ROBERT ALBERTS
Alberts tetapkan sasaran itu ketika jalani kem motivasi di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
KUCHING:
Sarawak menyasarkan lima tempat teratas pada kempen Liga Super 2014
yang akan disingkap tirainya bermula 18 Januari ini (Sabtu).
Sasaran
itu ditetapkan ketika skuad menjalani kem motivasi selama dua hari di
Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Borneo Highland Resort (BHR) dan Kampung
Semadang, Penrissen kelmarin.
Ketua Jurulatih, Robert Alberts
berkata, skuad turut menyasarkan jaringan sebanyak 30 gol selain
memastikan gawang tidak dibolosi melebihi 20 gol sepanjang kempen.
“Fokus
utama kita pada musim ini adalah untuk memperbaiki pencapaian pada
kempen Liga Super dengan mensasarkan lima tempat teratas.
“Selain itu, kita juga mahu memperbaiki pencapaian dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia,” katanya semasa dihubungi semalam.
Menyentuh
mengenai peluang Sarawak dalam saingan Piala FA yang akan bermula pada
Selasa depan, Alberts berkata skuadnya bakal berdepan laluan berliku.
“Berdasarkan
jadual perlawanan, kita lebih banyak bertandang ke tempat lawan.
Justeru, saya melihat laluan kita agak sukar namun skuad telah bersedia
untuk memberikan cabaran.”
Beliau juga berharap anak didiknya
mampu memper baiki pencapaian pada saingan Piala Malaysia setelah mereka
berjaya melangkah ke separuh akhir pada kempen musim lalu.
Tegas Alberts lagi, beliau bersikap realistik mengenai peluang Sarawak untuk merangkul sebarang gelaran pada musim ini.
“Sudah
menjadi budaya dalam Liga Malaysia di mana setiap pasukan meletakkan
sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya satu gelaran pada setiap
musim.
“Bagi saya, jika Sarawak mampu memintas pasukan seperti
Kelantan dan Singapura selain berada dalam kelompok lima pasukan teratas
pada musim ini, ia satu pencapaian yang cukup baik.”
Dalam pada itu, Sarawak Reshafiq Alwi dan Sani Anuar Kamsani. Sarawak
akan memulakan kempen Liga Super 2014 menentang Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada
Sabtu ini.
Mereka kemudiannya melayan kunjungan Pulau Pinang pada aksi pertama Piala FA di Stadium Negeri pada Selasa depan (21 Januari).
Melantik Joseph Kalang Tie sebagai kapten pertama diikuti Ronny Harun, Hairol Mokhtar,