Monday, March 10, 2014

Sarawak Kempunan Tiga Mata

SARAWAK gagal raih tiga mata setelah kalah 2-0  kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail malam tadi.
Ia merupakan kekalahan ketiga Sarawak setakat ini.

Skuad bimbingan ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts, kini turun tangga kelima. Sarawak akan menentang Lions XII di Kuching Sabtu depan.

Ternyata tanpa tonggak import, Milorad Janjus Sarawak gagal berfungsi dengan baik di bahagian serangan.

Sarawak turut beraksi tanpa pemain import, Muamer Salibasic dan serta pemain sayap Reeshafiq Alwi.

No comments:

Post a Comment