Monday, January 13, 2014

Sarawak Akan Miliki Padang Sintetik


SARAWAK akan memiliki sebuah padang sentetik (rumput tiruan) yang terletak di Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Kuching dalam masa terdekat ini. Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki menjelaskan sekarang ini padang tersebut dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Februari depan.

"Padang rumput tiruan ini adalah yang pertama di Sarawak dan kita berharap ia akan membawa angin perubahan dalam sukan bola sepak di Bumi Kenyalang," jelasnya. Sarawak amat memerlukan padang sintetik sebagai langkah untuk menampung ketiadaan padang biasa terutama ketika musim hujan. 

Malah jurulatih skuad Liga Super Sarawak, Robert Alberts menyatakan bahawa padang seumpama ini (sintetik) amat diperlukan terutama ketika padang biasa rosak (becak) atau berair ekoran hujan lebat.

Baru-baru ini Alberts merungut kerana tidak dapat menjalani latihan dengan sempurna kerana keadaan padang yang tidak elok. Jadi, dengan adanya padang sintetik, maka masalah tersebut dapat diselesaikan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment