KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Samarahan (PBBS), Haidel Heli
mengesahkan hanya tiga padang di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
akan diguna pakai sepanjang Kejohanan Bola Sepak Piala Isuzu-FAS Bawah
19 Tahun Sarawak.
Katanya, ia disebabkan hanya tujuh pasukan yang
akan mengambil bahagian pada kejohanan tersebut setelah Bahagian Kapit
menarik diri pada saat akhir.
Sebelum ini, PBBS memutuskan akan
menggunakan empat padang termasuk Stadium Mini Samarahan sebagai venue
kejohanan yang akan berlangsung pada 15 hingga 22 Disember ini.
“Penganjur
memutuskan akan menggunakan tiga padang di UNIMAS sepanjang kejohanan
berlangsung memandangkan hanya tujuh pasukan mengambil bahagian.
“Ini
akan memudahkan proses penganjuran termasuk pasukan yang terlibat
kerana semua perlawanan berpusat di venue yang sama,” katanya di sini
semalam.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung penarikan diri pasukan Bahagian Kapit.
Kejohanan
ini julung kali dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan
mendapat tajaan berjumlah RM100,000 daripada Isuzu Malaysia.
Manakala PBBS selaku ahli gabungan FAS diberi mandat sebagai tuan rumah.
Pasukan terlibat terdiri daripada Samarahan, Limbang, Sibu, SFDP 17 yang diundi dalam Kumpulan A.
No comments:
Post a Comment