Friday, May 30, 2014

"Sudah Tiba Masanya Generasi Muda Borneo Bangkit dan Bersatu!"

Salam District Tigabelas...


Salam Perpaduan, Salam 1Borneo, Salam Perjuangan buat semua Generasi Y Bangsa Borneo... Di sini, Sarawak Football Supporters (SFS) ingin mengambil kesempatan peluang untuk menyahut "Kempen Kesedaran Bangsa Borneo" yang dianjurkan oleh pihak UVSB untuk tempoh enam bulan ini sehingga 16 September 2014.

"Sudah Tiba Masanya Kita Bersatu Padu Bangkit untuk MENUNTUT HAK-HAK BANGSA BORNEO! Tanpa melihat daripada sudut etnik/suku kaum, agama dan fahaman politik... KITA MESTI ketepikan semua itu... KITA BERGABUNG DAN BERSATU UNTUK HAK KITA, Bangsa Negeri SARAWAK dan Negeri SABAH!"
Marilah kita bersatu untuk menuntut hak-hak orang (BORNEO)!
"Kamek orang Bangsa BORNEO, bukan sik suka dengan malaya, kamek orang Bangsa BORNEO bukan bencik dengan malaya. 
Tetapi kamek orang sik suka dan kamek orang bencik ngan sesetengah orang disinun (bukan semua) sebab MENIPU, MENGKHIANATI Bangsa BORNEO, SIK menghormati MA63 dan 18 & 20 PERKARA."
SFS Bangsa Negeri Sarawak. Sikda sorang pun yang menyuruh dan memaksa SFS untuk BANGKIT BERJUANG DAN BERSUARA UNTUK BERSATU DEMI BANGSA BORNEO, NEGERI SARAWAK DAN NEGERI SABAH! Kerana SFS TELAH SEDAR akan hak-hak kamek orang yang selamak tok SIK DIHORMATI DAN YANG LEBIH MENYEDIHKAN LAGI APABILA IA DIHINA DAN DIKHIANATI! Dan SFS sedar akan keadaan sekarang bahawa rakyat Bangsa Borneo, Bangsa Negeri Sarawak dan Negeri Sabah HARUS dan MESTI SEDAR untuk BERSATU dalam menuntut hak-hak kitak orang. Diatlah masalah sosial di Negara kita kinektok yang semakin meningkat seperti kes-kes jenayah (merogol, merompak, membunuh, etc) serta yang lebih serius lagi apabila ia melibatkan kes "Pendatang Tanpa Izin, Pendatang Dengan Izin atau kedua-duanya sekali" semakin membimbangkan kamek orang.

Diatlah Generasi Muda Bangsa Borneo, Bangsa Negeri Sarawak dan Negara Sabah... Janganlah kitak orang semua leka dan sik peduli akan isu semasa terutama sekali sukan atau isu yang berkaitan ngan (Sarawak dan Sabah), pasti dan pasti seringkali dianaktirikan atau diperlekehkan (sesetengah manusia). Itupun kalau ada hanyalah sementara ataupun lebih WOW agik bila SHOW di Sarawak/Sabah pasti dan pasti ditayangkan umat yang pakey CAWAT, umat yang diam dalam UTAN dan sebageynya. 
 
Persoalannya, Apa HINA sangatkah kamek orang? Sikda perbangunankah kamek orang disitok? Buka MATA, Buka HATI. Jangan kerna nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan pulak diibaratkan seperti 'Katak Dibawah Tempurung'. Kami Sarawak/Sabah sik kesah biar apa orang kata, yang UTAMA... JANGAN HINA KAMI, MAIN SENSITIVITI RAKYAT KAMI!
Oleh itu, SFS ingin menyeru dan merayu kepada semua Generasi Muda Bangsa Borneo, Bangsa Negeri Sarawak dan Negeri Sabah... Marilah kita bersama-sama Bersatu, Bekerjasama, Bangkit dan Berjalan bersama-sama sebagai SEORANG PEJUANG BANGSA BORNEO! 
Borneo Adalah Tanah Air Kita,
Bersama Kita Semua Bangsa Borneo,
Darah Tumpah Tanah Air kita yang tercinta,

Pemuda Pemudi,
Semua Marilah,
Bangunlah Bersatu Semua,

Marilah Bersama Serta Maju Jaya,
Merdeka Sepanjang Masa,
Bersatu Segala Bangsa  Borneo,
Borneo Bangsa Merdeka Sepanjang Masa...
Jika kitak orang Bangsa Asli Borneo kitak orang PASTI akan sayang dengan Negeri Sarawak dan Negeri Sabah. Kitak orang PASTI rela tanpa paksaan untuk menyertai perjuangan tok kerana cinta dan kasih sayang terhadap Negeri Sarawak dan Sabah tok SIK TERHINGGA. Sikda orang lain gik yang dapat nolong kita mun sik bukan kita Generasi Muda! Siapa gik mun sik bukan kita?  SFS berbangga dan sangat bersyukur kerna dah rami Generasi Muda Bangsa Borneo sedang, sudah dan telah SEDAR, BANGKIT dan BERANI bersora dan punya semangat sayangkan Negeri Sarawak dan Negeri Sabah yang TERCINTA TOK!

SARAWAK FOR SARAWAKIAN || SABAH FOR SABAHAN
BORNEO FOR BORNEO.
"KEBENARAN, KESEDARAN, KEBERANIAN, KEBANGKITAN dan NASIONALISME bersama kitak orang Generasi muda Bangsa Borneo!
Anda TIDAK Bersendirian"
 
(C) UVSB

Ngap Sayot Garang Di Arena Akuatik

KANGAR, PERLIS: Sarawak memberi amaran awal kepada pencabar lain di arena akuatik apabila berjaya menggondol dua emas, dua perak dan satu gangsa pada hari pertama di Kompleks Renang (KSN), Kangar semalam.

Emas disumbangkan oleh Erika Kong Chia Chia dalam acara 400m Rampaian Perseorangan wanita dengan mencatat masa terpantas 05:01.91s.

Selangor di tempat kedua (05:05.87s) dan gangsa milik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (05:09.63).

Emas kedua disumbangkan oleh Angela Chieng Chui Fei yang bersaing dalam acara 200m Kuak Kupu-Kupu.

Olahragawati Harapan MSNS 2011-2012 itu mencatat 02:20.59s, meninggalkan perenang Selangor di tempat kedua dengan catatan masa 02:21.16s dan Sabah di tempat ketiga (02:25.20).

Dalam acara 400m Rampaian Perseorangan lelaki, perenang Sarawak Alex Tiong Sie Hung merangkul perak dengan catatan masa 04:40.63s.

Beliau tewas di tangan perenang Wilayah Persekutuan yang mencatat masa terbaik 04:39.70s manakala gangsa disandang atlet Johor dengan catatan masa 04:42.30s.

Sarawak turut mengutip perak dalam acara 200m Kuak Kupu-Kupu setelah Vernon Lee Jeau Zhi tewas di tangan perenang Wilayah Persekutuan yang merekod masa terpantas 02:05.97s untuk emas. Vernon mencatat masa 02:06.87s untuk menewaskan seorang lagi perenang Wilayah Persekutuan yang mencetak 02:08.21s bagi menggondol gangsa.

Arena terjun pula menghadiahkan gangsa pertama buat Sarawak menerus gandingan Enrique Maccartney Harold dan Leo Ah Boon Daniel.

Mereka mengutip mata keseluruhan 245.01, manakala penerjun dari Perak yang mengutip 303.78 memenangi emas dan gangsa milik Selangor dengan markah 263.91.

Credit Post: Borneo Post Online

Thursday, May 29, 2014

'Langkah Emas' Pendekar Sarawak

 

KANGAR, PERLIS: Pendekar Sarawak menyapu dua emas pada perlawanan akhir silat seni yang berlangsung di Dewan Rakan Sukan, Kompleks Sukan Negeri, Kangar malam kelmarin. Emas pertama disumbang Mohd Firdaus Rahmat dalam acara Solo Jurus Tunggal Putra setelah beliau mengutip markah tertinggi sebanyak 445.

Pesilat Selangor Muhammad Irzad Amier yang mengutip 443 markah meraih perak manakala Kedah menerusi Muhammad Azammuddin menggondol gangsa setelah mencatat 438 markah. Malam cemerlang Sarawak diteruskan dengan pungutan emas kedua dalam acara Jurus Wajib Putri (Regu).

Gandingan pesilat dari Kapit, Farrah Hannim Ismail, Rita Langat dan Christy Sherry Anthony Paing memastikan Sarawak gah selaku johan setelah mengutip 443 markah. Perak dirangkul Fatin Fazliyana, Nik Nur Dalila dan Nur Hidayah dari Terengganu yang meraih 440 markah.

Sementara pesilat Johor Afiqah, Hurun Aqilah dan Noor Hidayah berpuas hati dengan gangsa setelah mengutp 426 markah. Kejayaan itu memastikan skuad silat Sarawak berjaya mencapai sasaran dua emas dalam acara silat seni, demikian menurut Ketua Jurulatih Hussein Zawawi semalam.

“Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan pencapaian dua pingat emas menerusi acara silat seni. “Ianya bukan mudah kerana pesilat kita berdepan ramai pencabar yang tidak kurang hebatnya dari negeri lain,” katanya.

Menurut Hussein, Sarawak hanya menyertai lima dari lapan acara yang dipertandingkan, sekali gus menghadkan peluang untuk merangkul emas. “Namun saya cukup berbangga kerana dari lima acara yang disertai kita berjaya membawa pulang dua pingat emas.”

Hussein menambah kejayaan meraih dua pingat emas itu juga berjaya memecah rekod yang dicapai pada SUKMA 2012 di Pahang di mana Sarawak hanya meraih satu emas dan lima gangsa.

Katanya, skuad silat masih berpeluang mencapai sasaran empat pingat apabila dua lagi pesilat, Muhammad Hafiz Remmy Iskandar dan Olivia Chong akan turun dalam acara akhir olahraga (wiralaga) lelaki dan wanita hari ini.

Wednesday, May 28, 2014

Out Of Topik: ‘Ibu Pertiwiku’ Bergema Akhirnya

 
KANGAR, PERLIS: Lagu ‘Ibu Pertiwiku’ bergema buat julung kalinya di bumi Perlis Indera Kayangan apabila skuad skuasy Sarawak berjaya menggondol pingat emas pertama semalam.

Pemain perseorangan lelaki, Sanjay Singh Chal menamatkan penantian emas Sarawak pada hari ketiga temasya SUKMA XVII setelah menundukkan pemain Kelantan, Mohd Syafiq Mohd Kamal dengan 3-1 (11-4, 11-6, 10-12, 12-10) di Kompleks Skuasy (NSC) Kangar di sini.

Gangsa milik atlet Selangor, M u – hammad Addeen Idrakie Bahtiar yang menewaskan Muhammad Hannan Mohamad Tarmidi dari Negeri Sembilan juga dengan 3-1 (11-8, 11-5, 9- 11, 11-4).

“Saya berasa sangat gembira kerana berjaya menyumbang emas pertama buat kontinjen Sarawak hari ini (semalam),” kata Sanjay kepada media di sini semalam.

“Kejayaan ini sangat bermakna kerana merupakan SUKMA terakhir bagi saya,” katanya.
Sanjay yang juga pemenang pingat perak pada SUKMA 2012 di Pahang berkata, beliau menerima tentangan yang cukup sengit daripada Mohd Syafiq yang juga pemain remaja nombor satu negara ketika ini.

“Saya mengusai permainan pada dua set pertama dan langsung tidak memberi peluang kepada Syafiq.

“Bagaimanapun, pada set ketiga saya mula hilang fokus dan memberi peluang kepada lawan untuk mengusai permainan,” jelas atlet kebangsaan yang menduduki ranking keenam negara itu.

Prestasi tidak menentu Sanjay berterusan pada set keempat hingga menyaksikan beliau ketinggalan 10-6 pada satu ketika.

“Saya hampir mengaku kalah pada set keempat , namun berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan tersebut.

“Saat itu, fokus saya agak terganggu namun semangat untuk menang tetap membara kerana saya yakin saya lebih baik daripada pemain lawan,” katanya.

Skuad skuasy Sarawak masih berpeluang menambah pungutan emas kedua apabila turun dalam saingan berpasukan lelaki petang ini.

Mereka merupakan juara bertahan dalam acara tersebut pada SUKMA XV di Pahang dua tahun lalu.
Sehubungan itu, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin merakamkan tahniah kepada Sanjay setelah menghadiahkan emas pertama dalam acara skuasy untuk kontinjen Sarawak semalam.

“Ini merupakan emas pertama kita setakat ini dan saya berharap akan membawa kepada lebih banyak pungutan pingat selepas ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, Lee menjelaskan kontinjen Sarawak kali ini berdepan beberapa masalah yang sukar diramal hingga menjejaskan peluang mereka untuk meraih pingat emas.

“Atlet kita berdepan beberap masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kecederaan dan kesakitan.
“Masalah seperti ini memang sukar untuk diduga dan perlu kita hadapi. Namun, saya tetap berharap kita berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Lee meminta agar pengurus- pengurus pasukan memantau kesihatan para atlet yang bertanding pada temasya SUKMA XVII di sini.

“Semua pengurus pasukan perlu memantau dan memastikan kesihatan para atlet terjaga. Ini penting kerana masalah kesihatan akan menjejaskan prestasi mereka dan peluang kita untuk memenangi pingat,” katanya semasa melawat Kompleks Skuasy (NSC) Kangar, di sini semalam.

Menurut Lee, pihaknya mendapat laporan terdapat segelintir atlet yang mengadu mengalami masalah tidur.

“Kita perlu mengambil tindakan dengan segera jika ada atlet-atlet mengadu masalah seperti itu. Contohnya, kita boleh memindahkan mereka ke tempat yang lebih selesa,” katanya.

Lee berkata, adalah penting memastikan semua atlet sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selesa bertujuan mengua tka n fokus dan prestasi mereka sebelum bertanding.

Tuesday, May 27, 2014

Pendekar Kita Menempah Slot Ke Pusingan Akhir



PERLIS: Pendekar Sarawak menempah slot ke pusingan akhir acara silat seni setelah berjaya memukau barisan pengadil pada pusingan awal yang berlangsung di Dewan Rakan Sukan, Kompleks Sukan Negeri, Kangar di sini semalam.

Mohd Firdaus Rahmat berpeluang meraih dua emas setelah melayakkan diri dalam perlawanan akhir bagi dua kategori iaitu Tunggal Putera dan Solo Bebas Putra.

Manakala gandingan Rita Langat, Christy Cherry dan Farrah Hanim mengintai kilauan emas dalam acara akhir Regu Puteri yang akan berlangsung malam ini.

Ketua Jurulatihnya, Hussien Zawawi gembira setelah melihat anak-anak buahnya melangkah ke pusingan akhir berkata inilah peluang terbaik bagi pesilat Sarawak meraih emas dalam acara masingmasing.

“Saya yakin pesilat kita mampu meraih emas dari salah satu kategori tersebut,” katanya.
Bagaimanapun, beliau agak kecewa beberapa pesilatnya seperti Wan Abdul Hamid Wan Harul, Mohd Hazraai Baharuddin, Mohd Safwan Abdul Nasir (Regu Putera) selain Vanessa Sylvia Kenawang (Tunggal Puteri) kandas pada pusingan awal.

Sementara itu, Sarawak gagal memanfaatkan peluang melangkah awal ke pusingan suku akhir acara bola sepak apabila dikejutkan Sabah 0-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A di Padang Rani, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, di sini semalam.

Gol Sabah dijaringkan oleh Maxsius Musa pada minit ke-87 untuk menghidupkan peluang mereka mara ke peringkat seterusnya. Sarawak mengasak kubu Sabah sebaik perlawanan bermula namun sering dikecewakan oleh barisan pertahanan lawan yang bertindak cemerlang.

Pada separuh masa kedua, Sarawak menggandakan asakan dan memiliki deretan peluang keemasan yang gagal disudahkan dengan kemas oleh barisan penyerang. Tatkala permainan hampir berkesudahan seri tanpa jaringan, muncul Maxsius meranapkan impian Sarawak untuk meraih satu mata.

Beliau mudah menolak bola ke gawang Sarawak setelah penjaga gol Florian Rison Laes gagal mengeluarkan dengan kemas ledakan dari jauh penyerang Sabah. Ketua Jurulatihnya, Johnny Dominicus tetap memuji persembahan anak-anak buahnya sekalipun tewas mengejut.

“Kita bermain dengan baik dan memiliki beberapa peluang terbaik untuk mencipta jaringan namun tidak bernasib baik. “Saya tetap berpuas hati dengan persembahan pemain kerana kita telah menunjukkan permainan yang menarik,” katanya di sini semalam.

Menurut Johnny, beliau yakin anak-anak buahnya masih berpeluang mara ke suku akhir namun perlu menewaskan tuan rumah Perlis esok.

 Sarawak masih menduduki tangga kedua dengan tiga mata di belakang Perlis yang selesa dengan enam mata setelah menewaskan Pahang 2-0.

Friday, May 23, 2014

BERHATI-HATI DAN FOKUS-RA

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Salam tigabelas semua... 

 
 Sarawak berkunjung ke Perak tanpa kelibat beberapa pemain tonggak akibat kecederaan

KUCHING: Pengendali Sarawak Robert Alberts mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak terlalu memandang rendah keupayaan skuad tercorot Liga Super, Perak menjelang pertemuan mereka di Stadium Perak malam ini.

Tegasnya, berdasarkan rekod lepas skuad Seladang yang pernah mencipta kejutan dengan menundukkan beberapa pasukan gergasi.

Justeru , Alberts mahu pemainnya agar lebih berhati-hati kerana beliau menjangkakan perancangan istimewa bakal dihidangkan oleh anak-anak buah Abu Bakar Fadzim bagi memastikan mereka tidak keciciran mata di laman sendiri.

Tambahnya , sasaran untuk keluar dari zon penyingkiran akan menyemarakkan lagi semangat pemain Perak untuk meraih kemenangan pada pertemuan malam ini.

“Kita tetap hormat dengan keupayaan Perak namun itu tidak bermakna kita akan mensiasiakan peluang untuk memburu kemenangan.

“Cuma saya mahu pemain akan lebih berhati-hati dan fokus kerana pihak lawan pastinya tidak memberi laluan mudah,” katanya.

Alberts juga mahu pemainnya agar merantai pergerakan dua penyerang import Perak, Milan Purovi dan Abdulafees Abdulsalam yang mampu menghadirkan masalah kepada pertahanan Sarawak.

Sarawak akan berkunjung ke Stadium Perak dalam keadaan pincang tanpa khidmat kapten Joseph Kalang Tie, Rashid Aya, Ronny Harun dan penjaga gol utama Fadzley Rahim.

Turut diketepikan pemain pertahanan Gabor Gyepes yang masih dilanda kecederaan. Begitupun Alberts tetap menaruh keyakinan skuad sedia ada mampu menggalas misi untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Wednesday, May 21, 2014

MISI MEMBURU KELOMPOK TIGA TERATAS

Assalamualaikum...

Khabar semua kitak orang di District 13 Sihat? Admin SFS harap kitak orang semua sihat2 belaka okey. Pa cerita kitak orang tek? Ada yang dah tempah tiket untuk AWAY day? Rasa2nya semua dah ada tiket belon rah tangan endak giya owww...

Untuk kitak2 yang mok gi AWAYDAY, Admin SFS berik nasihat supaya berhati2 gi tempat orang. Kitak orang dah wakil Sarawak, ngembak nama Sarawak. Bait kitak orang ngembaknya, baitlah nama Sarawak kita. Jaga budi bahasa bila ditempat orang ok..

Berbalit kita ngan topik ritok tek. "Misi Memburu Kelompok Tiga Teratas". Admin mok nanyak, adakah team kesayangan kita berjaya mempertahankan #misimenang&menang untuk pengakhiran setiap kali lawan di AWAYDAY? Ya untuk AWAYDAY, Giney ngan HOMEDAY? Ada 3 baki game yang SANGAT PENTING & team lawan di HOME pun bukan calang2 lawan. Terengganu PBDKT T-Team pada 10/06/2014(Tuesday), Pahang 17/06/2014(Tuesday) & JDT 25/06/2014(Wednesday). Semua game hari bekerja. Memang terbaiklah percaturan FAM kat FAS.


Sekarang kitak diat, Sarawak berada dikedudukan yang bagus setakat tok. Kedudukan terkini Sarawak di tempat ke-5 dengan mengumpul mata 25. So, untuk kekal dalam kedudukan Top 5 or Top 3, team kesayangan kita mesti menang or seri ajak. Mun kalah abis cerita. Mun bagus agik team kita molah kemenangan demi kemenangan. Tapi, giney2pun bola tetap bulat. Kalah Menang kita sik tauk. Apa yang paling penting sekali, Kerjasama berpasukan, main kacak di padang ya cukup untuk kepuasan kita di Sarawak Football Supporters toi sik? Berikut adalah kedudukan Sarawak terkini Liga Super 2014 setelah 16 perlawanan dengan mengumpul 25 mata.

Akhir sekali..
Admin SFS berharap KEAJAIBAN berlaku untuk Liga Super 2014 tok. Untuk mencapai memperolehi Keajaiban ya, kita sebagai Penyokong Bolasepak Sarawak HARUS lah sentiasa mendoakan KEMENANGAN Sarawak.


Sigek gik Admin SFS berharap agar Penjaga Gol No.1 kita FADZLEY menjaga tiang gol sebaik2 mungkin. #respectfadzley. Pertahanan kita harus diperbaiki juak disaat2 genting tok. midfield maok diatur juak..

Akhir sekali..Salammmm... jom makannnn...hihihih

Tuesday, May 20, 2014

Sarawak Hadapi 2 Misi Penting

Perlu menang untuk terus kekal selamat dalam saingan Liga Super 2014

KUCHING: Menentang Perak dan T-Team merupakan dua perlawanan penting untuk membolehkan Sarawak terus kekal selamat dalam saingan Liga Super musim ini. Ini ekoran empat perlawanan terakhir menyaksikan Sarawak melalui laluan getir menentang LionsXVII, Pahang, Selangor dan Johor DT.

Sehubungan itu, ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts berkata selepas menentang Perak dan T-Team, anakanak buahnya akan berdepan laluan berliku apabila menentang pasukan-pasukan kuat. Sarawak akan berdepan Lions XII pada 14 Jun depan di gelanggang lawan dan Pahang d i Stadium Negeri pada 17 Jun.

Kemudiannya menentang pasukan berstatus bintang, Johor DT pada 25 Jun depan. Alberts berharap anakanak buahnya dapat memperaga persembahan terbaik seperti dirancang ketika berdepan Perak, Jumaat ini di Ipoh dan T-Team pada 10 Jun depan di gelanggang sendiri.

“Saya yakin jika kita menang menentang Perak dan T-Team, peluang kita akan lebih selamat dalam saingan Liga Super. “Kita tidak boleh mempersiasiakan dua perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Perlawanan menentang Perak bakal menyaksikan Sarawak turun tanpa empat tonggak utama iaitu Fadzley Rahim, Joseph Kalang Tie, Mohd Rashid Aya dan Gabor Gyepes. Fadzley tidak dapat diturunkan kerana melangsungkan perkahwinan, Joseph dan Rashid digantung perlawanan manakala Gabor masih mengalami kecederaan.

“Ketiadaan empat tonggak ini memang merencatkan persiapan pasukan kita, namun kita mempunyai perancangan lain untuk memastikan kita beroleh kemenangan,” kata Alberts.

Monday, May 19, 2014

Penyokong ‘Serbu’ Ngap Sayot

Bintang bola sepak Sarawak hadir untuk memeriah pelancaran promosi Gawai Shell

KUCHING: Kehadiran bintang bola sepak Sarawak memeriahkan pelancaran Promosi Gawai Shell 2014 yang merupakan inisiatif Shell Malaysia.

Ia sejajar dengan komitmen syarikat terbabit bertemu pengguna jalan raya dengan ker jasama Lea Sports Centre, KFC dan Panasonic.

Lebih menarik, majlis pelancaran tersebut disempurnakan ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts berlangsung di pusat belibelah Sarawak Plaza, di sini semalam.

Orang ramai yang hadir turut tidak melepaskan peluang bergambar dan mendapatkan autograf para pemain Sarawak.

Menurut Pengurus Sokongan Operasi Runcit Shell, Akhramsyah Sanusi Hari Gawai Dayak tahun ini amat menarik kerana disambut ketika temasya Piala Dunia berlangsung.

“Kita bersama penaja lain akan membawa kemeriahan ini di stesen runcit menerusi Shell Gawai Promotion.

“Bermula 12 Mei hingga 31 Julai, sekiranya pelanggan belum menjadi ahli BonusLink, mereka boleh berbelanja di stesen Shell dan layak menyertai promosi ini,” katanya semalam.

Beliau berkata, pelbagai hadiah menarik ditawarkan sepanjang promosi berlangsung termasuk daripada Lea Sports Centre, KFC dan Panasonic.

Sepanjang promosi itu, pemegang kad BonusLink Shell akan menerima kupon membo l ehkan me r eka menebus RM30 untuk jersi bola sepak Sarawak tulen (RM149.90) atau RM15 jersi penyokong Sarawak (RM69.90) di mana-mana outlet Lea Sports Centre.

KFC juga menawarkan kupon diskaun ekslusif untuk Burger Zinger apabila berbelanja di stesen Shell di seluruh negeri ini dengan penjimatan sehingga RM11.40.

Pelbagai aktiviti dan permainan selain diskaun istemwa untuk Shell Lubricants juga ditawarkan dengan peserta bakal membawa pulang hadiah menarik.

Salibasic Balas Kepercayaan

Alberts luahkan rasa gembira penyerangnya itu mulai temui kembali sentuhan berbisa

KUCHING: Penyerang dari Bosnia Muamer Salibasic berada dalam kelas tersendiri ketika membantu Sarawak menundukkan Selangor PKNS 2-1 pada perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Negeri malam kelmarin.

Muamer menjaringkan gol kemenangan Ngap Sayot setelah menggelecek dua pemain lawan sebelum meledak kencang dari luar petak penalti untuk menewaskan penjaga gol Selangor PKNS Mohd Remezey Che Ros pada minit ke-84.

“Muamer telah membalas kepercayaan yang kita berikan kepadanya dengan membantu kita mencapai kemenangan yang cukup penting pada malam ini (malam kelmarin),” komen Ketua Jurulatih Sarawak Robert Alberts kelmarin.

“Saya cukup gembira melihat Muamer kembali menemui sentuhannya dan berharap beliau akan mengekalkan rentak cemerlang itu pada perlawanan seterusnya.”

Menurut Alberts, kemasukan Muamer yang menggantikan Hassan Mohamad pada separuh masa kedua jelas merubah corak permainan anak-anak buahnya.

“Beliau mempunyai kawalan serta pergerakan yang lebih baik dalam membantu merangka serangan-serangan yang lebih berkesan.

“Saya yakin, Muamer akan kembali dalam kesebelasan utama jika terus mempamerkan corak permainan seperti yang beliau tunjukkan pada malam ini,” tambahnya.

Jentera serangan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan pada separuh masa pertama menyaksikan banyak peluang terbaik gagal disudahkan dengan kemas.

Keresahan lebih 20,000 penyokong Sarawak akhirnya berakhir pada minit ke-57 menerusi jaringan pembukaan kapten pasukan Joseph Kalang setelah rembatannya terbias pertahanan Selangor PKNS sebelum menerjah ke gawang.

Selangor PKNS yang mempamerkan permainan bertenaga pada separuh masa pertama membalas dengan jaringan penyamaan menerusi kapten mereka Mohd Fauzan Dzulkifli pada minit ke-79.

Tatkala permainan seakan berakhir dengan keputusan seri, muncul Muamer dengan gerakan menarik sebelum meledak jaringan kedua bagi memastikan Sarawak mengutip tiga mata penuh di Stadium Negeri.

Sarawak kekal di tangga kelima Liga Super dengan 25 mata setelah mencatat lapan kemenangan, sekali seri dan tujuh kekalahan.

Mereka akan menentang Perak di Stadium Perak pada Jumaat depan (24 Mei).

Monday, May 12, 2014

Benteng Rapuh Punca Sarawak Kalah



KUCHING: Pertukaran pertahanan kental, Gabor Gyepes pada pertengahan separuh masa pertama akibat kecederaan ternyata menyebabkan benteng pertahanan Sarawak agak kucar-kacir sekali gus membolehkan Sime Darby FC menjaringkan tiga gol.

Ketiga-tiga gol pasukan dikendalikan Ismail Zakeria itu dihasilkan menerusi kerapuhan benteng pertahanan menyaksikan Sarawak tewas 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam kelmarin.

Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts mengakui kerapuhan benteng pertahanan menyebabkan pasukannya pulang dengan tangan kosong biarpun mendahuli 2-0. Selepas Gabor dikeluarkan, Ronny Harun yang pada mulanya bermain sebagai ‘defensive midfield’ terpaksa bertindak sebagai pertahanan tengah.

“Ini menyebabkan pasukan kita agak goyak terutama di barisan pertahanan. “Kita boleh lihat ketigatiga jaringan pasukan lawan (Sime Darby FC) tercetus akibat kelpaan benteng pertahanan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, selepas Sime Darby FC menjaringkan gol pertama pemain seakan-akan hilang momentum menyerang seperti yang dipamerkan pada awal perlawanan.

“Pemain tidak bermain seperti yang diharapkan. Kita menguasai perlawanan dari awal namun momentum serangan hilang selepas pasukan lawan menjaringkan gol pertama,” ujarnya.

Dalam perlawanan itu, Sarawak memperolehi gol pertama pada minit ketujuh selepas pemain Sime Darby FC tertampan bola ke gawang sendiri apabila terkena ledakan S Chanturu.

Pasukan tuan rumah berusaha mencari gol penyamaan kemudian dikejutkan dengan jaringan Ryan Griffiths pada minit ke-21.

Sime Darby FC ketinggalan dua jaringan mengubah rentak permainan dan usaha pasukan tuan rumah berhasil apabila pemain importnya, Dilshod Sharofatdinov pada minit ke-29 dan masa kecederaan separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua Sarawak berusaha mencari gol kemenangan menerusi gandingan Muamer Salibasic dan Griffiths.

Sebaliknya, tuan rumah menjaringkan gol kemenangan menerusi Mohd Syukur Saidin pada minit-84.
Sementara itu, Alberts berkata tahap kecederaan yang dialami Gabor yang akan diketahui hari ini.

“Gabor akan melakukan pemeriksaan esok (Isnin) untuk mengetahui sama ada kecederaan dialaminya serius atau tidak,” jelasnya.

Sarawak akan menanti kunjungan PKNS FC pada 16 Mei di Stadium Negeri di sini.

Friday, May 9, 2014

Kelibat Gabor Legakan RA

 
 Pemain pertahanan Sarawak itu bakal diturunkan pada aksi menentang Sime Darby Sabtu ini

KUCHING: Pemain pertahanan Gabor Gyepes membawa khabar gembira buat Sarawak setelah dilaporkan dapat diturunkan pada perlawanan menentang KL Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu ini.

Pengendali Sarawak Robert Alberts berkata, bek tengahnya itu akan kembali beraksi setelah direhatkan selama tiga minggu akibat kecederaan ‘harm-string’ ketika perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini pada 16 April lalu.“Keputusan MRI Gabor semalam menunjukkan petanda positif dan beliau akan kembali menyertai sesi latihan hari ini.

“Keadaannya nampak baik dan saya yakin beliau dapat ditu runkan jika tiada sebarang masalah berlaku semasa latihan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam. Penyertaan semula Gabor dalam kesebelasan utama Sarawak nyata berita gembira buat Alberts yang amat memerlukan khidmat pemain kelahiran Hungary itu.

“Gabor memainkan peranan yang sangat penting dalam skuad. Ketinggian dan kemahiran yang dimiliknya juga menyumbang kepada beberapa kemenangan kita sebelum ini.” Alberts sebelumnya agak resah setelah pemain itu terpaksa direhatkan dalam tempoh yang agak lama ketika Sarawak bakal berdepan beberapa perlawanan penting dalam saingan Liga Super.

Namun, beliau bingkas menyatakan rasa yakinnya terhadap barisan pertahanan sedia ada untuk memikul tanggungjawab tersebut. “Kita masih memiliki Ronny Harun, Hairol Mokhtar, Rames Lai Ban Huat dan Mafry Balang. Malah Dzulazlan Ibrahim juga telah kembali dan menunjukkan peningkatan yang sangat baik.

“Namun ia satu kelebihan jika Gabor dapat kembali beraksi untuk memperkuatkan benteng pertahanan. Saya yakin peminat juga pasti mahu melihat beliau kembali beraksi,” tambah Alberts.
Sarawak bakal turun tanpa khidmat Junior Eldstal yang digantung perlawanan setelah mengutip tiga kad kuning.

Mereka berada di tangga kelima Liga Super dengan mengumpul 22 mata setelah mencatat tujuh kemenangan, sekali seri dan enam kekalahan dari 14 perlawanan.

Friday, May 2, 2014

Pemain Tumbuk Pengadil Aksi Bola Sepak Limbang

LIMBANG: Belum pun reda isu Pengurus Johor Darul Ta’zim II, On Jabar menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Limbang dikejutkan dengan insiden sama apabila salah seorang pemain menumbuk muka pengadil pada Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Peringkat Negeri Sarawak Zon Utara di sini petang Sabtu lalu.

Insiden menggemparkan itu menyebabkan pengadil berkenaan mengalami kecederaan di ba- hagian muka dan menerima dua jahitan dan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Selain itu, segelintir peminat turut mendakwa pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila terdapat beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA), Dr Abdul Rahman Ismail melahirkan perasaan terkejut sebaik dimaklumkan insiden memalukan itu semalam.

Katanya, faktor terlalu mengikut emosi dan ghairah untuk mencapai kemenangan menyebabkan pemain berkenaan bertindak melulu sehingga menumbuk muka pengadil.

“Kita faham banyak pasukan baharu menyertai kejohanan itu dan mereka terlalu terbawabawa dengan emosi sehingga mencetuskan insiden yang tidak diingini,” katanya di sini semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota mahu ketua dan pengurus pasukan agar dapat memberi taklimat dan nasihat kepada anak-anak buah masing- masing pada masa akan datang bagi mengelak ‘pisang berbuah dua kali’.

Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah yang berlangsung di Kompleks Sukan Limbang hujung minggu lalu dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Bahagian Limbang dan LFA turut bekerjasama membantu kejohanan itu dari segi teknikal.

Dr Abdul Rahman berkata, LFA bersedia membantu dan bekerjasama dengan penganjur jika diminta berhubung insiden berkenaan yang kini masih dalam siasatan polis.

Katanya, LFA akan bertindak tegas bagi mengelak insiden sama berulang pada Liga Limbang akan datang.

“Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan dan siasatan melalui Lembaga Disiplin terhadap mereka yang mencetuskan sebarang insiden yang tidak dingini jika berlaku pada kejohanan yang dianjurkan LFA (Liga Limbang).

“Siasatan menyeluruh juga dijalankan termasuk terhadap pengadil yang dikatakan ‘berat sebelah’ sekiranya perkara itu berlaku pada Liga Limbang 2014 nanti,” jelasnya.

LFA juga akan memberi taklimat kepada semua pengurus, jurulatih dan termasuk pengadil bagi memastikan mereka menjalankan tugas seadil-adilnya dalam Liga Limbang.

“Kita memberi jaminan akan memastikan Liga Limbang 2014 berjalan dengan bersih bagi mengelak insiden sedemikian mencemarkan liga sekali gus industri bola sepak tempatan.

“Ini termasuk menyingkirkan pasukan yang mencetuskan masalah dan tidak terkawal,” katanya.