KEJOHANAN Bola Sepak 1Malaysia Piala Mamee 2014 Bawah 19 Tahun akan menutup tirainya di Stadium UNIMAS Kota Samarahan petang ini (Sabtu).
Sejumlah 16 buah pasukan
berentap dalam kejohanan yang telah pun bermula pada 7 Januari lalu,
iaitu enam pasukan dari Sarawak, lima pasukan dari Sabah dan lima lagi
dari labuan.
Dua pasukan teratas dari
Kepulauan Borneo itu akan menyertai dua pasukan teratas dari setiap
wilayah untuk pusingan akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Piala Mamee 1Malaysia
dianjurkan oleh Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dan disokong oleh
"Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd dan kelab glamour di dunia, Manchester
United.
YR1M akan mendermakan RM10 kepada badan amal untuk setiap jaringan yang dilakukan.
Kejohanan tersebut juga
bertujuan untuk memantapkan ikatan kebangsaan melalui sukan dan
kehidupan sihat dalam kalangan genarasi muda Malaysia.
Terdapat beberapa program
pembangunan seperti klinik bola sepak wanita turut diadakan. Bengkel
untuk pemain, jurulatih dan kepemimpnan turut diadakan.
Objektif program tersebut
adalah untuk menyuntik nilai-nilai positif dan semangat kesukanan dalam
kalangan warga Malaysia melalui sukan.
Ia juga bertujuan untuk
mencipta platform persaingan belia, sumbangan pembangunan bola sepak
untuk bakat-bakat muda dan melahirkan peluang kerjaya dalam sukan bola
sepak.
Pemenang setiap wilayah akan
meraih ganjaran RM5,000, trofi dan pingat. Manakala naib juara akan
membawa pulang RM3,000, ketiga RM2,000 dan keempat RM1,000.
Sang juara dan naib juara
dari setiap wiyalah akan berentap dalam Grand Final. Sang juara Grand
Final nanti akan meraih habuan RM15,000 bersama trofi.
No comments:
Post a Comment