Friday, December 13, 2013

Ashri Janji Terus Gegar

Tarikh Disiarkan : 13-Dec-2013

BINTANG sayap Sarawak, Ashri Chuchu berazam untuk terus menggegar jaring apabila turun menentang Laos dalam aksi kedua Kumpulan A temasya Sukan SEA 2013 di Stadium Zeyar Thir pada pukul 5.30 petang ini. Ashri menjaringkan gol cantik pada minit ke-70 ketika membenam Brunei 2-0 dalam perlawanan pertama Selasa lalu.

Ashri melakukan rembatan cantik menerusi kaki kiri dari luar petak penalti yang terlebih dahulu terkena palang sebelum mencecah masuk menggegar jaring. Satu lagi gol Malaysia dijaringkan oleh bintang penyerang kebanggaan Ashri yang berasal dari Kampung Luagan, Sundar, Lawas diturunkan dalam kesebelasan utama Selasa lalu.

"Kami turun dengan misi yang sama iaitu memastikan tiga mata dalam genggaman," kata Ashri mengenai aksi petang ini. "Sekiranya diberi kepercayaan untuk terus beraksi dalam senarai utama mahupun sebagai pemain gantian... misi sayap tetap mahu menyumbang jaringan," jelasnya. "Namun apa yang lebih penting ialah berusaha sedaya upaya untuk membantu pasukan menang," kata Ashri. Menurut Ahsri, mereka belum lagi menemui rentak sebenar dan berharap akan bermain lebih baik lagi petang ini.

Dalam perlawanan Selasa lalu, Ahsri yang bermain di posisi sayap kiri beberapa kali melakukan hantaran lintang yang cantik. Malah beliau juga berpeluang melakukan beberapa cubaan. Sementara itu, jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee menjelaskan mereka mesti bermain lebih baik lagi petang ini. "Kami akan tampil dengan pendekatan berbeza. Kami tidak akan beraksi dengan banyak mengasak, kerana Laos merupakan sebuah pasukan yang mantap," jelasnya.

Malah Kim Swee dijangka akan melakukan sedikit rombakan terhadap barisan utama, terutama di bahagian serangan. "Saya mungkin hanya akan menurunkan seorang penyerang. Ini kerana saya perlu memikirkan mengenai aksi menentang Singapura. Oleh itu saya memerlukan barisan yang seimbang," kata Kim Swee.

No comments:

Post a Comment