Tuesday, December 3, 2013

FAS BURU JOHNNY

Utusan Sarawak
03 Disember 2013

          PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) dalam proses mendapatkan khidmat bekas jurulatih skuad bola sepak yang membawa Sabah meraih pingat emas temasya Sukan Malaysia (Sukma) Pahang 2012 (Johnny Dominicus) untuk mengemudi pasukan pelapis (Piala Presiden) 2014.
         Menurut sumber, perbincangan dengan jurulatih terbabit sudah diadakan dan belum ada keputusan dibuat setakat ini. "Perbincangan dengannya (Johnny Dominicus) yang membawa Sabah muncul pemenang pingat emas Sukma Pahang 2012 itu sudah diadakan.
         Akan tetapi belum ada sebarang keputusan dibuat setakat ini," kata sumber berkenaan. Sementara itu, Johnny Dominicus ketika dihubungi semalam mengakui ada menerima lamaran daripada badan induk berkenaan (FAS) akan tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya. "Memang pihak FAS ada menghubungi saya mengenai perkara itu.
              Namun, saya belum berani memberi sebarang reaksi mengenainya memandangkan kontrak bersama bekas majikan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengemudi skuad Piala Presiden berakhir semalam (30 November)," jelas beliau.
                 Bagaimanapun tegas Johnny, beliau akan memaklumkan secara terperinci mengenai perkara itu apabila kata sepakat sebaik perbincangan dengan pihak FAS dicapai. Johnny akui, selain FAS khidmatnya juga turut menjadi buruan salah sebuah pasukan negeri yang akan bersaing dalam Liga Perdana 2014.

***SARAWAK SATUKAN HATIMU SELAMANYA***

Created by
  GM

1 comment: