KANGAR, PERLIS: Lagu ‘Ibu Pertiwiku’ bergema buat julung kalinya di
bumi Perlis Indera Kayangan apabila skuad skuasy Sarawak berjaya
menggondol pingat emas pertama semalam.
Pemain perseorangan
lelaki, Sanjay Singh Chal menamatkan penantian emas Sarawak pada hari
ketiga temasya SUKMA XVII setelah menundukkan pemain Kelantan, Mohd
Syafiq Mohd Kamal dengan 3-1 (11-4, 11-6, 10-12, 12-10) di Kompleks
Skuasy (NSC) Kangar di sini.
Gangsa milik atlet Selangor, M u –
hammad Addeen Idrakie Bahtiar yang menewaskan Muhammad Hannan Mohamad
Tarmidi dari Negeri Sembilan juga dengan 3-1 (11-8, 11-5, 9- 11, 11-4).
“Saya
berasa sangat gembira kerana berjaya menyumbang emas pertama buat
kontinjen Sarawak hari ini (semalam),” kata Sanjay kepada media di sini
semalam.
“Kejayaan ini sangat bermakna kerana merupakan SUKMA terakhir bagi saya,” katanya.
Sanjay
yang juga pemenang pingat perak pada SUKMA 2012 di Pahang berkata,
beliau menerima tentangan yang cukup sengit daripada Mohd Syafiq yang
juga pemain remaja nombor satu negara ketika ini.
“Saya mengusai permainan pada dua set pertama dan langsung tidak memberi peluang kepada Syafiq.
“Bagaimanapun,
pada set ketiga saya mula hilang fokus dan memberi peluang kepada lawan
untuk mengusai permainan,” jelas atlet kebangsaan yang menduduki
ranking keenam negara itu.
Prestasi tidak menentu Sanjay berterusan pada set keempat hingga menyaksikan beliau ketinggalan 10-6 pada satu ketika.
“Saya hampir mengaku kalah pada set keempat , namun berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan tersebut.
“Saat
itu, fokus saya agak terganggu namun semangat untuk menang tetap
membara kerana saya yakin saya lebih baik daripada pemain lawan,”
katanya.
Skuad skuasy Sarawak masih berpeluang menambah pungutan emas kedua apabila turun dalam saingan berpasukan lelaki petang ini.
Mereka merupakan juara bertahan dalam acara tersebut pada SUKMA XV di Pahang dua tahun lalu.
Sehubungan
itu, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin merakamkan tahniah kepada
Sanjay setelah menghadiahkan emas pertama dalam acara skuasy untuk
kontinjen Sarawak semalam.
“Ini merupakan emas pertama kita
setakat ini dan saya berharap akan membawa kepada lebih banyak pungutan
pingat selepas ini,” jelasnya.
Bagaimanapun, Lee menjelaskan
kontinjen Sarawak kali ini berdepan beberapa masalah yang sukar diramal
hingga menjejaskan peluang mereka untuk meraih pingat emas.
“Atlet kita berdepan beberap masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kecederaan dan kesakitan.
“Masalah
seperti ini memang sukar untuk diduga dan perlu kita hadapi. Namun,
saya tetap berharap kita berjaya mencapai sasaran yang telah
ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, Lee meminta agar pengurus-
pengurus pasukan memantau kesihatan para atlet yang bertanding pada
temasya SUKMA XVII di sini.
“Semua pengurus pasukan perlu memantau
dan memastikan kesihatan para atlet terjaga. Ini penting kerana masalah
kesihatan akan menjejaskan prestasi mereka dan peluang kita untuk
memenangi pingat,” katanya semasa melawat Kompleks Skuasy (NSC) Kangar,
di sini semalam.
Menurut Lee, pihaknya mendapat laporan terdapat segelintir atlet yang mengadu mengalami masalah tidur.
“Kita
perlu mengambil tindakan dengan segera jika ada atlet-atlet mengadu
masalah seperti itu. Contohnya, kita boleh memindahkan mereka ke tempat
yang lebih selesa,” katanya.
Lee berkata, adalah penting
memastikan semua atlet sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selesa
bertujuan mengua tka n fokus dan prestasi mereka sebelum bertanding.
No comments:
Post a Comment