KUCHING: Sarawak bakal berdepan cabaran getir apabila memulakan
saingan Piala Malaysia di tempat lawan dalam tiga perlawanan
berturut-turut Julai depan.
Skuad bimbingan jurulatih sementara,
David Usop itu bertandang ke Kedah pada 1 3 Julai depan membuka tirai
kempen Piala Malaysia sebelum meneruskan pusingan kedua Liga Super
menentang Pahang (16 Julai) dan JDT II (19 Julai) di Pasir Gudang,
Johor.
Menurut David, jadual perlawanan padat pastinya memberi tekanan dan cabaran rumit kepada pasukan bimbingannya.
“Tiga perlawanan awal Liga Super dan Piala Malaysia semuanya di tempat lawan memang rumit.
“Situasi
ini memenatkan pemain-pemain lebihlebih lagi melibatkan perjalanan
jauh, namun apa yang penting kita terpaksa menghadapinya,” katanya ket i
– ka dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.
Mengulas lanjut,
beliau menegaskan untuk mengatasi cabaran itu tahap kecergasan semua
pemain mesti berada pada tahap yang terbaik.
“Untuk itu, semua
pemain mesti berada dalam keadaan ‘super fit’,” katanya. Pasukan Sarawak
kini berada di ibu negara melengkapkan dua aksi persahabatan dengan
Selangor PKNS dan Kuala Lumpur (28 Jun).
Ditanya perkembangan
pasukannya, David berkata pihaknya masih dalam proses meningkatkan
kecergasan dan keserasian pemain-pemain selepas berehat panjang.
“Jentera
serangan pasukan kita menunjukkan peningkatan terutamanya persembahan
penyerang import, Gilmar Da Silva dan Makeche Ndumba.
“Bagaimananpun,
bahagian pertahanan masih banyak perlu diperbaiki sebelum turun
memulakan kempen Liga Super bulan depan,” katanya.
Mengulas
berkenaan sesi pemilihan pemain import baharu, David mendedahkan
pihaknya tidak terburu-buru membuat keputusan siapa pemain bakal
menyarung jersi Sarawak musim ini bagi mengisi slot yang ditinggalkan
Davide Grassi.
Pemain import dari Liberia, Teah Dennis yang menjalani latihan bersama kem Sarawak kini masih dalam perhatian.
No comments:
Post a Comment