Tuesday, January 21, 2014

Dapatkan Tiket Bola Secara ONLINE

TIKET perlawanan Liga Malaysia yang melibatkan pasukan Sarawak sudah mula dijual menerusi kaedah online. Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Agong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abdullah Julaihi pada satu sidang media di Bilik Mesyuarat, Stadium Negeri. Menurutnya, orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut boleh melayari laman sesawang rasmi FAS di www.sarawakfootball.com dan membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit atau perbankan elektronik.

"Kami mengenakan caj tambahan sebanyak RM3 bagi setiap transaksi," katanya. Bagi Abdullah, kos tambahan yang dikenakan sangat minima dan berpatutan sebagai pengesahan membeli tiket perlawanan. "Kenapa mesti beratur panjang untuk membeli tiket yang belum tentu boleh didapati? Orang ramai hanya perlu membawa kad pengenalan atau cetakan bukti pembelian dan mengambil tiket di setiap kaunter tiket yang disediakan," ujarnya.

Penyokong setia yang enggan membeli menerusi kaedah tersebut bagaimanapun masih boleh membeli tiket perlawanan secara manual. Mengulas kaedah mengutip tiket yang dibeli secara "online", beliau menjelaskan, pihaknya tertakluk kepada peraturan dan memohon kerjasama penyokong untuk memahami situasi FAS.

"Tiket perlu dicetak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selain Sarawak belum mempunyai kemudahan mengimbas tiket. "Langkah ini juga bagi mengelakkan terdedahnya penggunaan tiket palsu," jelasnya. Sementara itu, beliau berkata, tiket bermusim turut akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM30.

"Harga tiket bermusim akan dijual bermula RM300 bagi tempat duduk terbuka, RM500 (tempat duduk berbumbung), RM700 (Grandstand B), dan RM1,500 (korporat) sementara tiket individu pula dijual dengan harga RM15 bagi tempat duduk terbuka, RM20 (tempat duduk berbumbung), RM35 (Grandstand B)," ujarnya. Dalam perkembangan sama, Abdullah merayu kepada penyokong setia skuad Ngap Sayot supaya tidak membakar suar atau mercun.

Sapa2 yang belum beli, beli cepat2 ari tok selewat2nya petang tok.. Jommm!!! sapa2 belum beli tiket kita beli rami2 aritok k... Ohaaaa!!!

<<<DA TRUE N REAL RED-SARAWAK SELAMANYA>>>

***GM***

No comments:

Post a Comment