LIMBANG: Belum pun reda isu Pengurus Johor Darul Ta’zim II, On Jabar
menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman selepas tamat perlawanan
antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang
(MPPG), Limbang dikejutkan dengan insiden sama apabila salah seorang
pemain menumbuk muka pengadil pada Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah
Peringkat Negeri Sarawak Zon Utara di sini petang Sabtu lalu.
Insiden
menggemparkan itu menyebabkan pengadil berkenaan mengalami kecederaan
di ba- hagian muka dan menerima dua jahitan dan kes berkenaan masih
dalam siasatan polis.
Selain itu, segelintir peminat turut
mendakwa pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila terdapat
beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan berkenaan.
Pengerusi
Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Dr Abdul Rahman Ismail melahirkan
perasaan terkejut sebaik dimaklumkan insiden memalukan itu semalam.
Katanya,
faktor terlalu mengikut emosi dan ghairah untuk mencapai kemenangan
menyebabkan pemain berkenaan bertindak melulu sehingga menumbuk muka
pengadil.
“Kita faham banyak pasukan baharu menyertai kejohanan
itu dan mereka terlalu terbawabawa dengan emosi sehingga mencetuskan
insiden yang tidak diingini,” katanya di sini semalam.
Dr Abdul
Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota mahu ketua
dan pengurus pasukan agar dapat memberi taklimat dan nasihat kepada
anak-anak buah masing- masing pada masa akan datang bagi mengelak
‘pisang berbuah dua kali’.
Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah
yang berlangsung di Kompleks Sukan Limbang hujung minggu lalu dianjurkan
Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Bahagian Limbang dan LFA turut
bekerjasama membantu kejohanan itu dari segi teknikal.
Dr Abdul
Rahman berkata, LFA bersedia membantu dan bekerjasama dengan penganjur
jika diminta berhubung insiden berkenaan yang kini masih dalam siasatan
polis.
Katanya, LFA akan bertindak tegas bagi mengelak insiden sama berulang pada Liga Limbang akan datang.
“Kita
tidak teragak-agak mengambil tindakan dan siasatan melalui Lembaga
Disiplin terhadap mereka yang mencetuskan sebarang insiden yang tidak dingini jika berlaku pada kejohanan yang dianjurkan LFA (Liga Limbang).
“Siasatan
menyeluruh juga dijalankan termasuk terhadap pengadil yang dikatakan
‘berat sebelah’ sekiranya perkara itu berlaku pada Liga Limbang 2014
nanti,” jelasnya.
LFA juga akan memberi taklimat kepada semua
pengurus, jurulatih dan termasuk pengadil bagi memastikan mereka
menjalankan tugas seadil-adilnya dalam Liga Limbang.
“Kita memberi
jaminan akan memastikan Liga Limbang 2014 berjalan dengan bersih bagi
mengelak insiden sedemikian mencemarkan liga sekali gus industri bola
sepak tempatan.
“Ini termasuk menyingkirkan pasukan yang mencetuskan masalah dan tidak terkawal,” katanya.
No comments:
Post a Comment