Wednesday, November 23, 2016

Skuad Bola Sepak Sarawak 2017 Bakal Menampilkan 90 Peratus Pemain Tempatan


KUCHING: Skuad bola sepak Sarawak 2017 bakal menampilkan 90 peratus pemain-pemain tempatan untuk menghadapi kempen Liga Super musim depan.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Jurulatihnya, David Usop sambil berkata baki 10 peratus adalah pemain-pemain import tempatan dan asing.
“Untuk musim depan, kita akan menggunakan 90 peratus pemain tempatan serta menghadkan penggunaan import tempatan bagi memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan beraksi dalam saingan Liga Super 2017.
“Justeru, ini peluang terbaik kepada pemain-pemain tempatan membuktikan kemampuan dan saya berharap mereka menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan dan ujian di Padang C, Petra Jaya di sini semalam.
Jelasnya, seramai lima pemain skuad Piala Presiden Sarawak pada musim ini diserapkan dalam skuad senior iaitu Nur Shamie Iszuan, Tommy Mawat, Rodney Celvin Akwensivie, Awang Kamaruddin Awang Bohan dan Abdul Rahim Abdul Razak.
Menjelas mengenai kedudukan pemain-pemain import tempatan, beliau berkata: “Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) hanya mengekalkan tiga pemain iaitu Ronny Harun, Ramesh Lai dan Shahril Saa’ri”.
“FAS juga melepaskan semua pemain import asing namun memberi peluang kepada pemain pertahanan, Teah Dennis untuk menjalani ujian bagi memburu slot pemain import.
“Kita juga akan menguji beberapa pemain import asing bermula 28 November ini. Dua daripada pemain itu beraksi bersama kelab Geylang International FC. Kita turut memanggil dua pemain dari Liberia dan mengintai pemain dari Eropah seperti Uzbekistan,” jelasnya.
Sesi ujian semalam bertujuan menguji sembilan pemain yang sedang beraksi pada kempen Liga Bola Sepak Rakyat Zon Borneo II (Sarawak) 2016/2017 dipanggil menyertai sesi pemilihan untuk mewakili skuad Liga Super Sarawak musim depan.
Mereka ialah Izzray Ifarul Roslan, Mohamad Hafis Abu Bakar, Mohd Arif Azizan Ederis, Zul Mohi (Kuching FA), Amizi Badir, Nazreen Ismail (Betong), Nur Azlan Latip (Limbang FA), Alexander Jerom (Sarikei FA) dan Jonathan Antau Ben (Kapit).

Kredit: UB Online

Thursday, October 27, 2016

Joseph Sedia Sarung Jersi Sarawak

SEDIA KEMBALI: Joseph semasa menyertai Sarawak pada 2015.

KUCHING: Bekas penyerang Sarawak, Joseph Kalang Tie bersedia menawarkan kembali khidmatnya kepada skuad itu sekiranya diberi peluang oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).
Ketika dihubungi Utusan Borneo semalam, Joseph, 29, yang kini menyertai skuad Terengganu berkata beliau masih berhasrat untuk kembali menyertai negeri kelahirannya.
“Sudah tentu saya mahu kembali ke Sarawak suatu hari nanti kerana ia tempat kelahiran saya.
“Namun, ia bergantung kepada apa yang ditawarkan oleh pihak FAS.
Setakat ini saya belum menerima apa-apa tawaran daripada mereka,” katanya.
Meskipun besar hasrat untuk kembali ke Sarawak, Joseph tetap berharap FAS dapat mengekalkan barisan pemain sedia ada untuk mengharungi kempen tahun depan.
Ujarnya, barisan pemain sedia ada berhak dikekalkan kerana telah bermain dengan penuh komitmen dan gigih untuk memastikan Sarawak kekal dalam Liga Super.
“Ketika ini fokus saya masih dengan Terengganu.
Kita tengoklah nanti…jika ada rezeki saya akan kembali semula ke Sarawak,” ujarnya.
Menurutnya, beliau akan kembali ke Kuching untuk bercuti bermula 29 Oktober ini.
Joseph menyertai Terengganu pada awal musim ini selepas menabur bakti selama empat tahun dengan Sarawak sejak 2012.
Ia kali kedua penyerang kelahiran Miri itu menyertai Terengganu di mana beliau pernah menyertai skuad sama dari 2007 hingga 2011.
Sumbangan terbesar Joseph ialah membantu Sarawak menjuarai Liga Perdana 2013 dengan rekod tanpa kalah.

Kredit: UB

Monday, October 17, 2016

LBR Zon Borneo II: Skuad Warga Kota Jangan Pandang Rendah Kemampuan Serian


KUCHING: Pengurus Pasukan Kuching, Datuk Posa Majais mengingatkan semua pemainnya agar tidak memandang rendah kemampuan pendatang baharu, Serian apabila kedua-dua pasukan itu bersemuka dalam aksi kedua Liga Bola Sepak Rakyat Zon Borneo II (Sarawak) 2016/2017 (Kumpulan Q3) petang ini.
Menurut Posa, sebaliknya kelebihan lebih memihak tuan rumah (Serian) kerana beraksi di laman sendiri (Padang Kampung Pichin) yang pastinya menyuntikkan semangat pemain-pemain mereka untuk memburu kemenangan kedua.
“Sememangnya kita menyasarkan untuk mencapai kemenangan pada perlawanan ini namun saya menjangkakan tugas sukar pasti akan dihadapi Kuching.
“Ini kerana, Serian juga bukan calang-calang pasukan selepas kemenangan besar mereka pada perlawanan pertama,” katanya mengulas perlawanan kedua-dua pasukan itu di sini semalam.
Sehubungan itu, Posa mahu semua pemainnya tidak bersikap semberono dan lebih berhati-hati pada perlawanan tersebut.
Tambahnya, jentera serangan Serian yang dibarisi ramai pemain berpengalaman memerlukan fokus dan komitmen ekstra daripada seluruh pasukan untuk memastikan mereka tidak dikecewakan.
“Apapun, saya berharap status Kuching selaku juara bertahan akan menjadi pembakar semangat semua pemain untuk meneruskan momentum sekali gus melakarkan kemenangan kedua.
“Saya percaya semua pemain juga menyedari mereka berdepan tanggungjawab besar esok (petang ini) untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita,” katanya.
Berita positif untuk pasukan Kuching adalah semua pemain utamanya bebas daripada kecederaan dan dapat diturunkan pada petang ini.
Ia sekali gus menjanjikan saingan menarik antara kedua-dua pasukan dalam perebutan pendahulu carta kumpulan tersebut.
Perlawanan lain dalam kumpulan itu menyaksikan Sri Aman menentang Samarahan di Kompleks Sukan Sri Aman.
Saingan dalam Q1 menyaksikan Limbang menentang Mukah di Kompleks Sukan Limbang manakala Bintulu menentang Miri di Padang Dewan Suarah Bintulu.
Betong melayan kunjungan Kapit di Kompleks Sukan Betong dan Sarikei menanti kunjungan Sibu di Kompleks Sukan Sarikei untuk aksi Q2.
Semua perlawanan bermula jam 4 petang.

Kredit: UB

Monday, September 26, 2016

Kedudukan Skuad Ngap Sayot Belum Selamat

TANDUK: Pemain Felda United, Lutfulla Turaev (dua kiri) menanduk bola bersaing dengan
pemain Sarawak pada perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Tun Abdul Razak,
Jengka malam kelmarin. — Gambar Bernama

Skuad Ngap Sayot memerlukan sekurang-kurang satu mata untuk kekal Liga Super musim depan

KUCHING: Kedudukan Sarawak dalam Liga Super musim ini masih belum selamat meskipun terikat 3-3 ketika berdepan Felda United di tempat lawan malam kelmarin.
Kempunan tiga mata penting ternyata memaksa skuad bimbingan David Usop itu mencari sekurang-kurang satu mata untuk terus kekal dalam kempen Liga Super musim depan.
Sarawak kini menghuni tangga kelapan liga namun kedudukan itu belum terjamin berikutan perbezaan mata yang sangat rapat dengan empat pasukan lain di tangga tercorot.
“Kita belum selamat walaupun naik ke tangga kelapan, bagaimanapun jurang mata tidak jauh.
“Bila-bila kita (Sarawak) boleh jatuh ke Liga Perdana musim depan jika pasukan lain menang dengan lebihan gol dalam perlawanan seterusnya,” kata David ketika dihubungi semalam.
Apapun, Skuad Bujang Senang perlu mendapatkan kemenangan mutlak pada aksi terakhir menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman sendiri, Stadium Negeri Kuching pada 22 Oktober depan.
Jelas David, keputusan seri sudah memadai untuk Sarawak kekal dalam kancah Liga Super musim depan sekiranya gagal mengutip tiga mata berharga.
Mengenai aksi bertemu Felda United malam kelmarin, David mengakui amat kecewa selepas pasukannya gagal membawa pulang tiga mata penuh.
Mendahului 3-1 pada babak pertama saingan ternyata membangkitkan semangat perjuangan tinggi anak-anak buahnya untuk meraih kemenangan.
Bagaimanapun, pasuakan tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua sekali gus menamatkan saingan dengan keputusan seri.
“Tidak dinafikan kecewa dengan keputusan malam Sabtu lalu kerana kita bermain dengan baik walaupun Felda United terlebih dahulu menjaringkan gol.
“Selepas itu, kita bangkit menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Tommy Mawat sebelum rakan sepasukan, Nur Shahmi dan Gilmar da Silva menggandakan jaringan memastikan kemenangan berpihak kepada kita,” katanya.
Felda United kemudian mengatur gerakan apabila bersambung babak kedua perlawanan yang akhir berjaya mengikat kedudukan sehingga tamat sepenuh masa.
David tetap memuji aksi terbaik yang dipersembahkan oleh semua pemain kerana berjaya bertahan daripada dikecewakan.
Menjelang perlawanan berikutnya, David mahu menggunakan tempoh rehat panjang untuk mempersiapkan jentera pasukan dengan misi kemenangan sebelum melayan kunjungan PDRM di Kuching nanti.
Kredit: UB

Wednesday, September 21, 2016

KK FT Muncul Juara Futsal Cabaran Piala Hari Malaysia


MIRI: Pasukan KK FT muncul juara Kejohanan Futsal Cabaran Piala Hari Malaysia 2016 selepas mengalahkan satu lagi pasukan finalis, pasukan KPA FA dalam perlawanan akhir Ahad lalu.
Penganjur pertandingan, Lee Joon Soon berkata selaku juara KK FT membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pertandingan dengan lapan medal iringan.
Meskipun kandas dalam perlawanan akhir, KPA FA tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya menerima RM500, piala serta medal iringan.
Tempat ketiga milik pasukan Tolo Tolo FC yang turut menerima wang tunai RM300, piala serta medal.
Sebanyak 28 pasukan menyertai kejohanan tiga hari sempena sambutan Hari Malaysia iaitu pada 16, 17 dan 18 September lalu.
Lee turut berpuas hati dengan setiap pertandingan yang dianjurkan mendapat sambutan luar biasa daripada pemain-pemain futsal tempatan dan luar Miri.
Menurutnya, ia adalah salah satu daripada ratusan pertandingan yang dianjurkan di Bandaraya Miri dalam usaha membudayakan aktiviti sihat kalangan masyarakat.
Sempena Hari Malaysia, City Sport Miri juga mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan itu bertujuan memupuk dan menanam semangat berpasukan dalam sukan bola sepak.
Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Lee sebaik sahaja tamat perlawanan akhir.

Tuesday, September 13, 2016

Presiden Baharu Diharap Kembali Gemilangkan Sarawak


MENJELANG mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) yang berlangsung 17 September ini, pelbagai nama disebut-sebut bakal menduduki 'kerusi panas' selaku presiden.

Antara nama popular termasuk Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing yang dikatakan bakal menerima pencalonan kukuh.

Bagaimanapun, harapan untuk melihat James menerajui kepimpinan FAS tidak kesampaian apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kapit, Kennedy Kuyang menafikan perkara itu.

"Beliau (James) tidak akan bertanding dalam AGM akan datang disebabkan faktor masa dan jadual kerja yang padat," kata Kennedy.

Nama lain yang dikhabarkan sesuai untuk bertanding jawatan ini adalah Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Karim dilihat sebagai calon sesuai kerana penglibatannya dalam memartabatkan sukan dan belia di negeri ini.

Apa yang penting sekarang penyokong Sarawak dahagakan kebangkitan agar skuad Ngap Sayot kembali mencabar kejuaraan Liga Super atau Piala Malaysia.

Sekitar tahun 90an dan awal 2000, Sarawak muncul sebagai pencabar utama liga di Malaysia sehinggakan agak sukar untuk mengalahkan Sarawak ketika beraksi di Stadium Negeri.

Kredit: Sarawakiana

Saturday, September 10, 2016

David Optimis Sarawak Jinakkan Kelantan Malam Ini

Pemain diingat tingkat usaha, fokus kepada kemenangan!!!

PERSEDIAAN: David memberi arahan kepada pemain semasa sesi latihan.
KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak David Usop tetap optimis skuadnya mampu menjinakkan Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya malam ini. Ketika ditemui semasa sesi latihan semalam, David berkata skuad yang mendapat jolokan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) juga sedang berdepan situasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.

“Prestasi Kelantan ketika ini juga tidak konsisten dan situasi ini harus dimanfaat sepenuhnya oleh pemain kita untuk memastikan kemenangan malam ini. “Justeru, saya mahu pemain meningkatkan usaha dan lebih fokus kerana kita amat memerlukan kemenangan. Paling penting elak daripada membuat kesilapan yang tidak sepatutnya.

“Rehat panjang memberi peluang kepada pemain mengembalikan semula kecergasan dan kita berada pada tahap terbaik untuk menghadapi perlawanan ini,” katanya semalam. David bagaimanapun mendedahkan akan membuat rombakan kecil dalam usaha memantapkan lagi skuadnya.

Menurutnya, ketiadaan Shreen Tambi yang digantung perlawanan memaksa beliau memberi peluang kepada Dalglish Papin Test untuk bergandingan dengan Shahrol Saperi di posisi tengah. Ini termasuk perubahan di bahagian serangan di mana perancang, Junior Aparecido akan digandingkan bersama Gilmar Jose Da Silva Filho untuk menggempur kubu Kelantan.

“Beliau (Dalglish) mempunyai kepantasan dan juga mampu membantu di posisi pertahanan. Saya percaya gandingannya dengan Shahrol akan membantu menyelesaikan masalah di posisi tengah. “Cuma yang membimbangkan keadaan Ronny Harun yang belum cergas sepenuhnya. Namun, saya percaya beliau dapat diturunkan malam ini,” tegas David lagi.

Sarawak tidak mempunyai pilihan melainkan perlu menewaskan Kelantan untuk menjarakkan mereka dari zon penyingkiran. Skuad itu sedang menduduki tangga kesembilan dengan mengumpul 19 mata.

Kredit: Borneo Post Online

Thursday, August 18, 2016

TM Piala Malaysia 2016: Sarawak FA vs Kedah FA, Moga Bangkit Wahai Sang Bedal Ku!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kekalahan (1-2) dalam Liga Super melawan pasukan Kedah FA tempoh hari ini bukan bererti kalah selamanya. Kini pertembungan sekali lagi dengan pasukan helang ini dalam TM Piala Malaysia di gelanggang keramat, Stadium Negeri Sarawak, Kuching pada esok hari 19 Ogos 2016(Jumaat) jam 9.00 malam.

Semoga dengan adanya kelebihan bermain ditempat sendiri malam esok, dapat menghasilkan keajaiban iaitu memperolehi kemenangan bagi menebus kekecewaan/ kekalahan di Kedah tempoh hari.

Ayuhhh!!! marilah kita semua Penyokong Bolasepak Sarawak memberi sokongan yang padu untuk pasukan kita Sarawak FA. Berikan sokongan kita tanpa berbelah bagi! Kita sokong negeri Sarawak dulu, kini dan selamanya... Ooo Sarawak!!! Ibu Pertiwiku!

DOAKAN TEAM KITA SARAWAK MENANG MALAM ESOK!!!

Thursday, August 4, 2016

Makeche, Gilmar Wira Sarawak Benam Penyu 2-1


KUCHING: Sarawak berjaya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila mencatat kemenangan tipis membenam skuad Sang Penyu (Terengganu) 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Negeri, di sini malam tadi.
Pasukan tuan rumah, Sarawak mengasak kubu lawan seawal permainan apabila Syahrul Azwari Ibrahim memperolehi peluang terbaik menghasilkan jaringan awal pada minit pertama namun percubaannya digagalkan penjaga gol Terengganu.
Bagaimanapun, asakan bertubi-tubi minit-minit awal membuahkan hasil apabila penyerang import Sarawak, Makeche Ndumba menjaringkan gol pertama pada minit kedua permainan hasil hantaran cantik daripada Gilmar Da Silva.
Minit keenam, Syahrul Azwari sekali lagi memperolehi peluang untuk menambah jaringan namun bola rembatannya dapat ditepis keluar penjaga gawang lawan.
Keghairahan jentera serangan Ngap Sayot melakukan asakan, pasukan pelawat melakukan serangan balas dan memperolehi gol penyamaan pada minit ke-22 menerusi jaringan pemain importnya, Vincent Bikana.
Hujan lebat menyimbahi Stadium Negeri malam tadi menyaksikan keadaan padang licin dan air bertakung menyukarkan pergerakan kedua-dua pasukan.
Bagaimanapun, dalam situasi lembab permainan pasukan Sarawak agak menarik apabila giliran Tommy Mawat melakukan jaringan kedua minit ke-28 namun dibatalkan oleh pengadil perlawanan.
Minit-minit terakhir babak pertama, Sarawak terus mengasak kubu Terengganu namun percubaan cantik Makeche berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat.
Babak kedua, Sarawak yang mendapat sokongan padu hampir 10,000 penyokong setia memperolehi gol kedua menerusi sepakan penalti disempurnakan oleh Gilmar pada minit ke-56 setelah Makeche dijatuhkan oleh pemain Terengganu dalam kotak penalti.
Dua puluh minit berlalu, permainan bertambah rancak walaupun keadaan padang basah dengan serangan demi serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan.
Kredit: The Borneo Post

Tuesday, June 28, 2016

Piala Malaysia: Sarawak bakal berdepan cabaran getir



KUCHING: Sarawak bakal berdepan cabaran getir apabila memulakan saingan Piala Malaysia di tempat lawan dalam tiga perlawanan berturut-turut Julai depan.

Skuad bimbingan jurulatih sementara, David Usop itu bertandang ke Kedah pada 1 3 Julai depan membuka tirai kempen Piala Malaysia sebelum meneruskan pusingan kedua Liga Super menentang Pahang (16 Julai) dan JDT II (19 Julai) di Pasir Gudang, Johor.

Menurut David, jadual perlawanan padat pastinya memberi tekanan dan cabaran rumit kepada pasukan bimbingannya.

“Tiga perlawanan awal Liga Super dan Piala Malaysia semuanya di tempat lawan memang rumit.
“Situasi ini memenatkan pemain-pemain lebihlebih lagi melibatkan perjalanan jauh, namun apa yang penting kita terpaksa menghadapinya,” katanya ket i – ka dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan untuk mengatasi cabaran itu tahap kecergasan semua pemain mesti berada pada tahap yang terbaik.

“Untuk itu, semua pemain mesti berada dalam keadaan ‘super fit’,” katanya. Pasukan Sarawak kini berada di ibu negara melengkapkan dua aksi persahabatan dengan Selangor PKNS dan Kuala Lumpur (28 Jun).

Ditanya perkembangan pasukannya, David berkata pihaknya masih dalam proses meningkatkan kecergasan dan keserasian pemain-pemain selepas berehat panjang.

“Jentera serangan pasukan kita menunjukkan peningkatan terutamanya persembahan penyerang import, Gilmar Da Silva dan Makeche Ndumba.

“Bagaimananpun, bahagian pertahanan masih banyak perlu diperbaiki sebelum turun memulakan kempen Liga Super bulan depan,” katanya.

Mengulas berkenaan sesi pemilihan pemain import baharu, David mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru membuat keputusan siapa pemain bakal menyarung jersi Sarawak musim ini bagi mengisi slot yang ditinggalkan Davide Grassi.

Pemain import dari Liberia, Teah Dennis yang menjalani latihan bersama kem Sarawak kini masih dalam perhatian.

Kredit: The Borneo Post Online

Thursday, June 23, 2016

Shamie yakin Sarawak mampu raih emas bola sepak SUKMA selepas 26 tahun


KUCHING: Penyerang skuad bawah 22 tahun kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin berazam membantu Sarawak menamatkan kemarau selama 26 tahun untuk merangkul pingat emas dalam acara bola sepak pada SUKMA XVIII yang akan berlangsung dari 19 hingga 30 Julai 2016.
Pemain kelahiran Kuching itu juga optimis skuad bola sepak Sarawak mampu menjuarai acara tersebut pada tahun ini berbekalkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri.
“Secara peribadi saya melihat Sarawak berpeluang memenangi pingat emas pada tahun ini kerana kita akan bermain di tempat sendiri.
“Saya juga yakin barisan pemain dalam skuad Sarawak pada tahun yang dipilih dari skuad Piala Presiden termasuk dari Sekolah Sukan Bukit Jalil adalah yang terbaik,” katanya ketika dihubungi semalam.
Anak kelima dari enam beradik itu bagaimanapun menegaskan kepada rakan sepasukannya nanti agar bersama- sama bekerja keras dan memberi seratus peratus komitmen untuk memastikan misi besar itu berjaya direalisasikan.
Paling penting semua pemain perlu bersatu hati kerana skuad lain juga tidak kurang hebatnya, tambah beliau lagi.
Menurut Shamie, SUKMA kali ini amat signifikan kerana ia adalah yang pertama dan terakhir baginya mewakili Sarawak pada temasya sukan terulung negara itu.
Justeru, besar impian beliau untuk menghadiahkan pingat emas untuk Sarawak pada SUKMA kali ini.
“Saya sudah berusia 21 tahun pada tahun ini dan SUKMA kali ini akan menjadi pentas terakhir bagi saya. Sudah tentu saya amat berharap dapat menyumbang sesuatu untuk Sarawak,” jelas Shamie lagi.
Beliau turut menaruh harapan tinggi di bahu Ketua Jurulatih Fuad Grbesic untuk membimbing Sarawak merangkul kejuaraan.
Shamie sedang mengikuti kem latihan bersama skuad kebangsaan di Tokyo, Jepun dan akan pulang ke tanah air pada 29 Jun ini.
Selain mewakili skuad Piala Presiden Sarawak, pemain sayap lincah itu turut dipanggil membantu Sarawak dalam kempen Liga Super 2016.
Kali terakhir Sarawak memenangi emas dalam acara bola sepak pada SUKMA 1990 yang turut berlangsung di sini.
Kredit: The Borneo Post Online

Wednesday, June 8, 2016

Davide Bakal Digugurkan

Keputusan drastik diambil berikutan prestasi hambar pemain import itu
// Oleh Harry Ilias //
AKAN DIGUGURKAN: Davide bakal menjadi pemain import pertama Sarawak yang akan digugurkan sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 20 Jun ini.
AKAN DIGUGURKAN: Davide bakal menjadi pemain import pertama Sarawak yang akan digugurkan sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 20 Jun ini.
KUCHING: Jodoh pemain import tinggi lampai, Davide Grassi dengan Sarawak bakal berakhir sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 20 Jun ini selepas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dilaporkan mengambil keputusan untuk melepaskan tonggak pertahanan tengah itu.
Keputusan drastik itu diambil berikutan rekod hambar Sarawak dalam aksi Liga Super dengan melepaskan 24 gol daripada 12 perlawanan setakat ini.
Ketika dihubungi semalam, jurulatih sementara Sarawak David Usop turut mengesahkan pelepasan pemain kelahiran Montecchio, Itali berusia 30 tahun itu.
“Davide tidak ada masalah dari segi disiplin mahupun komitmen semasa latihan mahupun perlawanan. Bagaimanapun, kita memerlukan pemain yang lebih berkualiti mengawal posisi pertahanan tengah bagi mengelak gawang Sarawak terus dibolosi pada perlawanan seterusnya,” katanya di sini semalam.
Davide merupakan pemain import ketiga disambar Sarawak pada awal musim ini di bawah kendalian bekas jurulatih, Datuk K Rajagobal.
“Kita sedang menilai beberapa pemain import baharu dan mereka dijangka tiba untuk menjalani ujian sebaik sesi latihan bermula pada 13 Jun ini,” akui David.
Antara pemain import hangat diperkatakan bakal mengadakan ujian bersama pasukan Sarawak ialah pemain kebangsaan Hong Kong, Andrew James Russell.
Mengenai nasib trio penyerang import Gilmar Da Silva, Makeche Ndumba dan Junior Aparecido, jurulatih tempatan itu berkata kedudukan ketiga-tiga pemain terbabit masih selamat setakat ini.
Makeche mendahului senarai penjaring terbanyak Sarawak dengan enam gol, diikuti Junior dengan lima gol manakala Gilmar (empat gol).
Sementara itu, David masih belum memutuskan skuad yang akan menjadi ‘sparring’ Sarawak semasa tempoh cuti panjang ini.
Katanya, perlawanan persahabatan itu penting untuk mengekalkan kecergasan dan momentum semua pemain selepas berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam aksi terakhir sebelum rehat.
Sarawak kini menduduki tangga kesembilan dengan mengumpul 12 mata hasil tiga kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan.
Kempen Liga Super 2016 akan bersambung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri apabila Sarawak bertandang ke Stadium Darul Makmur menentang Pahang pada 16 Julai depan.

Kredit: The Borneo Post

Tuesday, April 26, 2016

Terengganu Lawan Sarawak, Ada Harapankah Menang?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Kali tok admin mohon bena-bena ngan sidak players. kasi muka sikit sama penyokong setia sarawak. Kita memang sudah tauk, adat pertandingan, mesti ada yang menang dan mesti ada yang kalah, tetapi perlu diketahui dan admin maok tanyak, sudah berapa kali dah team kita menang? Ya ajak admin maok tauk...

Terengganu VS Sarawak    

Dari bulan lepas, sampey bulan tok, pihak FAM asyik merehatkan dan selalu skip perlawanan terlalu lamak sampey rehat berminggu-minggu. Bulan tok pun sama juak, rehatkan pasukan terlalu lamak. Naktok salah satu menjejaskan prestasi players. Apa siknya, platut sidak players terutama sekali players sarawak menjadi longgar kotan lamak gilak rest..Adoiyai...

Game yang kesepuluh tok, admin sik berapa nak target gilak kemenangan berpihak team kita Sarawak, lebih-lebih agik main ditempat lawan uuu... Admin berharap main di Terengganu kelak, sidak players Sarawak bermain bermati-matian demi mengembalikan kesurupan penyokong yang dahagakan kemenangan. Ayuhhh... Sarawak kuuuu!!! Bangkitlahhhh...

Kasi muka sikit sama kita, Penyokong Bolasepak Sarawak....Ohaaaa...

TERENGGANU DI PETEH PETEHHH!!!




Monday, February 29, 2016

MISI MAOK MENANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Kali tok Admin maok kupas pasal:
'MisiMaokMenang',  'Barang Yang Lepas Jangan Dikenang...', 'Bukan Senang Maok Menang Di Gelanggang Lawan' dan 'Jangan Sia-Siakan Minit-Minit Terakhir Perlawanan'.

Selamat menelaah dan Stay tune...hihihi...


'MISI MAOK MENANG'
Perlawanan Ke-3 MSL2016 melawan Kelantan FA di Sultan Mohammad V dahpun tamat dengan kesudahan seri 2-2 dimana team kita memperolehi satu mata yang sangat berharga.

'Barang Yang Lepas Jangan Dikenang...'

‪#‎MisiMaokMenang‬ harus diperolehi sekali lagi digelanggang pihak lawan iaitu melawan 'The Red Giant' pada 01 Mac 2016 (Selasa) ini di *Stadium MP Selayang dalam saingan yang ke-4 Liga Super 2016. (Bukan Stadium Shah Alam)-Ralat Mohon Maaf.

'Bukan Senang Maok Menang Di Gelanggang Lawan'

Datuk KRG harus mengambil iktibar daripada perlawanan-perlawanan sebelum ini termasuk perlawanan malam tadi. Beliau sudah pasti tahu kelemahan-kelemahan anak buahnya di padang dari mula perlawanan Match1 menentang PDRM hinggalah akhir perlawanan Match3 menentang Kelantan.

'Jangan Sia-Siakan Minit-Minit Terakhir Perlawanan'

Bimbang dengan corak permainan team kita di saat-saat akhir perlawanan yang banyak memberi ruang dan peluang kepada pihak lawan untuk memperolehi jaringan mereka. Sepanjang pengamatan dari match1-match3, setiap akhir perlawanan, pasti dan pasti team kita akan longgar dan mudah diserang.

Harap Datuk KRG dapat menambahbaik lagi perancangan dan juga strategik baharu untuk anak2 buahnya melawan Selangor FA nanti dan juga perlawanan2 yang akan datang.

Kami di Sarawak Football Supporters(SFS) berharap agar segala perancangan Datuk K Raja Gopal bersama anak2 buahnya kelak membuahkan hasil. Apa yang pasti, kita hanyalah merancang, Allah sajalah yang menentukan segala2nya... Yang penting,USAHA GIGIH, In Shaa Allah KEJAYAAN Pasti Milik KITA...Aaamiin...
#MisiMaokMenang
LIKE SFS PAGE

<<<MISI MAOK MENANG MENJADI HARAPAN>>>

Kredit Penulis:
-GM-
MISI MAOK MENANG JADI SANDARAN KEKUATAN♡
★GM★

Tuesday, February 23, 2016

PAMOGA QU PUTEH VS KEK LAPIS SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



PAMOGA QU PUTEH vs KEK LAPIS SARAWAK
26 FEBRUARI 2016 (Jumaat)
Main di Stadium, Kelantan.


#‎QuPuteh2BarulahPuteh‬

#‎KasiNgapKasiSayotSampeyKenyang‬

Yang 1... Yang ke-2... Yang Ke-3... Sangat2 Mengecewakan... Rasa-rasa kitak urang yang ke-4 tok boleh MENANGkah nisik?

Hope pandeylah Datuk Raja Ngalusnya disinun kelak hooo... ‪#‎JanganCakapDatukRajaTakPayong‬

P/S: Embak Oley2 Dari Kelate Ho!!!

♡QU NGAP QU SAYOT, BARULAH KENYANG!!!♡

FAN PAGE SARAWAK FOOTBALL SUPPORTERS

Wednesday, February 17, 2016

Mengharapkan Kemenangan Kali Tok!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Kesudahan perlawanan malam tadik amat mengecewakan Penyokong Bolasepak Sarawak (SFS) bila tewas digelanggang keramat 1-2 dengan Felda United FC ditambah agik dengan tiupan wisel kontroversi oleh pengadil perlawanan diminit yang ke 86' yang mana belum habis 90 minit agik tanpa sebarang masa tambahan(masa kecederaan). Rata-rata sidak penyokong bolasepak sarawak (SFS) sik berpuas ati ngan tindakan kedak ya sampey penyokong sik berganjak keluar dari stadium malam tadik.

Tapi ya cita lamak, cita yang dah berlalu pergi yang sikpat dipatah balit agik. Giney-gineypun penyokong harus terimak kenyataan yang pasukan kita kalah dan seharusnya teruskan perjuangan yang seterusnya menentang pasukan Perak FA minggu tok dalam merebut Piala FA

Kali tok Penyokong Bolasepak Sarawak (SFS) ngarap benar-benar ngan sidak pasukan Sarawak FA menang di Perak kelak. Kemenangan kali tok nang diarap bena-bena kerna ya ada untuk mengembalikan semangat pemain2 khususnya, dan Penyokong Bolasepak Sarawak (SFS) umumnya disamping dapat melangkah ke peringkat demi peringkat, mudah-mudahan sampey ke Final Piala FA. In Shaa Allah. Allahumma Amiin...

Nang bena, kalah menang adat pertandingan, tapi cukup...cukup...sudahhh!!! Pihak admin SFS merati bahawa rata-rata sidak Penyokong Bolasepak Sarawak(SFS) tengah meneliti mungkin dalam game melawan Perak kelak di dalam Piala FA dan juak 5 perlawanan terawal Liga Super tok untuk sidak nilai setakat ney pasukan Sarawak FA pegi or penilaian prestasi lawan Perak kelak ngan sebanyak 5 perlawanan terawal Liga Super tok kelak baguskah nisik, samaada kalah or menang...kalah dan terus kalah...kalah...kalah... Mun kalah demi kalah disajikan ajak-ajak, pasti dan pasti emberik kesan yang mendalam n perasaan kecewa dari penyokong bolasepak sarawak kelak.

Diharapkan Datuk KRG molah ramuan yang terbaru untuk anak-anak buahnya bagi game menentang Perak FA minggu tok dalam merebut Piala FA. Walaupun kita pernah ngalahkan team Perak tok dengan jaringan yang besar 6-1 di gelanggang keramat, tapi kita kenak ingat, nak ngalah Perak FA ditempat lawan memang agak sukar kecuali sesuatu 'Keajaiban' berlaku di sinun kelak. Cos bola ya bulat toi sik hihihi...Ney tauk Jerki berpihak ngan team kita endak giya hooo...

Papapun, Penyokong Bolasepak Sarawak maok menang kali tok sik kira ya Piala FA kah Liga Super kah..Menanng Besarkah...Janji menang ya ajak... makey bangkit  semula semangat yang sedikit ilang kinektok. Sama-sama kita doakan agar team kita Sarawak FA menang lawan Perak FA kelak hooo...sik banyak, segol jadilah....janji dapat ngembak 3 mata yang berega...

Harapan Admin SFS, Game Piala FA melawan ngan Perak FA kelak sikda berkelaie... Biasalah mun dah bertemu ngan Perak tok, kompom sidak main perkauman sinun... Hope sidak Perak sik jadi kerak kelak hoo... Kepada Penyokong Bolasepak Sarawak (SFS) yang disayangi n dihormati yang akan berkunjung or pegi di stadium di Perak nun kelak, hati-hati...jaga dirik kitak orang semua okey.. Jaga Olahan kitak orang semua wokey... Mental kenak kuat bila berada di tempat lawan kerna sidak lawan Psikologinya sangat-sangat kuat...Take care...Safety First Semua... Wassalam.

WE WANT WIN.... WE WANT WIN... KAMEK ORANG PENYOKONG BOLASEPAK SARAWAK (SFS) MAOK MENANG KALI TOK!!! OHAAAAAAA.....NGAP SAYOTTTT.... KASI NGAP...KASI SAYOT SAMPEY KENYANGGGGG!!!!

Monday, February 15, 2016

Jika Takut Dengan Risiko, Usah Bicara Tentang Perjuangan

Oooo..Sarawak...
Oooo..Sarawak...
Oooo..Sarawak... Bujanggg Senanggg...
Kami Adaaaa... Kami Adaaaa...
Semuanya Untukmuuu... SARAWAKKK...
Aley Aleyyy... Aley Aleyyy... Aley Aley...

Persembahan Pertama Liga Super Malaysia 2016 dahpun berlalu. Rata-rata rami sidak Penyokong Bolasepak Sarawak madah referee sik bagus. Game 1st melawan PDRM riya, referee banyak berpihak belah team lawan, sik pukul rata. Hakikatnya sebenarnya, Admin nak madah kitak orang, wahai Sang Pencinta Bola, yalah hakikat sebenar permainan bola dipadang. Sapa bijak n pandey ngambik peluang, team ya akan menang.Sik kiralah referee ya 'Bangang'kah!,'Bangsat'kah! dan seangkatan dengannya. Apa yang bagus kita polah disitok, kita sebagey penyokong ya setia, harus bersabar, embak rilek, ya cuma perlawanan 1st dari team kita.Agik maok carik keserasian di dalam situasi sebenar. Pandeylah Datuk KRG ngator eligment sidak players kita ya kelak. Apa yang pasti,kekalkan sokongan kitak orang semua semangat yang penuh didada ya, jangan dikurangkan walo sepersen pun wokey!!!! TERBAIKKK!!!

Admin pasti dan pasti, sokongan padu dari Penyokong Bolasepak Sarawak dalam merancakkan musim baharu kancah Liga M 2016 akan memberi impak yang menarik kepada pemain-pemain atau pasukan yang diterajui oleh Datuk K Rajagopal walopun 1st game dah kalah. Kita kenak ingat, Kalah sigek ya, bukan bererti kalah berjurut-jurut..toi sik? hihihih...


Ayuhhh...
Sama2 kita bangkit, 'Jika Takut Dengan Risiko, Usah Bicara Tentang Perjuangan', sama-sama kita memberi sokongan yang sik berbelah bagik ngan pasukan kesayangan kita SARAWAK FA. Sama2 kita doakan agar pasukan kita SARAWAK FA terus MAJU & BERJAYA dalam menempuh musim baharu Liga-Liga Malaysia 2016 tok khususnya game malam esok melawan Felda United memberik kemenangan yang pertama, dapat 3 mata berharga di gelanggang keramat dan seterusnya membawa kemenangan yang berterusan setiap perlawanan kelak...

Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin...

LIKE, COMMENTS & FOLLOWS SFS FAN PAGE👇

FAN PAGE SARAWAK FOOTBALL SUPPORTERS (SFS)

GEMAAN STADIUM KERAMAT TELAH DIRASAI

★GM★

Monday, January 11, 2016

SEMBILAN PULUH LIMAK PERATUS SARAWAK FA LENGKAP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.. Tok Admin mok kelakar.. Tapi sebelum ya, sik kelewatan, Admin mok ucapkan Selamat Tahun Baharu 2016 k.. Macam biasa, buku lamak simpan, buku baru gik dibukak nak hooo... hope buku2 baru kitak urang semua adalah yang lebih bagus dari buku2 nok dolok2 k...
Apa yang Admin mok madah n pikir, semuanya dah dipikir & dipadah oleh Datuk K.Rajagopal. Apa yang dipadah olehnya sama ngan apa yang dipadah oleh Admin.Nya madah & nya ngakuk yang team Sarawak Bujang Senang dah capey 95 peratus completed,lepas ya nya akan madah sapa senarai full players Sarawak.Tunggu jak kita,sapa yang main kelak k.
Musim tok (Liga M) akan dilayari sidak Sang Bedal kelak. So, bekas coach skuad kebangsaan ya madah, agik ada duak or tiga gik kosong yang perlu diisik bagi melengkapkan senarai Skuad Bujang Senang.
Mun sik silap admin masih ada duak urang gik players import.Apa namanya tek,ermm.. Davide Grassi, Italy (Pertahanan) & Joseba Garmendia (Sepanyol). Masa tok sidak duak ya gik jalani sesi pemilihan. Datuk KRajagopal madah nya sik akan terburu-buru molah keputusan. Bagus ya, Admin setuju gilak-gilak. Nak kedak ya bagus, bukan apa, nak carik yang terbaik dari yang baik, harus memilih n berik sidaknya secukup k sidak ya bukti apa kehebatan sidaknya.
Untuk pengetahuan kitak urang,ari marek team Sarawak melawan Skuad Piala Presiden Sarawak di Padang C, Stadium Negeri, Kuching. Pada perlawanan ya, skuad senior sikda menghadapi masalah untuk menjinakkan pasukan junior de­ngan kemenangan 5-0 hasil jaringan masing-masing sigek gol oleh Grassi, Shreen Tambi, J. Partiban ngan pe­nyerang muda, Hafis Saperi (duak gol).
'Cara Mok Nahan Muko Urang k Tapak Tangan Katonyo'
Rajagobal madah, nya berpuas ati ndiat persembahan anak-anak buahnya pada aksi persahabatan pertama sidaknya selepas lebih tiga minggu molah latihan kecergasan. Nya madah komitmen serta kesungguhan sidak pemain yang berada dalam skuadnya pada masa tok sangat bagus n nya berharap ia akan berterusan sampey ujung musim.
Nya madah gik, sidaknya maok fokus n kekal konsisten dalam saingan Liga Super 2016 kelak serta maok setiap pasukan lain menghormati Sarawak lepas tok. Sebelum ya Datukpun ada madah yang misinya datang ke Sarawak tok maok ngembalikan kegemilangan bola sepak negeri tok. #KamiRespectMisiDatuk.
Pasal undian saingan Piala FA 2016 bertemu Perak pada pusingan kedua, Rajagobal madah, nya sik kisah bertemu ngan mana-mana pasukan. Nya madah gik, Sarawak akan turun de­ngan aksi terbaik menentang mana-mana pasukan n sidaknya fokus pada masa tok adalah untuk aksi pembukak tirai saingan Liga Super 2016. #NakPatKuMedoLah #KitaTengokNganDiatJakLah #SarawakFootballSupporters #TokKelakarKitaAjak.
Harap segala usaha datuk menjadi n berhasil. Jangan janji tinggal janji jak k Datuk. Kami Respect Perjuangan Datuk. Kami doakan segala usaha datuk dan janji Datuk untuk ngembalikan kegemilangan bolasepak kamek urang n team lain hormat ngan team sarawak tercapai hendaknya..Aamiin... Pa2pun Perjuangan harus diteruskan. Hope semangat berpasukan team sarawak baru kelak memberik semangat agik ngan Penyokong Bolasepak Sarawak untuk semarakkan agik semangat ya... Ohaaaa... K..Bye-bye... Wassalam.