Pemain pertahanan Sarawak itu bakal diturunkan pada aksi menentang Sime Darby Sabtu ini
KUCHING:
Pemain pertahanan Gabor Gyepes membawa khabar gembira buat Sarawak
setelah dilaporkan dapat diturunkan pada perlawanan menentang KL Sime
Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu ini.
Pengendali
Sarawak Robert Alberts berkata, bek tengahnya itu akan kembali beraksi
setelah direhatkan selama tiga minggu akibat kecederaan ‘harm-string’
ketika perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini pada
16 April lalu.“Keputusan MRI Gabor semalam menunjukkan petanda positif dan beliau akan kembali menyertai sesi latihan hari ini.
“Keadaannya
nampak baik dan saya yakin beliau dapat ditu runkan jika tiada sebarang
masalah berlaku semasa latihan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam. Penyertaan
semula Gabor dalam kesebelasan utama Sarawak nyata berita gembira buat
Alberts yang amat memerlukan khidmat pemain kelahiran Hungary itu.
“Gabor
memainkan peranan yang sangat penting dalam skuad. Ketinggian dan
kemahiran yang dimiliknya juga menyumbang kepada beberapa kemenangan
kita sebelum ini.” Alberts sebelumnya agak resah setelah pemain
itu terpaksa direhatkan dalam tempoh yang agak lama ketika Sarawak bakal
berdepan beberapa perlawanan penting dalam saingan Liga Super.
Namun, beliau bingkas menyatakan rasa yakinnya terhadap barisan pertahanan sedia ada untuk memikul tanggungjawab tersebut. “Kita
masih memiliki Ronny Harun, Hairol Mokhtar, Rames Lai Ban Huat dan
Mafry Balang. Malah Dzulazlan Ibrahim juga telah kembali dan menunjukkan
peningkatan yang sangat baik.
“Namun ia satu kelebihan jika Gabor
dapat kembali beraksi untuk memperkuatkan benteng pertahanan. Saya
yakin peminat juga pasti mahu melihat beliau kembali beraksi,” tambah
Alberts.
Sarawak bakal turun tanpa khidmat Junior Eldstal yang digantung perlawanan setelah mengutip tiga kad kuning.
Mereka
berada di tangga kelima Liga Super dengan mengumpul 22 mata setelah
mencatat tujuh kemenangan, sekali seri dan enam kekalahan dari 14
perlawanan.
No comments:
Post a Comment