Monday, January 6, 2014

Cabaran Getir Tunggu Sarawak

Assalamualaikum Wbt..

Pakhabar kitak orang di SFS?

BARISAN pemain Sarawak bakal menghadapi cabaran getir sebaik Liga Super 2014 disingkap tirainya pada 18 Januari ini. Sarawak akan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selayang pada 18 Januari nanti (Sabtu). Jurulatih Sarawak, Robert Alberts mengakui saingan Liga Super amat berbeza, berbanding Liga Perdana.

          "Pasukan seperti Darul Takzim dan Kelantan berada dalam kelas tersendiri. Begitu juga dengan pasukan seperti Pahang, Selangor dan Lions XII... mereka kelihatan begitu mantap," jelasnya. "Oleh itu kita mempunyai sasaran yang realistik iaitu berusaha sedaya upaya untuk kekal dalam Liga Super 2015," katanya. Bagaimanapun menurut Alberts keupayaan Sarawak menyaingi pasukan seperti Lions XII dan Pahang dalam kempen Piala Malaysia 2013 membuktikan yang mereka boleh bersaing. "Kita telah membuktikannya sebelum ini.
 
             Dan saya percaya Sarawak akan tampil lebih kuat musim ini dengan kehadiran beberapa muka baharu seperti Gyepes (pertahanan), Aliredza (penyerang), Milorad (penyerang), Akmal (penyerang), Reeshafeq (tengah) dan Chanturu (sayap)," kata Alberts.

           "Kehadiran mereka tentunya dapat membentuk gandingan yang lebih kuat bersama pemain sedia ada seperti Salibasic, Ashri, Bobby, Sahhrol, Joseph, Hairol, Zamri, Ronny dan Ramesh," ujarnya. Alberts berpendapat, tiga hingga lima perlawanan awal akan memberi gambaran tentang sejauh mana keupayaan Sarawak dalam mengharungi Liga Super yang serba mencabar itu.

♡♥♡SARAWAK OH SARAWAK♥♡♥

★GM★

No comments:

Post a Comment