Monday, December 2, 2013

PENYOKONG SARAWAK DIIKTIRAF TERBAIK

Sumber Rujukan: Utusan Borneo Online

KUCHING: Presiden Per­satuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman melahirkan rasa bangga dengan penyokong Sarawak yang diiktirafkan sebagai antara yang terbaik di Malaysia.
    Katanya, semangat yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong Sarawak men­jadi inspirasi kepada pasukan Ngap Sayot sepanjang saingan musim ini dan beliau berharap akan berterusan pada musim depan.“Memang sukar hendak me­lihat penyokong-penyokong yang cukup setia seperti penyokong kita di negara ini.
    “Saya berasa sangat bangga dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peminat setia pasukan Sarawak dan penyokong-penyokong, justeru saya berharap mereka (penyokong) akan terus ber­juang bersama-sama pasukan Sarawak sampai bila-bila.“Bagi pihak FAS, kita akan terus berusaha memastikan pasukan Sarawak melakar lebih banyak kejayaan se­lepas ini,” katanya di sini semalam.Sudarsono juga berharap pasukan Sarawak yang ba­haru dibentuk akan memberi cabaran terbaik pada saingan Liga Super 2014 nanti.
     “Ini adalah era baharu bagi Sarawak dan saya percaya kita sedang di kemuncak kegemilangan sejak mula melibatkan diri dalam kejo­hanan berprestij pada 1980-an,” katanya. Menurutnya, jualan tiket dan produk Ngap Sayot yang sentiasa laris setiap kali per­lawanan berlangsung menjadi penanda aras bahawa Sarawak mempunyai penyokong te­gar yang wajar mendapat pujian.
      “Saya tahu para penyokong tidak sabar untuk menunggu musim 2014 bermula. Just­eru, saya juga berperasaan begitu dan berharap musim depan akan memberi lebih banyak kejayaan buat kita,” katanya. Sarawak kembali ke kancah Liga Super setelah menjuarai Liga Perdana 2013 dengan rekod tanpa kalah.
     “Para pemain juga tid­ak sabar untuk memulakan musim baharu setelah berehat selama tiga minggu. “Saya yakin, gabungan pemain lama dan baharu ini cukup mantap untuk mem­bawa kita ke mercu kejayaan musim depan,” jelas Sudar­sono.

Liga Super 2014 akan ber­mula pada 18 Januari tahun depan.

Created by,
     GM

No comments:

Post a Comment