Monday, January 13, 2014

16 Pasukan Buru Juara

KEJOHANAN Bola Sepak 1Malaysia Piala Mamee 2014 Bawah 19 Tahun akan menutup tirainya di Stadium UNIMAS Kota Samarahan petang ini (Sabtu). 

Sejumlah 16 buah pasukan berentap dalam kejohanan yang telah pun bermula pada 7 Januari lalu, iaitu enam pasukan dari Sarawak, lima pasukan dari Sabah dan lima lagi dari labuan. 

Dua pasukan teratas dari Kepulauan Borneo itu akan menyertai dua pasukan teratas dari setiap wilayah untuk pusingan akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. 

Piala Mamee 1Malaysia dianjurkan oleh Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dan disokong oleh "Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd dan kelab glamour di dunia, Manchester United. 

YR1M akan mendermakan RM10 kepada badan amal untuk setiap jaringan yang dilakukan. 
Kejohanan tersebut juga bertujuan untuk memantapkan ikatan kebangsaan melalui sukan dan kehidupan sihat dalam kalangan genarasi muda Malaysia.

Terdapat beberapa program pembangunan seperti klinik bola sepak wanita turut diadakan. Bengkel untuk pemain, jurulatih dan kepemimpnan turut diadakan. 

Objektif program tersebut adalah untuk menyuntik nilai-nilai positif dan semangat kesukanan dalam kalangan warga Malaysia melalui sukan.

Ia juga bertujuan untuk mencipta platform persaingan belia, sumbangan pembangunan bola sepak untuk bakat-bakat muda dan melahirkan peluang kerjaya dalam sukan bola sepak. 

Pemenang setiap wilayah akan meraih ganjaran RM5,000, trofi dan pingat. Manakala naib juara akan membawa pulang RM3,000, ketiga RM2,000 dan keempat RM1,000. 

Sang juara dan naib juara dari setiap wiyalah akan berentap dalam Grand Final. Sang juara Grand Final nanti akan meraih habuan RM15,000 bersama trofi. 

No comments:

Post a Comment