KUCHING: Sarawak bercadang mengemukakan aduan kepada
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung tindakan biadap pengadil,
Sukri Abdul Rahman terhadap pemain Sarawak, Joseph Kalang Tie semasa
perlawanan Liga Super menentang Perak di sini malam kelmarin.
Menurut
Ketua Jurulatih Robert Alberts, kapten pasukan Sarawak itu mengadu
kepadanya bahawa beliau (Joseph) dicaci oleh Sukri dengan menggunakan
kata-kata kesat ketika cuba membuat bantahan berhubung beberapa
keputusan pengadil itu.
“Kita akan mengemukakan perkara ini kepada
Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kerana pemain telah datang membuat
aduan kepada saya,” katanya sini kelmarin.
“Joseph sendiri perlu
membuat aduan kepada presiden dan setiausaha agung FAS. Selepas itu
terpulang kepada pihak persatuan sama ada mahu membuat aduan rasmi
kepada pihak FAM ataupun tidak,” ujarnya.
Bagaimanapun, Alberts
berkata pihaknya akan membuat siasatan terperinci terlebih dahulu
sebelum mengambil langkah susulan berhubung insiden tersebut.
Sukri
turut mencetus kontroversi setelah beberapa keputusannya dalam
perlawanan malam kelmarin (Sabtu) jelas terlalu memihak kepada pasukan
lawan.
Bagaimanapun, Sarawak berjaya meraih tiga mata penuh setelah berjaya menundukkan Perak 1-0 menerusi jaringan Milorad Janjus.
No comments:
Post a Comment