Fiesta Futsal
Telaga Air sebagai landasan mengetengahkan bakat-bakat pemain tempatan.
“Pemain
Sarawak, Zamri (Morshidi) adalah anak kelahiran Kampung Telaga Air dan
penganjuran program ini adalah usaha kita untuk mencari ‘Zamri’ baharu
di sini.
“Oleh itu, kita akan memperbanyak prgoram seumpama itu
bagi memastikan lebih ramai bakat baharu dalam arena bola sepak dapat
dilahirkan,” katanya pada perasmian Fiesta Futsal di Padang Futsal
Kampung Telaga Air di sini kelmarin.
Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Pantai Damai itu berkata, program kesukanan yang dianjurkan
secara tidak langsung dapat menghindari golongan muda terjerumus dalam
aktiviti tidak sihat.
“Inilah hasrat kerajaan bagi memastikan
belia masa hadapan yang dilahirkan mempunyai jati diri tinggi sekali gus
mengurangkan masalah sosial melibatkan golongan ini,” jelasnya.
Pada
majlis itu, Dr Rahman turut menyumbangkan peruntukan sejumlah RM3,000
kepada jawatankuasa Padang Futsal Kampung Telaga Air bagi menaik taraf
lampu limpah di padang itu.
“Dengan adanya lampu limpah yang baik
nanti, anak-anak muda di sini boleh bermain futsal pada sebelah malam
dan ini akan mengelak mereka terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat,”
katanya.
No comments:
Post a Comment