Memberi tonik baharu kepada Sarawak menjelang kempen Piala Malaysia pada September ini
KUCHING:
Kehadiran semula tonggak utama trio pemain import Muamer Salibasic,
Gabor Gyepes dan Hassan Mohamad memberi tonik baharu kepada Sarawak
menjelang kempen Piala Malaysia yang dijangka berlangsung pada September
depan.
Ketua Jurulatihnya, Robert Alberts berkata proses
pemulihan ketiga-tiga pemain berjalan dengan baik dan dijangka dapat
pulih sepenuhnya menjelang bermulanya kempen Piala Malaysia.“Proses pemulihan ketigatiga pemain menunjukkan perkembangan positif dan mereka dijangka dapat beraksi semula tidak lama lagi.
“Ini
petanda baik buat skuad kita kerana mereka dapat memperkuatkan semula
pasukan Sarawak untuk menghadapi Piala Malaysia nanti,” katanya di sini
semalam. Alberts mengaku ketiadaan ketiga-tiga pemain itu amat
dirasai semasa saingan Liga Super sambil berharap kehadiran semula
mereka dapat membawa Sarawak sejauh mungkin pada kempen itu nanti.
Sementara
itu, Alberts juga menggesa pemain-pemainnya agar menggunakan perlawanan
persahabatan di Jakarta sebagai landasan meningkatkan semula prestasi
mereka sebelum bersaing pada Piala Malaysia. “Perlawanan ini sangat penting untuk meningkatkan semula prestasi pemain sebagai persediaan menghadapi Piala Malaysia,” ujarnya.
Katanya, Sarawak meletakkan sasaran untuk pergi lebih jauh pada kempen kali ini. “Sukar
untuk meramal peluang kita kerana ia bergantung kepada undian di
peringkat kumpulan. Namun, pemainpemain telah berikrar untuk memberikan
yang terbaik dan berusaha membawa Sarawak sejauh mungkin kali ini,”
tambah Alberts.
Sarawak berjaya melangkah ke peringkat separuh
akhir pada kempen Piala Malaysia tahun lalu sebelum tunduk kepada Pahang
dengan agregat 4-2.
No comments:
Post a Comment