Monday, January 13, 2014

FAS Belum Lagi Buat Keputusan Tuan Rumah Piala Sarawak 2014


PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) belum membuat keputusan tentang tuan rumah Piala Sarawak 2014. Timbalan Presiden FAS, Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki menyatakan mereka akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu kelak.

“Segalanya akan dapat diketahui sebaik perbincangan dilakukan dengan persetujuan dicapai daripada wakil ahli gabungan,” kata Abu ketika diminta mengulas perkara itu. Piala Sarawak diadakan sekali dalam tempoh dua tahun.

Pada 2012, Miri menjadi tuan rumah.Piala Sarawak merupakan kejohanan tertua yang berperanan untuk melahirkan pemain berbakat. Kejohanan tersebut disertai semua bahagian di seluruh Sarawak dan dua pasukan jemputan iaitu PDRM dan ATM. Sekarang ini, FAS sudah mempunyai tiga kejohanan iaiatu Piala Sarawak, Piala Liga Juara-Juara Sarawak dan Kejohanan Belia Bawah 19 Tahun.

No comments:

Post a Comment