Friday, January 10, 2014

FAS Rugi RM200,000 !!!

PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) terpaksa menanggung kerugian lebih RM200,000 pada dua musim lepas (2012 dan 2013). Masalah tersebut timbul gara-gara terpaksa membayar denda yang dikenakan oleh badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran tindakan segelintir peminat membakar ’suar’ dan mercun dalam setiap perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya. Perkara tersebut diakui Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi dalam sidang media yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah.

"Gara-gara tindakan segelintir peminat, maka pihak kami terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membayar denda," kata Abdullah. Menurut Abdullah, pihak FAS amat menghargai sokongan para peminat selama ini yang banyak membantu melonjakkan bola sepak Sarawak. "Ia merupakan satu tamparan hebat buat FAS. Alangkah eloknya wang tersebut digunakan untuk kegunaan lain yang lebih berfaedah," jelasnya.

"Situasi tersebut menyebabkan hasil tiket jualan ibarat "gali lubang, tutup lubang". Pada mulanya kita untung, tapi rugi semula," kata Abdullah. Oleh itu, beliau berharap agar para peminat lebih berdisiplin dalam perlawanan Liga Super mahupun Piala FA di Kuching nanti. Sarawak akan bermain di Kuching pada 21 Januari ini menentang Pulau Pinang dalam kempen Piala FA dan akan bersemuka dengan Kelantan pada 25 Januari ini di Kuching dalam kempen Liga Super.

-ADMIN SFS BLOG-

No comments:

Post a Comment