Thursday, December 12, 2013

YC Anggap Peluang Terbuka

Tarikh Disiarkan : 12-Dec-2013

"MASA yang terhad untuk membentuk kredibiliti pemain mungkin dilihat salah satu faktor buat saya untuk tidak berani meramal kemampuan pemain dalam melakukan kejutan. "Apa yang pasti saya lebih bersifat positif peluang untuk melakukan kejutan buat semua pasukan bertanding adalah terbuka".

Demikian dijelaskan pengemudi skuad Young Crocs, Safri Amit disebalik penampilan anak didiknya dalam Kejohanan Bola Sepak ISUZU Piala Belia Bawah 19 Tahun Sarawak 2013 yang akan disingkap tirainya dari 15 hingga 21 Disember ini.

Menurut Safri, kelompok 20 pemain di bawah kendaliannya ketika ini baharu sahaja melalui tempoh seminggu untuk bersama dan nyata masa tersebut begitu terbatas sekali. "Para pemain baharu sahaja seminggu bersama, dan ianya membataskan usaha saya untuk membentuk satu pasukan dengan kekuatan jitu merangkumi pelbagai aspek," tegas Safri.

Bagaimanapun tambah beliau lagi, fokus utama mereka ketika ini mahu memberi tumpuan kepada setiap perlawanan dilalui terutama peringkat kumpulan. Katanya, mencatat keputusan positif pada setiap perlawanan amat penting kerana ia boleh dijadikan petanda aras untuk melangkah lebih jauh lagi kelak.

Beliau akui, barisan pemain yang berada dalam skuadnya ketika ini terdiri dari Bahagian Kuching, Samarahan, Betong, Sibu selain Serian. Tujuh pasukan bersaing sekali gus mencatur langkah memburu kejuaraan. Antara pasukan terbabit ialah tuan rumah Samarahan, Limbang, Sibu dan Young Crocs yang diundi berada dalam Kumpulan A. Sambil tiga lagi pasukan iaitu Kuching, Bintulu dan Miri diundi berada dalam Kumpulan B.

Tiga gelanggang akan digunakan kesemua pasukan bertanding terdiri daripada Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selain Padang A & B Unimas.

No comments:

Post a Comment