Mohd Hairol Mokhtar-Pertahanan Sarawak
Namun saingan kali ini menghadirkan
senario yang agak berbeza buat Hairol kerana beliau ditukar posisi oleh
bosnya, Robert Alberts. Bagaimanapun bagi Hairol, perubahan posisi, dari
bahagian pertahanan tengah ke pertahanan kanan bukanlah satu masalah.
Malah katanya, beliau sudah mampu menyesuaikan diri dengan perubahan
tersebut.
"Ia merupakan satu cabaran buat saya...
tetapi bukan sebagai masalah," jelas Hairol yang pernah menyertai skuad
Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2015. "Persefahaman semakin
meningkat dari semasa ke semasa dan saya berharap ia akan terus
meningkat dalam perlawanan sebenar nanti," kata bekas bintang DBKU itu.
Hairol akan membentuk kekuatan benteng
Sarawak bersama tiga lagi pemain iaitu, Gabor Gyepes (bek tengah), Ronny
Harun (bek tengah) dan Ramesh Lai Ban Huat (bek kiri). Apa yang pasti,
Hairol akan memainkan peranan penting untuk mencantas setiap serangan
ATM melalui sayap kiri Sabtu nanti.
Sementara itu, jurulatih Sarawak,
Robert Alberts menjelaskan bahagian pertahanan Sarawak menunjukkan
peningkatan dari perlawanan ke perlawanan dan bersedia sepenuhnya untuk
perlawanan Sabtu ini. Malah kem motivasi di Puncak Borneo baru-baru ini
mencetuskan semangat tambahan buat Sarawak untuk menggegar dalam Liga
Super 2014.
No comments:
Post a Comment