Beliau menganggap pertandingan Piala FA
adalah penting dan setaraf dengan Liga Super mahupun Piala Malaysia.
Justeru, Alberts mahu skuad kendaliannya mempamerkan persembahan sebenar
mereka untuk mengalahkan Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum
memikirkan lawan yang lebih kuat berkemungkinan Selangor pada pusingan
kedua nanti. Beliau bagaimanapun tidak mahu pemainnya memandang rendah
keupayaan pasukan Pulau Pinang yang bersaing dalam Liga Perdana musim
ini. "Pulau Pinang memiliki barisan penyerang yang berbisa dan
berkeupayaan melancarkan serangan balas...kami harus berhati-hati,"
katanya kepada Bernama semalam.
Menurut Alberts, P. Pinang pernah
mengalahkan pasukan Kelantan dalam perlawanan persahabatan. Dalam pada
itu, jurulatih dari Belanda itu kecewa dengan aksi hambar penyerang
import dari Iran, Aliredza Abbasfard ketika menentang ATM. "Aliredza
adalah antara pemain yang dibawa untuk membantu menajamkan barisan
serangan tetapi dalam perlawanan menentang ATM dia gagal menunaikan
tanggungjawabnya," tegas Alberts.
"Saya berharap dia akan segera bangkit
dan buktikan kepada peminat bahawa dia adalah antara penyerang berbisa
dalam Liga Super dan mampu membantu pasukan kami mencapai sesuatu musim
ini," kata Alberts. Menurut Alberts, beliau berharap perlawanan malam
ini akan diselesaikan dalam tempoh 90 minit. Apa yang pasti, Sarawak
akan turun tanpa tonggak utama, Muamer Salibasic yang ditimpa kecederaan
teruk ketika menentang ATM Sabtu lalu. Sarawak memulakan kempen musim
baharu Liga Malaysia dengan ’langkah kiri’ apabila kalah 2-0 di tangan
ATM di Selayang Sabtu lalu dalam aksi Liga Super.
No comments:
Post a Comment