Wednesday, January 8, 2014

"Persiapan S’wak tergugat"


PERSIAPAN pramusim skuad Liga Super 2014 Sarawak tergugat ekoran tidak mengikut perancangan. Ini kerana tujuh perlawanan persahabatan menentang kelab di Indonesia, Sabah dan skuad Piala Presiden tidak memuaskan. Demikian pengakuan jurulatih Sarawak, Robert Alberts. Masalah utama ialah Sarawak tidak pernah merasai nikmat bermain di padang kering sehingga kini.

Malah mereka terpaksa mengharungi perlawanan dan latihan dalam keadaan hujan atau padang becak. "Kami tidak bermain seperti yang dijangkakan ketika menentang Sabah.

Masalah utama ialah kami tidak berpeluang untuk menjalani latihan di gelanggang yang sesuai," ujarnya. "Hanya hari ini (semalam) kami menjalani latihan di padang kering buat pertama kalinya di Stadium sarawak. Stadium Negeri sekarang ini memerlukan penjagaan untuk aksi sebenar nanti," kata Alberts. Alberts turut tidak berpuas ketika kalah 1-0 di tangan Sabah dalam aksi persahabatan di Likas Sabtu lalu.

Bagi Alberts, bukan kerana faktor kalah, tetapi kerana tidak berpeluang menyaksikan tiga pemain import asing beraksi secara bersama. Bintang penyerang Milorad Janjus mengalami kecederaan ketika baru 10 minit bermain. "Saya belum berpeluang menyaksikan kombinasi berkualiti tiga import asing (Salibasic, Janjus dan Aliredza)," ujar Alberts.

"Saya mempunyai peluang terakhir untuk menyaksikan mereka bermain dalam perlawanan yang sempurna apabila kami turun menentang skuad SPA Rabu nanti," katanya. "Permainan kami lebih kepada gerakan bola rendah, namun keadaan padang basah dan becak telah ’memusnahkan’ permainan kami," jelas Alberts.

"Namun import asing (Janjus dan Aliredza) boleh bermain melalui hantaran bola tinggi. Jadi kami mempunyai pilihan yang lebih baik untuk mengubah taktik permainan musim ini," katanya. Sarawak akan memulakan kempen Liga Super 2014 dengan menentang skuad handalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sabtu depan (18 Januari) dan akan menentang barisan terbilang, Kelantan di Kuching pada 25 Januari. Bagaimanapun pada 21 Januari (Selasa) sarawak akan menentang Pulau Pinang dalam aksi pusingan pertama Piala FA di Kuching.

<<<SARAWAK TETAP DIHATI>>> DOAKAN SARAWAK MENANG.. LAGI DAN LAGIIII!!!!

No comments:

Post a Comment