Tuesday, December 24, 2013

Perkembangan Positif Sarawak

JURULATIH Sarawak, Robert Alberts tetap gembira dengan prestasi anak-anak buahnya walaupun hanya sekali menang dalam aksi persahabatan Siri Jelajah ke Batu Malang, Indonesia yang berakhir Khamis lalu. 

Sarawak mengalahkan pasukan Metro dengan jaringan 4-1, namun kalah 2-0 kepada Madura, tewas 2-1 kepada PSM Makasar.Sarawak seri 1-1 dengan Kelab Metro dalam aksi pertama yang hanya berlangsung selama 45 minit ekoran hujan lebat. Sarawak juga seri 1-1 dalam satu lagi aksi menentang skuad PSM Makasar. 

Menurut Alberts, pemain baharu menampakkan persefahaman dengan pemain lama. "Terdapat petanda positif dalam aspek kombinasi pemain.Ia menggembirakan saya walaupun gagal mencapai keputusan yang baik," ujar Alberts. 

Bagaimanapun, katanya masih ada ruang yang perlu diperbaiki sebelum bermulanya kancah saingan Liga Super 2014 pada 17 Januari nanti. "Buat masa ini saya belum lagi dapat mengenal pasti barisan utama. Ini kerana kebanyakan pemain menunjukkan aksi yang hebat dan berpeluang untuk mengisi slot 11 pemain terbaik," ujar Alberts. 

Musim ini Sarawak dibarisiempat import baharu iaitu Alireza (Iran/penyerang), Gabor Gyepes (Hungary/pertahanan) dan Milorad Janjus (Serbia/penyerang).Selain itu Sarawak juga menampilkan tujuh muka baharu iaitu bekas penyerang Malaysia, Akmal Rizal, bekas bintang Perak, S. Chanturu serta bekas pemain PKNS, Reeshafiq Alwi dan Mohd Lot Abu Hassan. 

Dua lagi pemain baharu ialah Rashid Aya dan Mohd Fadzley. Sementara itu Sarawak akan turun menentang pasukan jiran, Sabah dalam satu lagi aksi persahabatan di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching malam esok (Isnin) yang bermula pada pukul 8.15 malam.Tiket dijual pada harga RM15 (tempat berbumbug) dan RM10 (teres terbuka). Tiket boleh didapati di Stadium Negeri hari ini (Ahad) mulai pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang dan di Lea Sports Centre mulai pukul 2.00 petang hingga 10.00 malam. Di Stadium Negeri pula ia akan dijual mulai pukul 10.00 pagi esok (Isnin) dan di Lea Centre mulai pukul 10.00 pagi.Sejumlah 17,000 tiket akan dijual iaitu 15,000 untuk teres terbuka dan hanya 2,000 untuk tempat berbumbung. 

Sarawak juga akan menentang pasukan Piala Presiden Sarawak, kendalian jurulatih baharu, Johnny Dominicus pada 29 Disember ini di Stadium Negeri, Petra Jaya pukul 3.00 petang dan menentang Sabah di Likas pada 4 Januari. Satu lagi aksi persahabatan Sarawak ialah menentang kelab SPA (Ligaa Perdana) pada 11 Januari di Stadium Negeri pada pukul 8.15 malam.

Monday, December 23, 2013

Sebanyak 17,000 Tiket Dijual Aksi Persahabatan Sarawak VS Sabah Pada Malam Tok



KUCHING: Sebanyak 17,000 tiket dijual untuk perlawanan persahabatan antara Sarawak melawan Sabah berlangsung di Stadium Negeri, di sitok malam tok.

Daripada jumlah ya, sebanyak 15,000 tiket un­tuk tempat duduk terbuka manakala 2,000 tiket lagi bagi tempat duduk ber­bumbung.

Tiket dijual pada har­ga RM15 untuk tempat duduk berbumbung dan RM10 bagi tempat duduk terbuka.

Tiket yang dijual ber­mula hari marek boleh juak dipe­rolehi di Stadium Negeri dan Lea Centre bermula jam 10 pagi.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), perla­wanan persabahatan itu sebagai persediaan meng­hadapi saingan Liga Super 2014.

Sehubungan itu, pemi­nat skuad Ngap Sayot diharapkan dapat hadir menyaksikan perlawa­nan itu bermula jam 8.15 malam tok.

Peminat juak berpel­uang melihat aksi pemain-pemain baharu seperti Mohamad Fadzley Abdul Rahim (penjaga gol), Mi­lorad Janjus (penyerang), Mohd Lot Abu Bakar (tengah) dan Reeshafiq Alwi (tengah).

Selain ya, pemain baha­ru yang turut menyarung jersi Ngap Sayot musim depan termasuk Moha­mad Rashid Aya (tengah), Akmal Rizal Akmal Ra­khli (penyerang), Alireza Abbasfard (penyerang), S. Chanthuru (peny­erang) dan Gabor Yepes (pertahanan).

Harap sidak merik persembahan yang terbaik malam tok.. Doakan yang terbaik ngan sidak malam tok ok...

Jumpa Admin di Gate B bersama2 ngan sidak GB13 chanting ngan sidak ohaaa....

Saturday, December 21, 2013

KUCHING BAKAL MENERIMA 'DURIAN RUNTUH'

Jika berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala ISUZU-FAS Bawah 19 Tahun Sarawak 2013

KUCHING: Pemain Kuching bakal menerima ‘durian runtuh’ jika berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala ISUZU-FAS Bawah 19 Tahun Sarawak 2013.Demikian janji Pengurus Pasukannya, Ahmad Zaki Zaidi kepada anak-anak buahnya yang berjaya melangkah ke final dan bakal bertemu Limbang malam ini di Stadium UNIMAS Kota Samarahan.

“Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan prestasi semua pemain. Mereka telah menunjukkan komitmen yang cukup tinggi untuk membawa Kuching melangkah sejauh ini (final).“Justeru, adalah wajar bagi semua pemain diberi pengiktirafan dan ganjaran daripada persatuan,” katanya di sini semalam.

Menurut Zaki, ganjaran yang bakal diterima para pemain merangkumi setiap kemenangan yang telah dicapai sepanjang saingan bermula.“Harapan saya, bonus yang dijanjikan ini dapat menyuntik semangat para pemain agar berjuang habis-habisan pada perlawanan akhir nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Zaki enggan meramalkan prospek pasukannya pada final malam ini meskipun besar hasrat mereka untuk dinobatkan juara.Ini kerana, beliau masih menganggap Kuching sebagai pasukan ‘underdog’ dan memiliki kekurangan yang perlu diperbaiki.Apatah lagi berdepan Limbang yang dilihat semakin bersemangat untuk meranapkan impian mereka.

Namun, ia tidak merencatkan hasratnya untuk melihat jagoan warga kota menjulang piala berprestij itu buat julung kalinya.“Kekalkan momentum dan fokus. Jika pemain berjaya mengikut apa yang dirancang oleh jurulatih, insya…Allah kejuaraan pasti milik kita,” tambahnya.

Bagi Pengurus Limbang, Abdul Ajis Kon kejayaan melangkah ke final kejohanan itu bukanlah sesuatu yang berada dalam perancangan awal pasukan.Namun, setelah melihat perjalanan anak-anak buahnya sepanjang saingan, beliau optimis trofi kejohanan mampu dibawa pulang ke Limbang.Cuma yang menjadi persoalannya kini adalah mampukah pemain-pemainnya mengekang kerakusan penyerang Kuching dalam memburu jaringan.

Untuk itu, beliau dan barisan jurulatih merangka ramuan istimewa untuk memerangkap pergerakan pasukan lawan.“Kita tahu Kuching sebuah pasukan yang cukup mantap dan pemain-pemain mereka mempunyai kemahiran yang tinggi.“Namun, ia tidak bermakna kita akan mengalah dan saya pasti para pemain tidak akan memberi laluan mudah dan berusaha sedaya upaya untuk membawa balik kejuaraan ke bumi Limbang,” katanya.

Hari ini juga bakal menentukan pasukan mana yang layak menduduki tempat ketiga dan keempat melibatkan pertemuan Miri dan Young Crocs/SFDP 17.Perlawanan kedua-dua pasukan akan berlangsung di Stadium Mini Samarahan pada jam 3 petang ini.

Kuching bakal menerima ‘durian runtuh’.

♡♥♡SARAWAK SELAMANYA TETAP DIHATI♥♡♥

★GM★

Friday, December 20, 2013

LIRIK CHANTING UNTUK MUSIM BAHARU LIGA SUPER 2014

ASSALAMUALAIKUM WBT...

SALAM JEMAT SEMUANYA... APA POLAH PETANG2 CAMTOK KITAK ORANG TEK?

PETANG2 CAMTOK MESTI BEST GORENG CUCUR PUSUKKAH.. CUCUR UDANGKAH.. N SEGALA MACAM CUCURLAH.. DIKENAK NGAN AIR PANAS GIK PERHHHH!!!

ADMIN PETANG2 CAMTOK BIASANYA DUDUK CANGOK2 SAMBIL NANGGA TV NGAN FAMILY... HIHIHI...


PETANG TOK JAK ADMIN BORING GILAK.. SO.. ADMIN EDIT N DESIGN LAGU CHANTING NOK SEASON 2013 LEPAS2 YA K SONOK2 JAK HIHIHI.

TERUS IDEA TERCETUS POLAH SAIZ A4 DAPAT SAPA2 BOLEH PRINT LIRIK CHANTING DARI BLOG TOK OWW... HIHIHI..

SO, JANGAN LUPAK K... B4 SEASON 2014 BERMULA, KITAK ORANG PRINT (SAPA YG SIK HAFALLAH) DAPAT K KITAK ORANG CHANTING DI STADIUM 23 DISEMBER 2013 KELAK SAMA NGAN SIDAK G13 OW... JANGAN LUPAK K...

SEMANGAT TOK UNTUK SEMUA...

SALAM TIGABELAS UNTUK SEMUA FAN SFS N TERUTAMA SEKALI RAKYAT SARAWAK.. 

PENANTIAN PENUH DENGAN DEBARAN UTK MUSIM BAHARU 2014 KELAK...

Thursday, December 19, 2013

AYUHH!!! DOAKAN MALAYSIA MENGGENGGAM EMAS SUKAN SEA DI MYNMAR

AYUUUUHH!!!


DARI UTARA...DARI SELATAN... DARI TIMUR DAN JUGA BARAT.... SATUKAN HATIMUUUU!!! AYUHHH!!!
 
SAMA2 KITA SATUKAN HATI KITA, MENDOAKAN KEJAYAAN PASUKAN MALAYSIA KITA PETANG TOK DENGAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR MENENTANG INDONESIA.

SAMA2 KITA BERI SOKONGAN PADU DENGAN NANGGA DI DEPAN TV RAMI2 KITA BERKELAH DEPAN TV PETANG TOK.. OHAAAA...

PASTIKAN KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA KITA.. MENANG SEPARUH AKHIR DAN TERUS KE FINAL...

MENANGGGG... GOOO...GOOO..GOOO.. MALAYSIA SEHINGGA MENGGENGGAM EMAS SUKAN SEA DI MYNMAR... AYUHHH!!!

"PANTANG MUNDUR KECUALI OPERASI"

*GM*

Sudarsono Puji Peningkatan Mutu Permainan Para Pemain Piala Isuzu Bawah 19 Tahun

 

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono Osman memuji persembahan para pemain yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Isuzu Bawah 19 Tahun.

Ujarnya, kebanyakan pemain yang mewakili tujuh pasukan pada kejohanan tersebut telah menunjukkan peningkatan dari segi kualiti permainan dan ia satu perkembangan yang cukup membanggakan persatuan.

Justeru, Sudarsono berharap kejohanan julung kali diadakan itu akan menjadi aktiviti tahunan FAS bagi menyuntik semangat pemain- pemain remaja agar terus berusaha meningkatkan permainan masing-masing.

“Matlamat utama persatuan adalah untuk melihat skuad senior Sarawak yang beraksi dalam Liga Malaysia diwakili oleh semua pemain tempatan,” katanya semasa majlis makan malam sempena kejohanan tersebut di sini kelmarin.

“Maka, lahirlah idea untuk menganjurkan kejohanan ini sebagai landasan mencari pemain pelapis yang dapat mewakili negeri di peringkat tinggi selepas ini.”

Katanya, meskipun FAS terpaksa berbelanja besar untuk menganjurkan pertandingan tersebut, ia nyata berbaloi setelah melihat peningkatan mutu permainan para pemain remaja.

Sudarsono turut merakamkan penghargaan terhadap penaja Isuzu Malaysia dan penganjur Persatuan Bola Sepak Samarahan (PBSS) kerana berjaya mengelolakan kejohanan tersebut dengan baik.

Hadir sama Timbalan Presiden FAS Datu Mohammad Abu Bakar Marzuki, Naib Presiden Razali Dolhan, Presiden PBBS Haidel Heli dan Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) Duke Janteng.

Dalam pada itu, Kejohanan Bola Sepak Piala Isuzu Bawah 19 Tahun yang bermula 15 Disember lalu kini memasuki fasa separuh akhir yang berlangsung hari ini.

Ia melibatkan pertemuan skuad Kuching menentang Young Crocs/SFDP17 manakala Limbang bertemu dengan Miri.

Kedua-dua perlawanan akan diadakan di padang Unimas 1 dan 3 bermula jam 3 petang.
Saingan tempat ke-3 dan ke-4 akan berlangsung pada 21 Disember bertempat di Stadium Mini Samarahan pada jam 3 petang.

Manakala final akan diadakan di Stadium Unimas pada hari sama jam 8.15 malam.

Wednesday, December 18, 2013

BOLASEPAK MALAYSIA PERLU ADA IDENTITI



MEMPERKENAL ’DNA’ atau identiti bola sepak Malaysia adalah antara objektif utama Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang kini dalam peringkat persediaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Dengan memberi contoh corak permainan ’tiki-taka’ (gerakan hantaran pendek) yang sinonim dengan pasukan Sepanyol dan ’catenaccio’ (strategi pertahanan) yang dipopularkan Itali, menteri berkenaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pasukan Malaysia perlu muncul dengan satu identiti tersendiri.Namun, katanya, identiti itu tidak terhad kpada corak permainan, malah meliputi pembentukan peribadi dan kekuatan mental pemain negara."Inilah yang kita mahu terapkan pada pemain negara sejak dari usia awal mereka. Apa sahaja corak permainan yang jurulatih fikirkan tetapi tanpa ’karektor’ yang betul daripada pemain, kita tidak akan boleh berjaya."Kita tidak mahu dengar lagi sungutan tentang pemain tiada kekuatan minda dan sebagainya," katanya ketika membentangkan rangka pelan itu pada Bengkel Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara. Bengkel dua hari itu yang dianjur KBS, disertai kira-kira 100 penggiat sukan bola sepak tanah air untuk membincangkan isu-isu berkaitan bagi diperincikan ke dalam pelan itu, yang akan dibentangkan Khairy kepada jemaah menteri dalam masa terdekat ini. Antara yang menjadi topik perbincangan mereka ialah kejurulatihan, kemudahan, pembangunan atlet dan pertandingan.Dalam sidang media selepas itu, Khairy berkata pelaksanaan pelan jangka masa panjang itu melibatkan kos tinggi dan pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan tajaan daripada pihak swasta khususnya bagi penganjuran pertandingan.Pelan itu akan dijalankan secara berperingkat berikutan banyak aspek yang perlu ditambah baik seperti proses melatih dan melahirkan lebih ramai jurulatih bertauliah serta membangunkan lebih banyak pusat latihan MyKids Soccer di seluruh negara. "Apa yang penting adalah penglibatan daripada semua pihak untuk menjayakan usaha ini," katanya. — Bernama

Tuesday, December 17, 2013

Harimau Muda Perlu Menang Hari Ini

NAYPYITAW: Malaysia gagal mengutip mata penuh apabila sekadar seri 1-1 dengan Singapura pada perlawanan Kumpulan A dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-27 di Stadium Zeyar Thiri di sini kelmarin.

Singapura bermula garang apabila Mohamad Sahil Suhaimi melakukan percubaan awal menerusi rembatan kencang seawal minit pertama namun berjaya dinafikan oleh penjaga gawang negara Mohd Farhan Abu Bakar.

Usaha penyerang negara A. Thamil Arasum mencari gol pembukaan pada minit ke-17 gagal membolosi gol lawan.

Corak permainan berlangsung seimbang apabila kedua-dua pasukan bertali arus melakukan serangan namun gagal menjaringkan sebarang gol.

Bersambung pada babak kedua, Singapura yang menggandakan serangan berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi Muhammad Sahil Suhaimi pada minit ke-62.

Penyerang negara, Mohd Rozaimi Abdul Rahman berjaya menyelamatkan maruah pasukan apabila menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan percuma pada minit ke-90.

Malaysia bertemu Vietnam pada perlawanan penutup peringkat Kumpulan A di venue yang sama, hari ini (Selasa) sebelum layak ke perlawanan separuh akhir.

Singapura berjaya layak mara ke pusingan separuh akhir selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan mengutip sembilan mata iaitu dengan perbezaan satu mata di hadapan Malaysia yang masih mempunyai baki satu perlawanan.

Sementara itu, jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee berkata anak-anak buahnya menampilkan prestasi baik dengan mengikat pasukan Singapura yang dianggap antara terbaik. — Bernama

***SARAWAK TETAP DIHATI SELAMANYA***

*GM*

Lonjak Mutu Bola Sepak Sarawak

 SEPAK MULA: Mohamad Abu Bakar melakukan sepak mula sebagai simbolik perasmian kejohanan Piala Isuzu-FAS Bawah 19 Tahun disaksikan David (tiga kanan) dan Haidel (kiri) di Kota Samarahan, kelmarin.
Piala Isuzu-FAS Bawah 19 Tahun penting, landasan pembangunan bola sepak negeri

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menyifatkan penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Isuzu-FAS Bawah 19 Tahun sangat penting sebagai landasan pembangunan bola sepak negeri ini.

Justeru, FAS berharap kejohanan yang dilancarkan secara rasminya malam kelmarin dapat melonjakkan mutu dan tahap bola sepak di peringkat belia agar terus berdaya saing dengan negeri-negeri lain.

FAS juga berharap para pemain menggunakan kesempatan tersebut mempamerkan bakat masing-masing agar mereka dapat diketengahkan di peringkat lebih tinggi pada masa hadapan.

Paluan gendang penyokong GB13 serta sorakan lebih 1,000 peminat tempatan memeriahkan pelancaran kejohanan yang disusuli perlawanan melibatkan pasukan tuan rumah, Samarahan dan Limbang.

Timbalan Presiden FAS, Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki yang mewakili presidennya, Datu Sudarsono Osman menyempurnakan majlis pelancaran kejohanan itu.

Mengiringi beliau Presiden Persatuan Bola Sepak Samarahan (PBBS), Haidel Heli serta Pengarah Urusan Rhino Motors Sdn Bhd, David Tay yang mewakili penaja, Isuzu Malaysia.

Tujuh pasukan dari seluruh negeri mengesahkan penyertaan bagi merebut kejuaraan pada temasya julung kali diadakan itu bermula pada Ahad lalu hingga 21 Disember ini.

Sementara itu, tuan rumah Samarahan dikejutkan oleh Limbang dengan kekalahan tipis 2-1 pada perlawanan ketiga yang berlangsung di Stadium UNIMAS, malam kelmarin.

Gol-gol Limbang dijaringkan oleh Presley Leanord Libau pada minit ke-13 dan Mohd Alif Hasan minit ke-77.

Manakala gol tunggal pasukan Samarahan disempurnakan oleh Saifudin Setu menerusi sepakan penalti pada minit ke-38.

Dalam pada itu, Kuching pasukan pertama layak ke peringkat separuh akhir apabila mencatat kemenangan 3-0 mengalahkan Bintulu pada perlawanan kedua semalam.

Pasukan Kuching yang dibimbing bekas pemain Bujang Senang, Ideris Untong menjaringkan gol pertama menerusi Julaihi Azid pada minit ke-24.

Kuching yang menang tipis 1-0 menentang Miri pada perlawanan pertama kelmarin terus menambah duka Bintulu dengan jaringan kedua pada minit ke-50 sekali lagi menerusi Julaihi.

Mohd Afif Jamal melengkapkan hari cemerlang Kuching apabila menambah jaringan pada minit ke-57.

Ideris yang ditemui selepas perlawanan berkata, kemenangan itu amat bermakna kerana melayakkan pasukannya ke separuh akhir.

“Semua pemain kita bermain agak baik hari ini, berbanding perlawanan pertama menentang Miri kelmarin.

“Momentum seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada peringkat separuh akhir,” katanya.
Perlawanan lain menyaksikan Limbang mencerahkan peluang ke separuh akhir apabila mencatat kemenangan kedua mengalahkan Young Crocs/SFDP17 dengan 2-1.

Bagaimanapun, Limbang ketinggalan pada minit pertama menerusi jaringan Tommy Mawat Bada.
Tersentak dengan jaringan itu, Limbang memperkemas jentera dan memperolehi gol penyamaan menerusi Eric Lanjap minit ke-19.

Hairy Asli mengesahkan kemenangan Limbang dengan menjaringkan gol pada minit ke-75.
Penolong jurulatih Limbang, Hanapiah Majini berkata biarpun diletakkan sebagai pasukan ‘underdog’ namun anak-anak buahnya mampu melakukan kejutan.

“Saya terkejut dengan kejayaan ini kerana kita hanya berlatih seminggu sebelum kejohanan,” katanya.

Satu lagi perlawanan menyaksikan Samarahan mengalahkan Sibu dengan jaringan 2-0.
Gol Samarahan dijaringkan oleh Alexs Walson Sia dan Saifudin Seta.

Hari ini tiga lagi perlawanan berlangsung melibatkan Bintulu menentang Miri, Samarahan lawan Ultra Crocs/SFDP17 dan Limbang lawan Sibu.

***SARAWAK SELAMANYA***

*GM*

Friday, December 13, 2013

Ashri Janji Terus Gegar

Tarikh Disiarkan : 13-Dec-2013

BINTANG sayap Sarawak, Ashri Chuchu berazam untuk terus menggegar jaring apabila turun menentang Laos dalam aksi kedua Kumpulan A temasya Sukan SEA 2013 di Stadium Zeyar Thir pada pukul 5.30 petang ini. Ashri menjaringkan gol cantik pada minit ke-70 ketika membenam Brunei 2-0 dalam perlawanan pertama Selasa lalu.

Ashri melakukan rembatan cantik menerusi kaki kiri dari luar petak penalti yang terlebih dahulu terkena palang sebelum mencecah masuk menggegar jaring. Satu lagi gol Malaysia dijaringkan oleh bintang penyerang kebanggaan Ashri yang berasal dari Kampung Luagan, Sundar, Lawas diturunkan dalam kesebelasan utama Selasa lalu.

"Kami turun dengan misi yang sama iaitu memastikan tiga mata dalam genggaman," kata Ashri mengenai aksi petang ini. "Sekiranya diberi kepercayaan untuk terus beraksi dalam senarai utama mahupun sebagai pemain gantian... misi sayap tetap mahu menyumbang jaringan," jelasnya. "Namun apa yang lebih penting ialah berusaha sedaya upaya untuk membantu pasukan menang," kata Ashri. Menurut Ahsri, mereka belum lagi menemui rentak sebenar dan berharap akan bermain lebih baik lagi petang ini.

Dalam perlawanan Selasa lalu, Ahsri yang bermain di posisi sayap kiri beberapa kali melakukan hantaran lintang yang cantik. Malah beliau juga berpeluang melakukan beberapa cubaan. Sementara itu, jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee menjelaskan mereka mesti bermain lebih baik lagi petang ini. "Kami akan tampil dengan pendekatan berbeza. Kami tidak akan beraksi dengan banyak mengasak, kerana Laos merupakan sebuah pasukan yang mantap," jelasnya.

Malah Kim Swee dijangka akan melakukan sedikit rombakan terhadap barisan utama, terutama di bahagian serangan. "Saya mungkin hanya akan menurunkan seorang penyerang. Ini kerana saya perlu memikirkan mengenai aksi menentang Singapura. Oleh itu saya memerlukan barisan yang seimbang," kata Kim Swee.

PSM Makasar Tumbangkan Sarawak

SKUAD Liga Super 2014 Sarawak kalah 2-1 di tangan pasukan PSM Makasar dalam perlawanan persahabatan dalam Siri Jelajah ke Batu Malang Surabaya, Indonesia. Gol tunggal Sarawak dijaringkan oleh bintang tengah, Joseph Kallang Tie pada minit ke-41. Ia merupakan aksi kedua Sarawak yang sebelum tok terikat 1-1 dengan pasukan Metro.

Gol Sarawak dijaringkan oleh penyerang baharu, Akmal Rizal Rakhli. Menurut jurulatih Sarawak, Robert Alberts, anak-anak buahnya masih agik dalam proses penyesuaian terutama dalam aspek kombinasi pemain. Sarawak akan menentang skuad Arema Malang Ahad tok dan pasya menentang pasukan Persipon Madura pada 19 Disember.

Sidaknya akan balit ke Kuching pada 20 Disember dan akan lawan team Sabah di Stadium Negeri pada 23 Disember tok dan bermain di Likas pada 4 Januari. Saingan Liga Malaysia akan bermula pada 17 Januari, merebut Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia 2013, Pahang dan juara Liga Super 2013, Lions XII.

Liga Super 2014 akan bermula pada 18 Januari. Musim tok Sarawak dibarisi sembilan muka baharu termasuk 3 import luar negara iaitu Alireza Abbasfard (Iran/penyerang), Gabor Gyepes (Hungary/pertahanan) dan Milorad Janjus (Serbia/ penyerang). Manakala 6 import tempatan ialah Akmal Rizal Rakhli, Mohd Abu Lot, S. Chanturu, Reeshafeeq Alwi, Rashid Aya dan Mohd Fadzley.

Admin SFS harap sidak team Sarawak tok time Liga Super 2014 emberik sigek persembahan yang bagus ngan kita penyokong tok ow.. Harap sidaknya dapat bermain serasi bersama sidak-sidaknya.. Apa kata orang puteh tek "Team Work". Jangan main tamak gilak n sik pasing ngan member sepasukan nak giya kitak orang?
Apa kata kitak orang? Komen lok... Sikkan baca jak owww...

***SARAWAK TETAP DIHATI SELAMANYA***

Thursday, December 12, 2013

Aksi Cemerlang ’HERO BORNEO’ Ditagih

Oleh : Agensi
Tarikh Disiarkan : 12-Dec-2013

AKSI cemerlang dua ’hero Borneo’, iaitu pemain tengah Sarawak Ashri Chuchu dan Rozaimi Abdul Rahman ( pemain tengah Sabah) ditagih pada perlawanan kedua menentang Laos di Myanmar esok. Skuad Harimau Muda A di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee kini meneruskan misi kempen mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA Myanmar.

Pemain tengah Ngap Sayot, Ashri Chucu menjaringkan gol kedua pada minit ke-71 aksi menentang Brunei Selasa lalu. Manakala penyerang Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan tersebut. Beliau berkata, anak buahnya gagal memanfaatkan peluang dengan sepenuhnya (aksi menentang Brunei) dan akan cuba mengatasi beberapa kelemahan.

"Saya yakin pemain memperbaiki permainan dalam usaha untuk memburu tiga mata berharga pada aksi kedua. "Kemenangan pada perlawanan ini amat dituntut. Saya yakin pemain akan beraksi dengan lebih baik berbanding aksi pertama menentang Brunei," katanya. – Agensi

YC Anggap Peluang Terbuka

Tarikh Disiarkan : 12-Dec-2013

"MASA yang terhad untuk membentuk kredibiliti pemain mungkin dilihat salah satu faktor buat saya untuk tidak berani meramal kemampuan pemain dalam melakukan kejutan. "Apa yang pasti saya lebih bersifat positif peluang untuk melakukan kejutan buat semua pasukan bertanding adalah terbuka".

Demikian dijelaskan pengemudi skuad Young Crocs, Safri Amit disebalik penampilan anak didiknya dalam Kejohanan Bola Sepak ISUZU Piala Belia Bawah 19 Tahun Sarawak 2013 yang akan disingkap tirainya dari 15 hingga 21 Disember ini.

Menurut Safri, kelompok 20 pemain di bawah kendaliannya ketika ini baharu sahaja melalui tempoh seminggu untuk bersama dan nyata masa tersebut begitu terbatas sekali. "Para pemain baharu sahaja seminggu bersama, dan ianya membataskan usaha saya untuk membentuk satu pasukan dengan kekuatan jitu merangkumi pelbagai aspek," tegas Safri.

Bagaimanapun tambah beliau lagi, fokus utama mereka ketika ini mahu memberi tumpuan kepada setiap perlawanan dilalui terutama peringkat kumpulan. Katanya, mencatat keputusan positif pada setiap perlawanan amat penting kerana ia boleh dijadikan petanda aras untuk melangkah lebih jauh lagi kelak.

Beliau akui, barisan pemain yang berada dalam skuadnya ketika ini terdiri dari Bahagian Kuching, Samarahan, Betong, Sibu selain Serian. Tujuh pasukan bersaing sekali gus mencatur langkah memburu kejuaraan. Antara pasukan terbabit ialah tuan rumah Samarahan, Limbang, Sibu dan Young Crocs yang diundi berada dalam Kumpulan A. Sambil tiga lagi pasukan iaitu Kuching, Bintulu dan Miri diundi berada dalam Kumpulan B.

Tiga gelanggang akan digunakan kesemua pasukan bertanding terdiri daripada Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selain Padang A & B Unimas.

Hanya Tiga Venue Untuk Aksi Piala Isuzu-FAS B19

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Samarahan (PBBS), Haidel Heli mengesahkan hanya tiga padang di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan diguna pakai sepanjang Kejohanan Bola Sepak Piala Isuzu-FAS Bawah 19 Tahun Sarawak.

Katanya, ia disebabkan hanya tujuh pasukan yang akan mengambil bahagian pada kejohanan tersebut setelah Bahagian Kapit menarik diri pada saat akhir.

Sebelum ini, PBBS memutuskan akan menggunakan empat padang termasuk Stadium Mini Samarahan sebagai venue kejohanan yang akan berlangsung pada 15 hingga 22 Disember ini.

“Penganjur memutuskan akan menggunakan tiga padang di UNIMAS sepanjang kejohanan berlangsung memandangkan hanya tujuh pasukan mengambil bahagian.

“Ini akan memudahkan proses penganjuran termasuk pasukan yang terlibat kerana semua perlawanan berpusat di venue yang sama,” katanya di sini semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung penarikan diri pasukan Bahagian Kapit.
Kejohanan ini julung kali dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan mendapat tajaan berjumlah RM100,000 daripada Isuzu Malaysia.

Manakala PBBS selaku ahli gabungan FAS diberi mandat sebagai tuan rumah.
Pasukan terlibat terdiri daripada Samarahan, Limbang, Sibu, SFDP 17 yang diundi dalam Kumpulan A.

Kuching Intai Kejuaraan Sulung


Zaki optimis impian menjulang Piala ISUZU-FAS Bawah 19 Tahun akan terlaksana
KUCHING: Skuad Kuching bersedia memburu kejuaraan pada Kejohanan Bola Sepak Piala ISUZU-FAS Bawah 19 Tahun Sarawak 2013 yang akan disingkap tirainya dari 15 hingga 21 Disember di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Diletakkan selaku skuad pilihan, Pengurus Pasukan Ahmad Zaki Zaidi optimis sasaran memburu slot ke final dapat dicapai jika kesemua pemain memberikan persembahan terbaik.

Malah, beliau percaya skuad yang baharu dibentuk itu cukup matang untuk mengibarkan cabaran berbekalkan bimbingan dari trio jurulatih yang juga bekas pemain Sarawak, Ideris Untong, Nizam Mahmud dan Zulkarnaen Poasa.

“Sudah tentu kita mahu memburu kejuaraan pada kejohanan sulung ini dan saya optimis pemain juga tidak sabar untuk memulakan cabaran.

“Insyaallah, jika pemain bermain mengikut pelan yang telah dirancang oleh jurulatih, impian kita untuk bergelar juara pasti tercapai,” katanya semasa majlis penyerahan jersi rasmi pasukan kelmarin.
Menurutnya, majoriti pemain skuad tersebut dipilih daripada liga remaja AXIS dan mereka menjalani latihan di Padang Semarak, Gita sejak sebulan lalu.

Zaki bagaimanapun mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak terlalu mendabik dada kerana skuad lain turut mengintai peluang yang sama.

Tegas beliau, skuad lain pastinya turut menurunkan barisan terbaik yang disertai perancangan teliti agar misi menjulang kejuaraan terlaksana.

Kuching diundi bersama Bintulu dan Miri dalam Kumpulan B sambil tuan rumah Samarahan berada dalam Kumpulan A bersama Limbang, Sibu dan SFDP 17.

Dalam pada itu, jadual perlawanan yang dikeluarkan semalam menyaksikan Kuching akan memulakan cabaran menentang Miri dalam Kumpulan B pada 15 Disember, jam 8.30 pagi.

Satu lagi perlawanan pada jam sama melibatkan pertemuan di antara Sibu dan SFDP 17 dalam Kumpulan A.

Manakala Samarahan yang turut diundi dalam Kumpulan A menanti kunjungan Limbang pada jam 8.15 malam pada hari yang sama.

Tuesday, December 10, 2013

AURA GB13 SIBU BAKAL BERGEMA

Ratusan penyokong GB13 berkumpul laungkan Ngap Sayot suntik semangat skuad Sarawak

SIBU: Skuad Sarawak yang dibarisi sembilan muka baharu menjelang saingan hebat Liga Super musim depan mendapat rangsangan positif daripada penyokong negeri (GB13) dalam usaha merangkul kejuaraan yang didambakan.

Sehubungan itu, ratusan penyokong GB13 zon enam (Sibu) berkumpul memenuhi ruang utama Dataran Sibu Fasa 1 melaungkan semangat Ngap Sayot di samping meningkatkan sokongan padu terhadap kebangkitan pasukan Sarawak.

Kemeriahan serta semangat yang ditunjukkan cukup kuat di samping rentak lagu serta alunan muzik hasil gubahan mereka sendiri membuktikan kesungguhan penyokong Bumi Kenyalang.
“Kami secara umumnya di bawah GB13 Kuching dan malam ini(Sabtu) kami berhimpun untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan bola sepak Sarawak.

“Ini adalah tanda kami sebagai anak jati Sarawak. Walaupun pada dasarnya bukan setiap masa kami dapat menyaksikan perlawanan Sarawak, tetapi semangat dan usaha ini mampu menjadi suntikan positif kepada mereka.

“Malah, ini menunjukkan keutuhan golongan belia di Sarawak di samping cara yang mampu kami sumbangkan ke arah pembangunan serta kejayaan yang dicapai pasukan Sarawak musim depan,” kata Sahrifah Zaimah Wan Zain selaku ketua penyokong yang berasal dari Kampung Datu, di sini.

Selain itu, beliau mewakili GB13 zon enam menyuarakan penghargaan kepada ADUN Nangka Dr Annuar Rapa`ee kerana menyumbangkan set alat muzik (drum) kepada mereka bagi merancakkan usaha serta kempen dilaksanakan sekitar Sibu.

Sharifah Zaimah berkata, ini adalah kali ketiga mereka mengadakan kempen tersebut dan yang pastinya ‘respons’ amat memberangsangkan serta lebih banyak pelaksanaan bagi zon enam akan dilakukan tahun depan.

Sementara itu, Dr Annuar yang ditemui memberitahu aktiviti sedemikian adalah landasan bagi mengumpul golongan belia di sini untuk menyalurkan tenaga serta sumbangan mereka dengan cara yang positif.

Baginya, aktiviti ini amat menarik perhatian penglibatan golongan belia yang minat akan muzik malah melalui kesinambungan tersebut keahliannya bakal bertambah dari semasa ke semasa.
“Mereka berada di sini untuk menghidupkan sokongan padu serta menyuntik semangat waja kepada pasukan bola sepak Sarawak.

“Suara anak negeri jika disatukan dengan cara terbaik mampu membuahkan hasil yang pasti mencipta sejarah baharu, sekiranya semua pihak bekerjasama dan tiada wujud perbezaan satu sama lain,” jelas beliau.

Bagi seorang ahli GB13, Rafiki Rasul ini satu yang jarang dilaksanakan sejak beberapa tahun apabila melihat kesungguhan skuad Sarawak, wujud GB13 petanda baharu mencerminkan keharmonian rakyat Sarawak menyokong pasukan negeri.

“Sudah pasti, kita sebagai anak Sarawak ingin melihat kembali ke podium seperti zaman dahulu. Malah, kita yakin banyak bintang yang membarisi skuad Sarawak mampu menjurus ke arah yang ingin kita saksikan bersama.

“Usaha yang kita tunjukkan ini antara faktor pembakar semangat buat para pemain dalam apa juga situasi dihadapi. Aura GB13 akan kekal bergema di mana juga skuad Bujang Senang berentap meraih kemenangan mutlak.

“Dalam konteks belia, ia cukup memncerminkan bahawa anak muda kita sentiasa mahu membangunkan serta menyumbangkan apa juga cara sekalipun demi negeri tetapi dengan cara positif dan tidak menjejaskan nama Sarawak,” katanya.

Sembilan pemain baharu Sarawak musim depan ialah Alireza, Milorad, Gabor Gyepes, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Reshafiq Alwi, Mohd Lot Abu Hassan, Mohd Rashid Aya, S Chanturu Suppiah dan Mohd Fadzley Abdul Rahim bakal membantu skuad negeri pada saingan Liga Super bermula 18 Januari depan.

Seramai 17 pemain lama dikekalkan selepas pengumuman dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menyatakan seramai 26 pemain termasuk tiga pemain import bakal menyarung jersi Ngap Sayot.

Monday, December 9, 2013

LANGKAH FAS JUAL TIKET SECARA TALIAN DISOKONG

UTUSAN BORNEO
December 9, 2013, Monday

KUCHING: Langkah Persat­uan Bola Sepak Sarawak (FAS) memperkenal penjualan tiket secara talian menerima sambu­tan baik daripada penyokong bola sepak negeri ini. Menurut Presiden Ke­lab Penyokong Bola Sepak Sarawak, Peter Moni lang­kah itu sememangnya wajar diperkenalkan pada masa ini.“Pasukan kita sekarang telah melakukan yang ter­baik dan sewajarnya para penyokong mula membanjiri stadium.“Tetapi, sedihnya apa­bila kita mendengar ada penyokong yang cedera hanya kerana ingin mendapat tempat di stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan,” katanya.

Tambah beliau, penjualan tiket secara talian terbukti berjaya di negara-negara Barat dan langkah FAS itu pasti­nya akan memanfaatkan para penyokong Sarawak. Minggu lalu, Presiden FAS Datu Sudarsono Osman ber­kata inisiatif tersebut adalah penting.“Sarawak mungkin akan menjadi pasukan pertama pada Liga Super yang melak­sanakan tempahan tiket secara talian.

“Kita perlu mengambil jalan keluar untuk alternatif ini bagi memberikan semua penyokong peluang yang adil untuk membeli tiket perlawa­nan,” katanya.Sempena Piala Malaysia lalu, dilaporkan berlaku be­berapa kejadian huru-hara melibatkan para penyokong Sarawak ketika membeli tiket perlawanan.
Beberapa kedai di pusat beli-belah di sini turut dilaporkan menghentikan penglibatan penjualan tiket di premis masing-masing demi kesela­matan.

FAS kemudian cuba menye­lesaikan masalah dengan men­jual tiket di Stadium Neg­eri, tetapi langkah tersebut juga didapati gagal di mana para penyokong membanjiri kaunter tiket sehingga berlaku kejadian huru-hara.

Dengan langkah baharu ini, FAS berharap agar tiada lagi kejadian tidak diingini ber­laku ketika pembelian tiket perlawanan di sini pada masa akan datang.Bagaimanapun, penjualan tiket secara talian tersebut hanya dibuat bagi perlawanan di tempat sendiri.

Bagi musim depan, tiket bermusim dijual pada harga RM1,500 (korporat), RM500 (tempat berbumbung) dan RM300 (tempat tidak ber­bumbung).Selain itu, tiket individu turut dijual pada harga RM35 (pentas utama), RM20 (tem­pat berbumbung) dan RM15 (tempat tidak berbumbung).FAS akan mendedahkan rangkaian talian dalam masa terdekat menerusi laman sesa­wang rasminya.

Sunday, December 8, 2013

SARAWAK TETAP DIHATI DULU KINI DAN SELAMANYA

Assalamualaikum semua pembaca budiman SFS blog...

Apa khabar semua? Admin SFS blog sihat jak..

Petang2 tok Admin SFS blog ingin mok bercerita pasal word yg selalu ditulis diakhir ayat setiap kali updated status samada dlm SFS FAN PAGE maupun dlm SFS BLog.


♡♥♡SARAWAK TETAP DIHATI DULU KINI DAN SELAMANYA♥♡♥


Word diatas ya selalu ditulis Admin SFS blog diakhir ayat. Setiap hati dan perasaan kitak org terutama sekali warga sarawak, pasti dan pasti ada tersemat dlm dirik masing2.. Ya dah semestinya betul sik?

Dolok... kita semua dah tauk, Era Sarawak 88. Pasukan Sarawaklah sering digeruni oleh team2 sidak negeri lain. Terutamanya ketika main di Stadium Keramat. Bukan ya ajak.. Penyokong2 Bujang Senang waktu ya.. memang ditakuti oleh sidaknya juak.

Kinektok... Setelah 25thn berlalu, Semangat ya kembali agik... Penyokong2 semakin paham dan rami datang ke Stadium Keramat. Wujud perbagai jenis Penyokong yg mana semuanya fokus visi misi yg sama. 

Walaupun berbeza jenis penyokong.. tetapi SATU HATI ya yg penyebabnya semangat penyokong ke-12 telah meresap dlm ati pemain2 sarawak. Melihat sokongan aura yg padu diberik oleh penyokong sarawak, menyebabkan team lawan berasa gerun n seram sejuk...

♥♡♥SEMANGAT TOK UNTUK SARAWAK♡♥♡

Akhir sekali, Dgn sokongan padu para penyokong sarawak dari dolok n semangat ya terus diembak sampey kinektok, Admin SFS Blog harap semangat AURA ya terus berterusan sampey bila2. Mun boleh kekal selamanya...Amin...



Saturday, December 7, 2013

FAS PERKENALKAN TIKET ONLINE 2 MINGGU DARI SEKARANG

       PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) antara ahli gabungan badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pertama memperkenal pembelian tiket secara atas talian (“online”).
  Presiden FAS madah, pendekatan ya bertujuan untuk memudahkan para penyokong yang sebelum tok terpaksa berbaris panjang dan menunggu berjam-jam untuk mendapatkan tiket di Stadium Negeri. “Pihak kami begitu terharu terhadap sokongan para peminat sepanjang musim ini.
      Sambutan begitu hangat diberikan ketika perlawanan separuh akhir Piala Malaysia,” jelas Sudarsono. “Oleh itu bagi mengelak masalah berulang, maka pihak kami memperkenal pembelian tiket secara “online”,” katanya.
     Bagimanapun, tiket juga boleh didapati seperti biasa di kaunter Stadium Negeri. Sudarsono pada masa sama mengakui, proses pembelian tiket secara “online” akan dilaksanakan dua minggu dari sekarang. Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Mesyuarat Stadium Negeri, Petra Jaya petang semalam.
       Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden FAS, Datu Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki. Dalam pada itu, FAS juga tambah Sudarsono akan menjual tiket bermusim dengan harga RM1,500 (Korporat), RM500 (Berbumbung) dan RM300 (Terbuka). “Seperti biasa kita akan menjual tiket bermusim dengan harga ditetapkan itu dan saya percaya ia akan dapat memberi keselesaan kepada peminat,” jelas beliau.
             Mudahan betul2 dan terbaik.. Tahniah FAS... Senang utk para penyokong sik perlu bebaris panjang2..

♡♥♡★SARAWAK TETAP DIHATI SELAMANYA♥♡♥

★GM★
            

Thursday, December 5, 2013

Identiti Sarawak:Siri 1

Bendera Sarawak

   Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. 

     Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

    Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

  Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

Wednesday, December 4, 2013

FAS TUNGGU ITC IMPORT

   PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman memberitahu, pihaknya masih menunggu Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) dua calon import baharu Alireza Abbasfard, 22 (Iran/Penyerang) dan Gabor Gyepes, 32 (Hungary/Pertahanan) daripada bekas kelab masing-masing sebelum dapat mengumum penuh skuad Sarawak 2014. "Jika segalanya berjalan lancar, maka senarai penuh skuad Sarawak akan diketahui petang esok (hari ini)," kata Sudarsono.Sambil pada masa sama Sudarsono memberitahu, pihaknya menyambut baik cadangan pengemudi pasukan (Robert Alberts) untuk menjerat Alireza dan Gyepes.
        Sementara itu, FAS masih lagi mengekalkan sebahagian besar kelompok pemain yang ada seperti Sani Anuar Kamsani (penjaga gol), Aidil Mohamad (penjaga gol), Mohd. Hairol Mokhtar (pertahanan), Ronny Harun (pertahanan), Mafri Balang (pertahanan), Ramesh Laiban Huat (pertahanan), Mazwandi Zakeria (pertahanan), Mohd. Dzulazlan Ibrahim (pertahanan), Azizan Saperi (penyerang), Shahrol Saperi (tengah), Junior Eldstal (tengah), Zamri Morshidi (penyerang), Joseph Kallang Tie (penyerang), Ashri Chuchu (penyerang), Muamer Salibasic (penyerang) dan Daglish Papin Ak Test (penyerang).
         Manakala enam muka baharu terdiri daripada Akmal Rizal Ahmad Rakhli, 32 (Kedah/penyerang), Reeshafiq Alwi, 31 (Selangor PKNS /Tengah), Mohd. Lot Abu Hassan, 29 (Selangor PKNS/Penyerang), Mohd. Rashid Aya, 22 (Johor/Penyerang) dan Mohd. Fadzley Abdul Rahim, 26 (Pos Malaysia/Penjaga Gol). Manakala enam pemain yang diketepikan ialah Saiful Amar Sudar (penjaga gol), Shahran Samad (pertahanan), Fareez Tukijo (pertahanan), Guy Bwele (tengah), Shahrol Abdul Malek (tengah) dan Azizan Baba (penyerang).
       Skuad Sarawak menyambung semula sesi latihan pada 28 November lalu setelah bercuti selama tiga minggu sebagai persediaan mengharungi aksi pemanas badan memenerusi siri jelajah ke Batu Malang, Surabaya, Indonesia Selasa depan. Sarawak akan menentang pasukan Metro pada 10 Disember (3.00 petang).Ia disusuli aksi persahabatan kedua menentang Persebaya Surabaya pada 12 Disember (3.00 petang). Sarawak akan menguji kehebatan pasukan Arema Malang pada 15 Disember (8.00 malam) sebelum menutup tirai jelajah menentang satu lagi kelab handalan iaitu Persipam Madura pada 19 Disember (3.00 petang).
            Harapan agar Skuad Sarawak 2014 adalah buah pilih yang terbaik dari RA. Sama-sama kita nantikan kekuatan sebenar team kesayangan kita..

♡♥♡SARAWAK TETAP DIHATI SELAMANYA♥♡♥

★GM★

Tuesday, December 3, 2013

FAS BURU JOHNNY

Utusan Sarawak
03 Disember 2013

          PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) dalam proses mendapatkan khidmat bekas jurulatih skuad bola sepak yang membawa Sabah meraih pingat emas temasya Sukan Malaysia (Sukma) Pahang 2012 (Johnny Dominicus) untuk mengemudi pasukan pelapis (Piala Presiden) 2014.
         Menurut sumber, perbincangan dengan jurulatih terbabit sudah diadakan dan belum ada keputusan dibuat setakat ini. "Perbincangan dengannya (Johnny Dominicus) yang membawa Sabah muncul pemenang pingat emas Sukma Pahang 2012 itu sudah diadakan.
         Akan tetapi belum ada sebarang keputusan dibuat setakat ini," kata sumber berkenaan. Sementara itu, Johnny Dominicus ketika dihubungi semalam mengakui ada menerima lamaran daripada badan induk berkenaan (FAS) akan tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya. "Memang pihak FAS ada menghubungi saya mengenai perkara itu.
              Namun, saya belum berani memberi sebarang reaksi mengenainya memandangkan kontrak bersama bekas majikan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengemudi skuad Piala Presiden berakhir semalam (30 November)," jelas beliau.
                 Bagaimanapun tegas Johnny, beliau akan memaklumkan secara terperinci mengenai perkara itu apabila kata sepakat sebaik perbincangan dengan pihak FAS dicapai. Johnny akui, selain FAS khidmatnya juga turut menjadi buruan salah sebuah pasukan negeri yang akan bersaing dalam Liga Perdana 2014.

***SARAWAK SATUKAN HATIMU SELAMANYA***

Created by
  GM

Monday, December 2, 2013

SARAWAK JUMPA PULAU PINANG

          SARAWAK mendapat laluan mudah dalam kempen Piala FA 2014 apabila diundi bertemu pasukan Pulau Pinang dalam pusingan pertama. Namun anak-anak buah Robert Alberts bakal berdepan ujian getir sekiranya layak ke pusingan kedua kerana akan bertemu sama ada Selango atau Harimau Muda C. Di atas kertas Sarawak dijangka akan bertemu Selangor.
              Sementara itu, penyerang import baharu Sarawak, Akmal Rizal Rakhli menunjukkan aksi hebat ketika perlawanan persahabatan sesama sendiri di Stadium negeri Petra Jaya Kuching petang semalam yang disaksikan hampir seribu penonton. Selain Akmal, calon import dari Belanda (bek tengah), Ronaldo juga menunjukkan prestasi yang meyakinkan.
              Menurut jurulatih Sarawak, Robert Alberts, sekarang ini mereka memang mencari calon paling sesuai untuk mengisi bek tengah yang dianggapnya sebagai posisi penting sepanjang Sarawak mengharungi kempen Liga Super musim depan. Berdasarkan corak permainan petang semalam, ternyata calon import dari Belanda itu menunjukkan ciri-ciri yang dikehendaki. Ronald pernah bersama kelab ternama Belanda sebelum ini iaitu PSV Eindhoven.
           Bagaimanapun calon dari Hungary (bek tengah) gagal memberikan impak yang dikehendaki. Begitu juga dengan penyerang dari Australia dan Iran. Perlawanan persahabatan sesama sendiri semalam diadakan seawal pukul 3.00 petang. Sementara itu, juara Piala Malaysia, Pahang menempuh laluan berliku dalam pusingan pertama kejohanan Piala FA 2014 selepas diundi untuk berdepan dengan juara dua kali iaitu Perak. Perak merupakan juara pada 1990 dan 2004.
            Dalam majlis undian yang turut dihadiri Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin itu menyaksikan finalis Piala FA 2012, Sime Darby FC turut berdepan ujian getir selepas dijadual bertemu juara Piala Sumbangsih musim ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dua finalis musim ini iaitu Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagaimanapun mendapat ’bye’ pada pusingan pertama selepas masing-masing muncul juara dan naib juara.
            Kelantan akan menentang pemenang antara Pahang Kuantan FA atau Sabah pada pusingan kedua manakala JDT bakal bertemu pemenang perlawanan antara T-Team dan UiTM FC. Pusingan pertama Piala FA akan berlangsung pada 21 Januari depan sebelum pusingan berikutnya pada 4 Feb.
Sementara itu ketua jurulatih Kelantan yang baharu Steve Darby memberi amaran kepada pemainnya agar tidak memandang mudah terhadap sebaran pasukan yang bakal mereka hadapi di pusingan kedua.
              "Saya tidak tahu banyak mengenai Pahang Kuantan FA tetapi Sabah merupakan pasukan yang baik perancangannya. Ramai yang fikir pasukan kami akan menentang Sabah (di pusingan kedua) tetapi tidak kisahlah kerana apa saja boleh berlaku," katanya. Beliau turut tidak menetapkan sasaran buat pasukannya walaupun Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA sejak 2012. "Ia bagus sekiranya kami menang Piala FA kerana ia memberi kami peluang bermain di Piala AFC," katanya.
                FAM masih mengekalkan format yang sama untuk saingan Piala FA musim depan iaitu saingan kalah mati untuk pusingan pertama dan kedua sebelum diikuti dengan saingan timbal balik untuk peringkat suku akhir dan separuh akhir. Badan induk bola sepak kebangsaan itu bagaimanapun masih belum menentukan venue untuk final Piala FA 2014 yang dijangka berlangsung pada 7 Jun.

♥♡♥SARAWAK IBUPERTIWIKU♥♡♥

★GM★

PENYOKONG SARAWAK DIIKTIRAF TERBAIK

Sumber Rujukan: Utusan Borneo Online

KUCHING: Presiden Per­satuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman melahirkan rasa bangga dengan penyokong Sarawak yang diiktirafkan sebagai antara yang terbaik di Malaysia.
    Katanya, semangat yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong Sarawak men­jadi inspirasi kepada pasukan Ngap Sayot sepanjang saingan musim ini dan beliau berharap akan berterusan pada musim depan.“Memang sukar hendak me­lihat penyokong-penyokong yang cukup setia seperti penyokong kita di negara ini.
    “Saya berasa sangat bangga dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peminat setia pasukan Sarawak dan penyokong-penyokong, justeru saya berharap mereka (penyokong) akan terus ber­juang bersama-sama pasukan Sarawak sampai bila-bila.“Bagi pihak FAS, kita akan terus berusaha memastikan pasukan Sarawak melakar lebih banyak kejayaan se­lepas ini,” katanya di sini semalam.Sudarsono juga berharap pasukan Sarawak yang ba­haru dibentuk akan memberi cabaran terbaik pada saingan Liga Super 2014 nanti.
     “Ini adalah era baharu bagi Sarawak dan saya percaya kita sedang di kemuncak kegemilangan sejak mula melibatkan diri dalam kejo­hanan berprestij pada 1980-an,” katanya. Menurutnya, jualan tiket dan produk Ngap Sayot yang sentiasa laris setiap kali per­lawanan berlangsung menjadi penanda aras bahawa Sarawak mempunyai penyokong te­gar yang wajar mendapat pujian.
      “Saya tahu para penyokong tidak sabar untuk menunggu musim 2014 bermula. Just­eru, saya juga berperasaan begitu dan berharap musim depan akan memberi lebih banyak kejayaan buat kita,” katanya. Sarawak kembali ke kancah Liga Super setelah menjuarai Liga Perdana 2013 dengan rekod tanpa kalah.
     “Para pemain juga tid­ak sabar untuk memulakan musim baharu setelah berehat selama tiga minggu. “Saya yakin, gabungan pemain lama dan baharu ini cukup mantap untuk mem­bawa kita ke mercu kejayaan musim depan,” jelas Sudar­sono.

Liga Super 2014 akan ber­mula pada 18 Januari tahun depan.

Created by,
     GM