KUCHING: Pertukaran pertahanan kental, Gabor Gyepes pada pertengahan
separuh masa pertama akibat kecederaan ternyata menyebabkan benteng
pertahanan Sarawak agak kucar-kacir sekali gus membolehkan Sime Darby FC
menjaringkan tiga gol.
Ketiga-tiga gol pasukan dikendalikan
Ismail Zakeria itu dihasilkan menerusi kerapuhan benteng pertahanan
menyaksikan Sarawak tewas 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang,
malam kelmarin.
Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts mengakui
kerapuhan benteng pertahanan menyebabkan pasukannya pulang dengan tangan
kosong biarpun mendahuli 2-0. Selepas Gabor dikeluarkan, Ronny
Harun yang pada mulanya bermain sebagai ‘defensive midfield’ terpaksa
bertindak sebagai pertahanan tengah.
“Ini menyebabkan pasukan kita agak goyak terutama di barisan pertahanan. “Kita
boleh lihat ketigatiga jaringan pasukan lawan (Sime Darby FC) tercetus
akibat kelpaan benteng pertahanan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau
berkata, selepas Sime Darby FC menjaringkan gol pertama pemain
seakan-akan hilang momentum menyerang seperti yang dipamerkan pada awal
perlawanan.
“Pemain tidak bermain seperti yang diharapkan. Kita
menguasai perlawanan dari awal namun momentum serangan hilang selepas
pasukan lawan menjaringkan gol pertama,” ujarnya.
Dalam perlawanan
itu, Sarawak memperolehi gol pertama pada minit ketujuh selepas pemain
Sime Darby FC tertampan bola ke gawang sendiri apabila terkena ledakan S
Chanturu.
Pasukan tuan rumah berusaha mencari gol penyamaan kemudian dikejutkan dengan jaringan Ryan Griffiths pada minit ke-21.
Sime
Darby FC ketinggalan dua jaringan mengubah rentak permainan dan usaha
pasukan tuan rumah berhasil apabila pemain importnya, Dilshod
Sharofatdinov pada minit ke-29 dan masa kecederaan separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua Sarawak berusaha mencari gol kemenangan menerusi gandingan Muamer Salibasic dan Griffiths.
Sebaliknya, tuan rumah menjaringkan gol kemenangan menerusi Mohd Syukur Saidin pada minit-84.
Sementara itu, Alberts berkata tahap kecederaan yang dialami Gabor yang akan diketahui hari ini.
“Gabor akan melakukan pemeriksaan esok (Isnin) untuk mengetahui sama ada kecederaan dialaminya serius atau tidak,” jelasnya.
Sarawak akan menanti kunjungan PKNS FC pada 16 Mei di Stadium Negeri di sini.
No comments:
Post a Comment