Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Salam tigabelas semua...

Sarawak berkunjung ke Perak tanpa kelibat beberapa pemain tonggak akibat kecederaan
KUCHING:
Pengendali Sarawak Robert Alberts mengingatkan anak-anak buahnya agar
tidak terlalu memandang rendah keupayaan skuad tercorot Liga Super,
Perak menjelang pertemuan mereka di Stadium Perak malam ini.
Tegasnya, berdasarkan rekod lepas skuad Seladang yang pernah mencipta kejutan dengan menundukkan beberapa pasukan gergasi.
Justeru
, Alberts mahu pemainnya agar lebih berhati-hati kerana beliau
menjangkakan perancangan istimewa bakal dihidangkan oleh anak-anak buah
Abu Bakar Fadzim bagi memastikan mereka tidak keciciran mata di laman
sendiri.
Tambahnya , sasaran untuk keluar dari zon penyingkiran
akan menyemarakkan lagi semangat pemain Perak untuk meraih kemenangan
pada pertemuan malam ini.
“Kita tetap hormat dengan keupayaan Perak namun itu tidak bermakna kita akan mensiasiakan peluang untuk memburu kemenangan.
“Cuma saya mahu pemain akan lebih berhati-hati dan fokus kerana pihak lawan pastinya tidak memberi laluan mudah,” katanya.
Alberts
juga mahu pemainnya agar merantai pergerakan dua penyerang import
Perak, Milan Purovi dan Abdulafees Abdulsalam yang mampu menghadirkan
masalah kepada pertahanan Sarawak.
Sarawak akan berkunjung ke
Stadium Perak dalam keadaan pincang tanpa khidmat kapten Joseph Kalang
Tie, Rashid Aya, Ronny Harun dan penjaga gol utama Fadzley Rahim.
Turut diketepikan pemain pertahanan Gabor Gyepes yang masih dilanda kecederaan. Begitupun Alberts tetap menaruh keyakinan skuad sedia ada mampu menggalas misi untuk membawa pulang tiga mata penuh.
No comments:
Post a Comment