Wednesday, December 4, 2013

FAS TUNGGU ITC IMPORT

   PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman memberitahu, pihaknya masih menunggu Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) dua calon import baharu Alireza Abbasfard, 22 (Iran/Penyerang) dan Gabor Gyepes, 32 (Hungary/Pertahanan) daripada bekas kelab masing-masing sebelum dapat mengumum penuh skuad Sarawak 2014. "Jika segalanya berjalan lancar, maka senarai penuh skuad Sarawak akan diketahui petang esok (hari ini)," kata Sudarsono.Sambil pada masa sama Sudarsono memberitahu, pihaknya menyambut baik cadangan pengemudi pasukan (Robert Alberts) untuk menjerat Alireza dan Gyepes.
        Sementara itu, FAS masih lagi mengekalkan sebahagian besar kelompok pemain yang ada seperti Sani Anuar Kamsani (penjaga gol), Aidil Mohamad (penjaga gol), Mohd. Hairol Mokhtar (pertahanan), Ronny Harun (pertahanan), Mafri Balang (pertahanan), Ramesh Laiban Huat (pertahanan), Mazwandi Zakeria (pertahanan), Mohd. Dzulazlan Ibrahim (pertahanan), Azizan Saperi (penyerang), Shahrol Saperi (tengah), Junior Eldstal (tengah), Zamri Morshidi (penyerang), Joseph Kallang Tie (penyerang), Ashri Chuchu (penyerang), Muamer Salibasic (penyerang) dan Daglish Papin Ak Test (penyerang).
         Manakala enam muka baharu terdiri daripada Akmal Rizal Ahmad Rakhli, 32 (Kedah/penyerang), Reeshafiq Alwi, 31 (Selangor PKNS /Tengah), Mohd. Lot Abu Hassan, 29 (Selangor PKNS/Penyerang), Mohd. Rashid Aya, 22 (Johor/Penyerang) dan Mohd. Fadzley Abdul Rahim, 26 (Pos Malaysia/Penjaga Gol). Manakala enam pemain yang diketepikan ialah Saiful Amar Sudar (penjaga gol), Shahran Samad (pertahanan), Fareez Tukijo (pertahanan), Guy Bwele (tengah), Shahrol Abdul Malek (tengah) dan Azizan Baba (penyerang).
       Skuad Sarawak menyambung semula sesi latihan pada 28 November lalu setelah bercuti selama tiga minggu sebagai persediaan mengharungi aksi pemanas badan memenerusi siri jelajah ke Batu Malang, Surabaya, Indonesia Selasa depan. Sarawak akan menentang pasukan Metro pada 10 Disember (3.00 petang).Ia disusuli aksi persahabatan kedua menentang Persebaya Surabaya pada 12 Disember (3.00 petang). Sarawak akan menguji kehebatan pasukan Arema Malang pada 15 Disember (8.00 malam) sebelum menutup tirai jelajah menentang satu lagi kelab handalan iaitu Persipam Madura pada 19 Disember (3.00 petang).
            Harapan agar Skuad Sarawak 2014 adalah buah pilih yang terbaik dari RA. Sama-sama kita nantikan kekuatan sebenar team kesayangan kita..

♡♥♡SARAWAK TETAP DIHATI SELAMANYA♥♡♥

★GM★

No comments:

Post a Comment